Monday, December 6, 2010

Perpaduan tanpa asas

Assalamualaikum,

Hari ini, tema Maal Hijrah, 1Malaysia 1Ummah dicanangkan ke seluruh negara.Para Ustaz kerajaan(yang makan gaji dengan kerajaan) dikerah untuk memberi kuliah, DJ radio IKIM diperah untuk meluaskan promosi mengenai Maal Hjrah dan perpaduan umah.Tak ketinggalan khutbah khutbah jumaat yang bertajuk 1Malaysia, 1Ummah dibaca di masjid masjid dan media arus perdana dimanupulasikan sepenuhnya untuk mengajak rakyat bersatu dan berpadu tanpa mengira bangsa, agama dan latarbelakang budaya.Tokoh tokoh tertentu seperti ketua pengarah IKIM digunakan sebaik mungkin untuk bercakap mengenai perpaduan.

Nampak bersungguh sungguh kerajaan mahukan perpaduan tetapi malangnya tiada penjelasan dan tiada perbincangan yang komprehensif didengar mengenai asas perpaduan yang hendak digunapakai.Perpaduan  ini kalaupun berjaya dibentuk boleh diibaratkan seperti satu binaan konkrit yang tidak mempunyai tulang besi yang akan runtuh pada bila bila masa.Penyertaan PAS dalam BN satu ketika dulu menjadi bukti nyata bilamana perpaduan yang tidak mempunyai asas yang dipersetujui bersama akhirnya berkecai.

Oleh itu, agak menghairankan bilamana kerajaan yang ada hari ini tidak belajar dari  kesilapan lampau dan masih bertegas dengan bentuk perpaduan yang sama dan mengecewakan apabila mendengar kuliah kuliah  para ustaz dan syarahan tokoh tokoh yang diiktiraf kerajaan serta khutbah oleh tok tok khatib masjid kerajaan yang banyak kali membaca Hadis dan ayat ayat Al Quran tetapi kelu untuk memperkatakan mengenai asas yang perlu untuk membentuk perpaduan.

Asas yang dimaksudkan itu ialah fikrah yang berteraskan akidah dan syariat serta syiar Islam.Tidak disebut bahawa untuk berpadu semua pihak dari kalangan umat Islam mesti menjauhi syirik dalam semua bentuk.Tok tok Bomoh yang syirik mesti dijauhi dan dibenteras dan amalan amalan menggunakan perkhidmatan bomoh yang syirik termasuk perkhidmatan yang diberikan oleh bomoh bomoh syirik kepada ahli ahli politik tertentu mesti dihentikan segera.Begitu juga tentang syariat Islam yang kelihatan terabai dan dilanggari secara konsistan oleh setengah umat dengan kebenaran kerajaan perlu dibenteras segera seandainya benar benar seruan perpaduan ini ingin direalisasikan.Syiar Islam pula perlu diperluaskan, jadi seruan DJ Radio IKIM agar rakyat memenuhi ruang ruang yang ada untuk sambuatn Maal Hijrah sepatutnya disertai dengan seruan untuk menzahirkan syiar yang lebih banyak agar Islam dapat dilihat sebagai agama resmi Negara.

Apa yang boleh didengar ialah seruan kepada rakyat marhaen supaya menghindari perkara perkara yang boleh merosakkan perpaduan, agar menyebarkan salam tetapi budaya bersalam salaman antara lelaki perempuan yang bukan mahram yang menjadi amalan biasa para pemimpin dan penyokong  kerajaan tidak langsung disebut.Rakyat marhaen juga diajak supaya meningkatkan perpaduan menerusi penyediaan makanan kepada umum bagi yang mampu, menerusi penyambungan silaturahhim yang terputus dan berqiamualai seperti mana termaktub dalam sebuah Hadis riwayat Tarmizi.Seruan ini baik tetapi tidak seharusnya dihadkan kepada rakyat sahaja tetapi mesti ditujukan kepada kerajaan dan peneraju  kerajaan juga kerana perpaduan yang hendak dicapai  turut melibatkan kerajaan dan penerajunya.Oleh itu kalau rakyat marhaen yang berubah dan berusaha untuk berpadu tetapi kerajaan terus dengan sikap degil mereka kepada perkara perkara yang melibatkan akidah, syariat dan syiar, sudah pasti perpaduan yang hendak dicapai itu akan menjadi sia sia seperti sia sianya perpaduan yang pernah dibuat oleh PAS dan UMNO dulu.

Oleh itu, semua pihak yang terlibat dengan seruan perpaduan ini seharusnya mengambil tindakan yang lebih berani untuk menegur kerajaan dan peneraju kerajaan serta parti parti pembangkang kalau perlu.Penyebar seruan perpaduan harus berani seperti ditegaskan oleh baginda Nabi dalam satu Hadis yang bermaksud "Katakan yang benar sekalipun pahit".Kalau penyebar penyebar perpaduan ini tidak sanggup berbuat demikian adalah lebih baik mereka diam sahaja dan menyokong usaha usaha yang dilakukan oleh pihak lain yang tidak terlibat dengan kerajaan tetapi kalau jawabannya, mereka terpaksa kerana makan gaji dengan kerajaan, fikirlah sendiri apa yang bakal mereka hadapi ketika berdepan dengan mahkamah ALLAH nanti.

Perpaduan juga perlukan mekanisma.Mekanisma yang paling berkesan ialah dengan memiliki sebuah kerajaan yang prihatin dengan keselesaan rakyat.Barang barang keperluan disediakan dan boleh dimiliki rakyat tanpa membebankan, pendidikan disediakan secara meluas dan percuma, kesihatan rakyat dijaga dengan baik dan pasarana kemudahan awam diadakan dengan tidak mengakibatkan kesukaran di pihak rakyat.Inilah mekanisma yang mampu membawa rakyat bersatu, hormat menghormati antara satu sama lain kerana keadilan dinikmati oleh semua tanpa mengira bangsa agama dan latarbelakang budaya.Namun semua perkara ini masih menjadi mimpi bagi rakyat Malaysia sesudah lebih 50 tahun merdeka.Oleh itu penyebar seruan perpaduan perlu memasukkan silibus mekanisma perpaduan dalam setiap seruan, ceramah, kuliah dan khutbah mereka.

Rakyat harus disedarkan agar memilih kerajaan yang prihatin sewaktu pilihanraya kerana sistem demikrasi yang negara amalkan  memberi rakyat kuasa memilih dan rakyat harus diberi ruang untuk menilai gerak kerja kerajaan yang ada hari ini yang yang telah menaikan harga minyak, LPG dan gula di ambang sambutan Maal Hijrah sementara air juga mahu dijadikan bahan menindas rakyat.

Inilah asas sebenar kepada perpaduan yang tertinggal dan kalau asas yang penting ini ditinggalkan terus kepada seruan perpaduan maka samalah membancuh kopi tanpa gula atau menyediakan nasi tanpa lauk dan bakal menjadi sia sia.Dan sambutan Maal Hijrah hanyalah satu retorika yang hanya menghabiskan wang rakyat

Sunday, December 5, 2010

Hijrah menegakkan kebenaran.

Assalamualaikum,

 Hijrah disambut setiap tahun dan dijadikan acara tahunan rasmi di negara kita.Setiap tibanya Maal Hijrah, perhimpunan rasmi yang dianjurkan pemerintah akan diadakan tetapi kemudiannya kehidupan harian negara kembali kepada sistem asal yang terlalu jauh dari panduan carahidup Islam dan terlalu jauh dari semangat Hijrah itu sendiri.

 
 Di ambang tibanya 1 Muharram, masjid masjid kerajaan akan mengadakan bacaan yasin, doa akhir tahun dan doa awal tahun akan dibaca dengan penuh semangat serta kuliah Maal Hijrah turut diberikan oleh para ustaz ustaz yang penuh dengan kisah dan pengajaran Hijrahtul Nabi tetapi sesudah itu kehidupan kembali seperti biasa tanpa adanya kebangkitan yang terkesan untuk melakukan Hijrah sesuai dengan semangat Hijrahtul Nabi, tidak adanya tekad untuk menghidupkan semula piagam Madinah walaupun dikisahkan bagaimana piagam Madinah itu berjaya menghidupkan sebuah negara yang patut taat kepada ALLAH.


Setiap tahun, tokoh Maal Hijrah akan dipilih dan menerima berbagai bagai hadiah termasuk hadiah wang tunai(dari duit rakyat), tetapi sesudah itu tokoh yang dipilih akan menghilangkan diri, tidak  kedengaran suara dari tokoh Maal hijrah yang dinobatkan untuk menyeru umat untuk kembali kepada semangat Maal Hijrah.

Inilah budaya yang sedang berjalan di negara kita sejak bertahun tahun lalu.Maal Hijrah hanya disambut sebagai satu acara sahaja seperti acara acara lain sedangkan usaha sebenar untuk mengajak umat kembali melakukan Hijrah tidak diberikan penekanan oleh pihak berwajib.Oleh itu, menjadi tugas dan tanggungjawab umat yang sayangkan agama, yang ingatkan mati dan yang benar benar ingin melihat generasi anak anak terbela dan dibela oleh agama, tampil mengajak umat untuk kembali melakukanHijrah tanpa perlu mengambil kisah dengan apa yang dilaksanakan kerajaan.

Hijrah yang diperlukan untuk menyatakan dan mempertahankan kebenaran sebagaimana dikehendaki oleh AL Quran dan Al Sunnah.Ini bermakna rakyat yang sudah lama dihidangkan dengan kebatihlan dan kezaliman pemerintah  perlu bangkit melakukan Hijrah daripada menerima kebathilan dan kezaliman tersebut kepada menegakkan kebenaran.Rakyat yang sudah lama dihidangkan dengan kelalaian dan kemewahan hiburan yang melampau perlu bangkit berhijrah kepada kehidupan yang terpandu dengan panduan hidup Islam dan menyatakan penentangan secara terbuka dan kolektif kepada perkara perkara yang melalaikan ini serta perkara perkara kemaksiatan dan kemungkaran yang tidak dipandang penting oleh kerajaan hari ini.

Hijrah juga diperlukan untuk meninggalkan jemaah jemaah yang mungkar dan zalim kepada jemaah jemaah yang ikhlas dan taat patut kepada perintah ALLAH.Semua jemaah yang gemar menghidupkan penipuan, gemar kepada budaya tindas menindas,cantas mencantas, zalim menzalimi sehingga sanggup mengadakan tuduhan tuduhan yang tidak benar dan mengaibkan seharusnya ditinggalkan segera.Sebaliknya, jemaah jemaah yang jujur, ikhlas dan istiqamah kepada panduan agama perlu disertai sekarang.

Inilah antara jaluran perlakuan yang perlukan Hijrah segera dari kalangan umat Islam negara.Tiada kompromi atau pilihan kepada umat yang benar benar ikhlas untuk tergolong di kalangan "orang orang beriman" seperti difirmankan ALLAH dalam Al Quran.

Monday, November 29, 2010

Gendang sudah dipalu.

Lengkaplah sudah pelancaran gerak kerja PRU 13 bagi  N31, DUN Cukai pada 28/11/2010 oleh Tok Guru Presiden.Sempena pelancaran itu, dana pilihanraya DUN cukai  dilancarkan oleh Tok Guru Presiden serta penyerahan watikah perlantikan dan bendera kepada semua cawangan PAS DUN Cukai turut disempurnakan oleh Tok Guru Presiden.

Penyerahan watikah dan bendera tersebut menandakan gendang perjuangan sudah dipalu dan disambut dengan penuh bersemangat oleh kesemua cawangan yang didaftarkan di DUN Cukai.Ini bermakna gerak kerja pilihanraya yang menjadi medan perjuangan untuk menegakkan syariat ALLAH sudah bermula dan semua cawangan mula melihat segala kemungkinan dan kesukaran untuk diatasi.

Ayuh sahabat dari semua cawangan, inilah masa untuk merapatkan saf,inilah masa untuk menggerakkan dakwah ke tahap paling maksima ia itu mengajak rakyat marhaen membina negara sunnah.Inilah juga masanya untuk meningkatkan  munajat kepada ALLAH kerana tanpa bantuan dan pertolongan ALLAH, perjuangan kita tidak akan ke mana.

Inilah juga masanya bagi kita meningkatkan peringatan untuk menghindari diri dan ahli keluarga dari api neraka, masa untuk meningkatkan sumbangan sedekah kepada golongan yang tidak mampu dan akhir sekali,jangan lupa kerja kerja politik seperti culaan pengundi dan seumpamannya.

Wednesday, October 13, 2010

Parti politik sepatutnya hanyalah khilaf

Assalamualikum,,..
Malam semalam berlangsungnya Haul Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad di masjid besar Geliga dengan kehadiran yang memuaskan dari kalangan umat Islam setempat.Majlis memperingati kematian seorang ulamak yang juga wali ALLAH ini dihadiri oleh beberapa orang Al-Allaamah Al-Habib termasuk dari Indonesia serta Ust.Mustafa Kamal dari Pondok Batu Buruk.Alhamdulliah, kelihatan ramai penggerak cawangan PAS di DUN Chukai yang hadir dan sama sama menyertai majlis terutama ketika membaca Ratib Al -Haddad.Majlis juga melampaui batas parti politik di mana semua umat Islam dari semua latarbelakang dijemput dan diraikan.Tetapi apa yang dapat diperhatikan hampir sebahagian masjid dipenuhi oleh ahli ahli jemaah PAS ( walaupun pemimpin DUN dan KAWASAN tidak kelihatan) tetapi kelibat ahli ahli UMNO dan PKR tidak dapat dikesan kecuali Timbalan pengerusi Masjid(mungkin hadir atas kapasitinya sebagai Timbalan pengerusi masjid) yang disebut sebut akan menjadi calon UMNO di PRU akan datang.


Di sini terserlah bagaimana majlis untuk semua umat Islam kembali menghayati sunnah melalui seorang ulamak besar dan wali ALLAH masih lagi dipandang sepi oleh sebahagian umat Islam terutama dari kalangan melayu.Sementara kemelut yang berlaku di negara memperlihatkan pertembungan besar umat Islam dari keturunan melayu yang berada dalam parti parti politik yang berbeza.Suara suara amaran kepada kemungkinan umat melayu akan berpecah kedengaran dengan lantangnya tetapi seruan untuk kembali kepada kehidupan sunnnah tenggelam begitu saja.
Sepatutnya perbezaan parti politik bukanlah masalah besar selagi semua umat Islam dari keturunan melayu bersatu di dalam akidah serta teguh melaksanakan amal solleh yang boleh dikutip dari kesemua sunnah baginda Nabi S.A.W.Tetapi keadaan ini tidak berlaku di negara hari ini malah dalam usaha menghidupkan amalan sunnah sendiripun masih ada pertentangan, masih ada penolakan kepada amalan ulamak besar silam termasuk amalan para wali ALLAH.Masih ada yang mendakwa amalan amalan yang bersanad ini sebagai bidaah dan masih ada yang dengan angkuhnya menolak amalan amalan jemaah tertentu dengan alasan sesat dan sebagainya.
Berbalik kepada politik yang tidak dapat ditolak oleh semua, Tidak dapat tidak politik mesti disertai oleh semua umat kerana politik membentuk satu dari cabang kehidupan yang perlu dipandu oleh carahidup Islam.Kerana itu politik mesti disertai oleh semua umat terutama kepada yang menyahut seruan amal maaruf, nahi mungkar.
Untuk itu, politik mesti diceburi oleh semua umat untuk memastikan kelangsungan hidup yang tersusun dan kesinambungan kepatutan kepada ajaran yang disampaikan oleh baginda Nabi S.A.W.Itu asasnya dan itu juga panduan yang perlu diikuti oleh semua Umat Islam.Tiada khilaf dan tiada kompromi mengenainya.
Namun parti politik hanyalah satu jemaah yang boleh diibaratkan sebagai rumah sahaja.Setiap seorang bebas memilih mana mana rumah yang ada selagi akidah dan amalannya tetap sama mengikut panduan sebenar.Di sini, setiap seorang diberi kebebasan memilih kesesuaian dan keselesaan yang disediakan oleh rumah rumah tertentu.Dalam konteks negara kita, umat Islam bebas memilih samaada hendak berada di rumah PAS, PKR atau UMNO selagi ketiga tiga rumah tersebut mengamalkan carahidup Islam yang sama, akidah yang sama, amalan wajib yang sama dan meninggalkan larangan agama.
PAS, PKR dan UMNO sepatutnya  berbeza dari sudut "design" sahaja.Contohnya kalau PAS mengamalkan pakaian sunnah sepenuhnya seperti jubah dan serban, sementara PKR mahukan pakaian yang menutup aurat dari penampilan pakaian kot sementara UMNO memilih baju batik dan songkok, maka tidak ada perbalahan mengenainya walaupun masih boleh dipersoalkan.Setiap seorang perlu melihat mana pakaian yang lebih sesuai dan selesa dengan mereka untuk memilih parti mana patut mereka sertai.
Itu asas yang sepatutnya digunapakai oleh setiap umat dalam membuat pilihan, begitu juga ketika pilihanraya, setiap parti bertanding dan yang menang akan diberi amanat mentabdir negara, yang kalah bertindak sebagai pembangkang tanpa sedikitpun lari dari akidah dan amalan yang qatie.Kalau keadaan ini berlaku maka tiada pertembungan yang tidak sihat berlaku dan tiada perpecahan yang akan terjadi.Umat Islam dan umat melayu masih utuh bersatu, bersatu  mempertahankan akidah, bersatu mencegah kemungkaran dan bersatu menyokong perjuangan rakyat Palastin di Gaza, Kashmir dan lain lain tempat di dunia.
Keadaan ini tidak berlaku di negara kita.Sebab itu pada ketika Haluan Palastin mengajak umat bersatu membantu Gaza, ketika majlis Haul Imam Alawi Al-Haddad situasinya hambar sementara kapal dagang Israel terus berlabuh di pelabuhan Kelang.
Kenapa keadaan ini berlaku?  jawabnya mudah, sebab ada sebahagian umat Islam dan melayu yang masih terpesona dengan carahidup nasrani dan yahudi, yang masih mengganggap setiap majlis mesti diserikan dengan muzik dan tarian, yang sentiasa mahu mengajurkan konsert hiburan yang melalaikan dan yang masih terpesona dengan kemewahan dunia yang fana ini.
Lantaran apa pula penyelesaiannya? tidak lain tidak bukan,munajat kepada ALLAH.Percayalah perjuangan ini mungkin tidak akan selesai tanpa pertolongan ALLAH.
BERMUNAJATLAH WAHAI UMAT UNTUK HARAPAN MALAYSIA BARU DAN POLITIK YANG DIPERBAHARUI.

Tuesday, October 12, 2010

Kuliah Maghrib imam UMNO: yang tak solat itu kafir

Assalamualaikum,
Kuliah Maghrib malam ini disampaikan oleh seorang imam UMNO yang juga JKKK, tajuknya akibat meninggalkan ibadat wajib ia itu solat.Beliau bermula dengan membaca ayat dari surah  Surah Al- Muddatstsir ayat 42 - 43 yang maksudnya:

"Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka Sakar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab, kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat."

Kemudian beliau meneruskan dengan membaca hadis yang menjelaskan orang orang yang tidak solat itu kafir (tanpa mengulas mengenai perbezaan pendapat ulamak mengenai maksud kafir tersebut) dan merumuskan bahawa perbuatan meninggalkan solat termasuk dalam perbuatan dosa dosa besar.

Imam UMNO ini seterusnya menekankan fadhilat solat berjemaah di masjid masjid yang hari ini semakin tidak pedulikan oleh ramai umat Islam malah ada yang sehingga tidak tahu mengambil wudhu.Beliau menceritakan pengalaman mengetuai sejumlah 18 remaja untuk pertandingan bolasepak pada hari jumaat dan ketika itu terdapat 6 orang daripada remaja itu ponteng solat jumaat di mana ketika ditanya kenapa, para remaja memberitahu mereka tidak tahu macam mana nak ambil wudhu, begitu juga pengalamannya mengendalikan kursus kurus perkahwinan di mana kebanyakan peserta yang hendak berkahwin tidak tahu dan tidak sedar kepada kepentingan menjaga solat.

Beliau lalu bertanya kenapa umat hari ini tidak lagi mengambil berat tentang solat? Sambil memuji jemaah yang hadir , beliau mengeloh kerana diluar sana masih ramai yang tidak ambil berat tentang solat jemaah.Ibadat solat di tempat kita bermusim katanya.Pada bulan puasa,pada malam  nisfu syaban, pada 2 hari raya dan pada hari jumaat sahaja masjid masjid penuh sementara pada waktu waktu lain masjid jadi lesu tak bermaya.

Awalnya kuliah tok imam UMNO ini nampak bersemangat tetapi malangnya ianya terhad kepada pertanyaan secara umum sahaja.Tidak diperincikan pula siapa yang patut bertanggungjawab untuk memotivasikan umat agar sentiasa bersolat dan menjaga waktu solat.Tidak dipanjangkan pertanyaan kepada pemimpin pemimpin samada mereka merupakan golongan yang menjaga solat atau tidak.Tidak dipersoalkan siapa yang patut membiayai segala program program yang menggalakkan supaya umat bersolat dan sentiasa menjaga solat  serta satu sistem pekerjaan yang tidak mengabaikan solat. 

Ketika merumuskan kuliahnya,beliau menyentuh bagaimana solat menjadikan individu itu sebagai individu yang bersyukur.Bersyukur kepada orang orang yang berbuat baik kepada kita dan paling ketara beliau mahukan jemaah yang mendengar kuliahnya bersyukur kepada kerajaan yang telah membina banyak masjid dan hidup aman damai(walaupun ada  yang kena bunuh dan dibakar dengan tahi lembu), katanya di negara negara lain, umat terpaksa melalui bedilan pistol untuk ke masjid  tetapi di negara kita umat boleh tidur lena sehingga seruan azan subuhpun tak dengar.Begitu juga anjing dan kucing boleh membiak dengan selesa sedangkan di Thailand kucing dan anjing mungkin kena tembak saban hari.

Inilah menteliti seorang yang berilmu yang bersama UMNO.Ketika memberi kuliah jangan sentuh perlakuan UMNO keseluruhannya walaupun jawaban utama kepada soalan beliau kenapa ramai yang tidak bersolat itu ada dalam UMNO yang boleh dilihat oleh beliau saban hari.Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindakan kerajaan kerana harus bersyukur dengan kemudahan yang disediakan kerajaan walaupun diluar sana budaya mungkar disuburkan oleh kerajaan.

Imam ini mungkin tidak sedar bahawa ketika kegemilangan bani Osmaniah di Turki, keamanan yang dinikmati oleh rakyat Turki jauh melebihi apa yang dinikmati negara sekarang sedangkan Turki mengalami banyak musibah di alaf ini jadi kalau hari ini negara didakwa aman atas usaha kerajaan  sementara budaya mungkar terus disuburkan ada kemungkinan negara akan jadi macam Turki atau lebih teruk lagi sekiranya tindakan kerajaan tidak dipersoalkan sekarang.

Mempersoalkan tindakan yang bertentangan dengan semangat solat yang mencegah maksiat dan mungkar itu dituntut oleh agama dalam urusan amal maaruf nahi mungkar dan ianya tidak bermakna individu yang mempersoalkan tindakan kerajaan ini tidak bersyukur. Malang bagi seorang yang berilmu menyembunyikan kebenaran.

Monday, October 11, 2010

Ayuh umat bermunajatlah demi kesejahteraan

Assalamualikum,
Negara dilanda kebathilan yang tidak kunjung padam.Umat ditimpa dengan musibah yang berpanjangan.Sampai bila lagi Islam akan dijunjung dan dimartabatkan sebagai carahidup?Sedangkan alquran dengan jelas memberitahu kita bahawa sekiranya sesuatu kaum itu bertaqwa maka akan ditambah nikmak, dilepaskan dari segala kesusahan dan musibah.Alquran merupakan kalam ALLAH yang dibacakan sekali kepadamu(wahai Muhammad) dan  kamu tidak akan lupa kecuali dengan kehendak ALLAH merupakan panduan kepada setiap manusia yang mengaku Islam yang mukmin.Begitu juga Alquran mengajar kita supaya meminta pertolongan untuk melepaskan diri dari sebarang kesusahan apatah lagi ketika umat dilanda kebatilan dan kezaliman yang berpanjangan.Inilah masa untuk bermuhasabah diri ke arah mencari jawaban apakah kita sudah cukup meminta pertolongan ALLAH menerusi cara cara yang ditunjukkan oleh Alquran dan Alhadis?


Kini negara sedang dilanda kemarau keimanan dengan berbagai bagai unsur bathil diketengahkan sebagai benar dan kebenaran diketengahkan sebagai bathil.Usaha akal untuk meruntuhkan tembok kebathilan ini sudah hampir tidak mampu berbuat demikian, jadi kita tidak punyai pilihan lain selain memohon pertolongan ALLAH.
Ayuhlah wahai umat, pohonlah pertolongan ALLAH agar kebathilan dihapuskan dan kebenaran ditegakkan di bumi bertuah ini.Sudah tentu permohonan ini ada keadah dan prosedurnya.Untuk itu, marilah sama sama kita pertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita dengan mematuhi segala perintah dan meninggalkan larangan secara individu, keluarga dan jemaah.Bermunajatlah kita secara istiqamah untuk pertolongan ALLAH yang diperlukan.
Apatah lagi kita baru sahaja keluar dari madrasah Ramadan dan bakal memasuki bulan haji tidak lama lagi.Masa untuk berkorban wajar dimenafaatkan dengan munajat yang bersungguh sungguh agar pertolongan ALLAH bakal tiba.
Ingatlah genarasi hari ini bertanggungjawab dalam pembentukan generasi akan datang.Zuriat keturunan tidak harus ditinggalkan untuk hidup dalam kebathilan dan musibah.

Saturday, October 2, 2010

Mukmin, Islam dan UMNO

Assalamualaikum,
Malam semalam dalam satu kuliah Maghrib di salah sebuah masjid kontrak Kerajaan UMNO, ustaz yang memberi kuliah ada menyebut 'orang mukmin(orang orang yang beriman) adalah orang Islam tetapi orang orang Islam belum tentu mukmin'. Secara luaran ustaz yang mengajar itu ialah ustaz UMNO(tetapi dalaman, hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu) dan pengajaran ini mendorong keinginan untuk melihat persekitaran dalam mencari beza antara orang Islam dan orang mukmin.Dorongan ini pula membawa kepada satu study case yang tidak boleh lari dari melihat orang orang UMNO yang selama ini mendakwa mereka adalah pembela melayu dan Islam.Mari kita lihat samada UMNO merupakan orang Islam atau orang mukmin berdasarkan pengajaran ustaz tersebut.

Orang mukmin adalah orang yang patut kepada segala perintah walaupun perintah yang dianggap remeh oleh setengah orang kerana orang mukmin merupakan golongan yang mendengar dan mentaati.Satu perintah yang sering dianggap remeh, sensetif dan menghalang kebebasan memilih ialah perintah menutup aurat.Menutup aurat menjadi perkara yang amat sensitif kepada golongan artis tanah air yang berbangsa melayu dan beragama Islam.Aurat juga dipandang remeh oleh UMNO.Lihat sahaja berapa ramai isteri isteri pembesar UMNO yang mendedahkan aurat?Lihat sahaja berapa ramai wanita wanita UMNO yang tidak menutup aurat.Lihat sahaja berapa ramai puteri UMNO yang mendedahkan bonggol di depan dan belakang mereka?

Dipendekkan cerita, UMNO tidak melihat perintah menutup aurat sebagai penting dan tidak melihat keperluan untuk mendengar dan mentaati itu perlu diikuti.Kerana itu, ketika kerajaan PAS Terengganu mewajibkan pakaian yang menutup aurat kepada kaki tangan wanitanya dulu, tampil wanita UMNO menentang di mana ketuanya waktu itu dilapurkan berkata, biarkan wanita menentukan sendiri samaada nak menutup aurat atau tidak serta menegaskan agama duduknya di hati bukan di kepala.

Lantaran, timbul persoalan di bahagian mana nak di letakkan orang orang UMNO, Islam atau mukmin?Rasanya kalau ditanya ustaz yang mengajar demikian dan kalau jawabannya jujur, sudah pasti jawabnya orang UMNO ialah orang Islam tetapi bukan mukmin.Terjawab sudah persoalan hanya dengan satu soalan mudah.Oleh itu kalau UMNO mendakwa mereka orang Islam, memang benarkan tetapi kalau mereka mendakwa sebagai mukmin, minta maaflah kerana dasar MENDENGAR DAN MENTAATI  masih jauh dari pegangan mereka.

Kerana itu juga seruan untuk bersatu dengan PAS atas dasar Islam sahaja tidak boleh diterima kerana PAS mahukan seruan bersatu itu atas dasar Islam dan mukmin.Islam dan mukmin tidak boleh diasingkan dan sekiranya UMNO mahu begitu, maka UMNO perlu membuktikan diri mereka terlebih dahulu.

Demikianlah adanya, sekiranya diperincikan lagi perbuatan dan tindak tanduk UMNO selama hari ini, pasti akan diketemukan banyak perbuatan dan tindak tanduk yang tidak menggambarkan mereka berada dalam lingkaran mukmin walaupun dengan syahadah mereka tetap Islam.Islam yang berisiko untuk terjerumus ke lembah munafiq sekiranya ada di kalangan mereka yang menghidupkan ciri ciri munafiq serta mati dalam keadaan tersebut.

Melayu boleh bersatu sekiranya UMNO disingkirkan dari kehidupan melayu serta melayu meletakkan diri mereka dalam lingkaran mukmin.Tetapi masih ada pemimpin UMNO masih mahu menakutkan melayu dengan ancaman melayu akan berpecah sekiranya kerajaan bertukar tanpa mahu mengambil kira kedaifan UMNO sekiranya mereka menjadi pembangkang.UMNO cuba menyembunyikan fakta bahawa mereka akan lesu selesu lesunya tanpa pembelaan sekiranya sumber kewangan diambil alih oleh pihak lain.Tanpa sumber kewangan(harta dunia), UMNO akan menjadi tengkorak hidup dan semua sokongan kepada mereka akan hilang.Jadi di mana logiknya, melayu akan berpecah sedangkan UMNO sudah menjadi kain buruk yang tidak bermakna apa apa kepada melayu?


UMNO enggan mengakui hakikat ini kerana UMNO hanyalah Islam yang bukan mukmin.UMNO takut kepada bayang bayang sendiri dan lupakan mati.Kerana itu UMNO akan berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa.

Saturday, September 25, 2010

Lagi isu ceramah

Assalamualaikum,

Berikut beberapa isu lain yang dibangkitkan dalam ceramah pada 24.09.2010:

Pengarah MTD:
  1. Kes bunuh yang semakin meningkat di mana 2 hari lepas satu ayat yang dibunuh dijumpai di Nerang, Kemaman.
  2. Fitnah yang berleluasa dilakukan oleh pemimpin UMNO sepanjang Ramadhan.
  3. Kes dadah yang semakin meningkat di Terenggganu dan Kemaman.
  4. Hak peniagan pasar borong melayu di Dusun Nyior dirampas tanpa pembelaan walaupun Kemaman ada MB, ada Menteri dan ada exco.Pertemuan persatuan penjaja dengan MB berakhir dengan jawaban "aku sekarang sudah jadi MB, mung pergi jumpa YDP sendiri"
  5. Bujet tambahan diluluskan untuk memastikan kroni kroni MB terus dikenyangkan dan bagi memastikan orang orang MB akan menjadi calon pilihanraya nanti.
Ust. Suhaimi
  1.  Pemuda UMNO meminta kerajaan Penang menjelaskan dakwaan blog pisau yang menyebut kerajaan Penang menggunakan wang judi untuk membantu warga emas.menurut Ust.Suhaimi blog pisau adalah blog lucah yang dirujuk oleh pemuda UMNO.Dakwaan ini tidak berasas kerana bantuan itu terhasil dari dasar jimat cermat kerajaan di mana hasil penjimatan itu dipulangkan kembali kepada rakyat.Selepas ceramah,Cikgu Bard menjelaskan blog pisau menggunakan surat tawaran Vincent Tan kepada kerajaan Penang sebagai bukti dakwaan itu sedangkan tawaran itu ditolak oleh kerajaan Penang.
  2. Judi sebenarnya digalakkan oleh UMNO.Anugerah tanah di Genting Highland kepada Lim Goh Thong cuma digunakan sebanyak 5 % sahaja sehingga kini untuk menjadikan Resort World antara pusat hiburan dan judi terbesar dunia.Jika semua tanah yang diberikan itu dibangunkan keseluruhannya untuk membina pusat perjudian maka Genting Highland akan menjadi pusat perjudian yang terbesar di maya pada.
  3. Terdapat  saham saham dari KWSP, Amanah angkatan tentera dan kementerian kewangan di dalam syarikat judi yang dilesenkan oleh kerajaan UMNO serta kerajaan UMNO mengutip berbillion ringgit sebagai hasil cukai dan dari hasil inilah kerajaan membayar gaji kakitangannya.
  4. casino di Sabah diluluskan kepada Vincent Tan sebagai ganti lesen judi bolasepak.
  5. UMNO mendakwa PAS tunduk kepada DAP tetapi sebenarnya UMNO yang tunduk kepada MCA Ust. Suhaimi menyatakan beberapa kejadian yang menunjukkan UMNO tunduk kepada MCA termasuk keceluparan  Chu Soi Lek mengutuk Islam dan UMNO yang tidak diambil apa apa tindakan oleh UMNO.
Cikgu Bard  turut mengulas isu isu yang dibangkitkan oleh pengarah dan ust. Suhaimi dan turut menjelaskan bahawa:
  1. sekarang ini anak anak muda melayu,cina,india,iban, kadazan dan lain lain bangsa sedang bersatu untuk menolak BN .Cikgu Bard juga mneyatakan sekiranya PR menang dan memerintah, hak setiap orang akan kekal,polis tetap kekal sebagai polis bukan akan bertukar menjadi tukang sapu,guru akan kekal sebagai guru,doktor akan terus jadi doktor tiada perubahan tetapi kesemua hak dan tugas mereka akan dipantau oleh kerajaan yang mempunyai sistem yang bebas rasuah, penyelewengan serta adil kepada semua orang.
  2. Cikgu Bard turut mengimbau perbicaraan DSAI tahun 1998 di mana ketika tilam diusung oleh Musa Hasan dan Rodwan, seorang Doktor bernama doktor Zahari ketika memberi keterangan akhirnya mengaku dia dipaksa untuk memberikan keterangan palsu setelah di asak oleh awrah Aris Chistopher Fernandes.Mahkamah seterusnya  membatalkan keterangan tilam dan memadamkan rekod keterangan mengenainya.Sementara Dr.Zahari ditukarkan ke Kuantan dan akhirnya diberhentikan kerja.Menurut Cikgu Bard, ada kemungkinan doktor yang memberi keterangan sekarang mengalami nasib yang sama dengan doktor Zahari.

Friday, September 24, 2010

Ceramah Ust Suhaimi Dan Cikgu Bard

Assalamualaikum,,

Ceramah ust. Suhaimi Mohd Saad dan Cikgu Bard selesai diadakan pada malam semalam, 24.09.2010 dengan kupasan dan pendedahan beberapa fakta menarik mengenai isu isu yang sedang berlaku di negara kita sekarang.


Ceramah dimulakan dengan pendedahan oleh Pengarah MTD Cukai semasa ucapan alu aluannya mengenai sikap angkuh Majlis Perbandaran Kemaman(MPK) yang mahu mengambil alih pasar borang Dusun Nyior dari persatuan penjaja.Pasar Borong yang diilhamkan oleh kerajaan PAS dulu dengan harapan menjadi seperti wakaf Cik Yeh di Kota Bharu di mana pengguna mampu mendapatkan bekalan keperluan harian dengan harga murah.Tetapi dengan keangguhkan MPK untuk merampas hak pengurusan dari persatuan penjaja, barang barang keperluan berkemungkinan besar akan menjadi mahal kerana bayaran sewa dinaikkan serta beberapa bayaran lain termasuk bayaran amanah akan dikenakan kepada peniaga di pasar borong tersebut.Dengan kata kata lain, pasar borang yang secara umum difahami masyarakat sebagai tempat untuk mendapatkan bekalan pada harga pukal yang lebih murah akan bertukar menjadi tempat menjual bekalan pada harga mahal.Apa nak jadi?


Pengarah turut menyentuh isu rasuah MB Mat Said yang disiarkan oleh TV 3 suku beberapa hari sebelum beliau dilantik sebagai MB. Isu yang disiarkan ke seluruh negara ini  akhirnya hilang apabila beliau menjadi MB dan terus lenyap sehingga hari ini.Di mana SPRM? Beliau juga menyentuh sedikit mengenai kes pembunuhan Dato Sosilawati dan kemungkinan adanya 'TANGAN TANGAN GHAIB DI BELAKANGNYA"

Sementara Ust Suhaimi seperti biasa mempersembahkan satu ceramah bergambar dengan fakta dan maklumat yang jelas.Antara yang disorok oleh beliau ialah kejahilan beberapa pemimpin UMNO terutama semasa Ramadan dan ketika menyambut syawal.Video sambutan aidilfitri di kediaman Ismail Sabri ditunjukkan kepada hadirin,begitu juga video pertandingan mak andam dalam surau dan gambar MP Hulu Selangor masuk masjid di Selangor turut dihidangkan kepada hadirin.Semuanya membuktikan bagaimana UMNO cuba berbohong ketika menghukum haram kepada MP Teo Nie Ching yang masuk dan berucap dalam surau.Gambar Rosmah dan puteri UMNO yang 'telanjang' ketika berada dalam surau juga ditunjukan sebagai perbandingan kepada hujah UMNO ketika mengharamkan MP Teo.

Seterusnya Ust Suhaimi juga merumuskan ceramahnya dengan membuat perbandingan "Antara dua Darjat" di mana kejadian yang sama tetapi dihukum berbeza oleh UMNO.Ust Suhaimi memamparkan beberapa isu dalam perbandingan ini termasuk isu MP Teo yang diharamkan sedangkan fatwa majlis fatwa mengharuskannya dan isu kamalanathan  memasuki ruang solat Masjid yang pula dihukum harus.Hukuman haram dan harus ini turut dibuat oleh Mufti yang turut sama dalam muzakarah fatwa yang memutuskan keharusan itu.

Isu doa kepada LGE yang diharamkan UMNO dan isu majlis solat hajat dan bacaan yassin di masjid untuk calon BN Hulu Selangor yang bukan Islam.yang diharuskan UMNO juga dibangkitkan dan ditunjukkan kepada hadirin.Replica Anwar yang diharamkan tetapi replica Najib di Batu Caves yang lebih besar dari patung sedia ada di sana diharuskan.Itulah UMNO dengan ulamak ulamak mereka sentiasa mengizinkan apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka tetapi terus mengharamkan apa yang dilakukan oleh pemimpin PR.

Menurut Ust Suhaimi, kes kehadiran bukan Islam dalam masjid sudah lama dibuat UMNO tetapi kita tidak bising kerana akur dengan panduan agama tetapi kerana UMNO yang menggunakan isu ini untuk menyerang PR, maka kita dedahkan perlakuan mereka sebelum ini untuk pengetahuan rakyat.

Bahagian ketiga ceramah Ust Suhaimi lebih menarik kerana beliau menunjukkan pengkianatan UMNO kepada melayu.Bermula penghapusan tulisan JAWI pada tahun 1965 oleh Khir Johari sehinggalah kebiadaban mereka kepada raja raja melayu.Ust Suhaimi memaparkan keratan  keratan akhbar sejak tahun 1992 untuk membuktikan betapa UMNOlah yang menghina sultan serta menunjukkan bagaiamana UMNO merobohkan rumah rumah melayu di Rimba Raya, Kg berembang dan beberapa tempat lagi.Penghapusan tulisan JAWI merupakan pengkianatan UMNO terhadap inisiatif nenek moyang  kita yang berharap tulisan jawi bakal menjadikan orang melayu menjadi dekat dengan quran(barangkali inilah puncanya orang UMNO kini suka membaca quran tetapi tidaa suka menurut perintah quran sehingga ketika membaca quranpun takpelru tutup aurat).Menurut ust.Suhaimi,bangsa melayulah satu satunya bangsa di dunia yang mencipta tulisan yang berasaskan huruf alquran tetapi tulisan ini dihapuskan oleh UMNO.

Cikgi Bard membangkitkan  persoalan keselamatan dalam negara yang sudah tidak selamat.Kes Pembunuhan Dato Sosilawati disebut dengan jelas oleh Cikgu Bard sebagai pencerobohan terhadap hak rakyat yang tidak dibela oleh kerajaan.Ini adalah kerana lapuran yang mengatakan suspek ada 27 kes jenayah sebelum kes pembunuhan ini termasuk kes orang hilang dan kes  orang hilang yang disahkan dibunuh dengan bahagian tubuhnya dikerat kerat untuk diberi makan kepada beruang peliharaannya.Walaupun kesemua kes ini dilapurkan tetapi tiada tindakan yang diambil sebelum ini sehinggalah pembunuhan dato Sosilawati.Kalau kes kesy ang sebelum ini diselesaikan seperti kes Mona Fendi, pasti Dato Sosilawati tidak mati begitu saja(yang menimbulkan persoalan kepada kemungkinan adanya tangan tangan ghaib yang berleluasa dan suspek hanyalah Runner).Memang logik untuk membandingkan Mona Fendi yang tidak mempunyai apa apa hubungan dengan orang politik ditangkap dan dihukum serta merta dengan kes suspek yang memerlukan 28 kes untuk ditangkap kalau tanpa hubungan dengan mana mana VVIP.

Cikgu Bard turut membangkitkan fitnah yang sedang dihadapai DSAI.Bukti yang ada menunjukkan  sandaran kuat kepada pendakwaan kes liwat ialah penemuan DNA DSAI di "exzos" saiful tetapi rakyat cuba dibohongi apabila bukti itu turut menyatakan ada DNA lelaki ketiga yang tidak dikenali.Cikgu Bard turut menerangkan mengenai DNA dengan membandingkan DNA dengan cap jari.Menurut Cikgu Bard DNA boleh disebar tidak seperti cap jari.Ini bermakna penemuan DNA saiful pada air mani yang diambil dari exzos saiful tidak menghairankan tetapi penemuan DNA DSAI dan lelaki yang tidak dikenali itu adalah cubaan memperbodohkan rakyat.Macam macam boleh berlaku seperti contoh yang dihuraikan oleh Cikgu Bard ia itu, kalau beliau makan sup kambing dan peluhnya jatuh ke dalam sup tersebut maka apabila DNA dari sup kambing itu diambil, DNA Ciikgu Bard akan turut ditemui bersama sama DNA kambing tersebut.rengkasnya DNA tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa sesiapa tanpa bukti utama di mana bukti utama dalam kes rogol atau liwat ialah pencerobohan yang jelas dengan kesan kesan pencerobohan disahkan oleh pemeriksaan perubatan.Dalam hal ini, sudah ada 4 doktor yang mengesahkan lubang exzos saiful masih dara.

Selain itu Cikgu Bard turut mendedahkan pertemuan makan durian antara Najib dan PM Singapore yang membawa kepada tergadainya tanah KTM kepada Singapore.Cikgu Bard membandingkan bagaimana kehilangan Batu putih kepada Singapore berlaku setelah bersusah payah kerajaan mempertahankannya tetapi kehilangan tanah KTM hanya kerana jamuan durian Najib dengan PM Singapore.Cikgu Bard mengaitkan kes ini dengan kes pertemuan pertama Najib dengan Altantuya Monggolia yang berlaku di  pameran emas dan berlian di Singapore.Kata Cikgu Bard ada kemungkinan Singapore menyimpan gambar Najib bersama Altantuya sehingga dia begitu takut dengan Singapore seperti ditunjukkan dengan beberapa pertemuan susulan Najib selepas jamuan makan durian itu kerana terdapat bantahan bantahan rakyat mengenai tanah KTM yang diserahkan kepada Singapore itu.Cikgu Bard menegaskan beliau bukan menuduh Najib tetapi mahukan Najib menjelaskan kesemua ini kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat.

Cikgu Bard turut mengulas hubungan antara Najib dan Mahadir yang semakin meruncing.Kata Cikgu Bard punca kemarahan Mahadir kepada PakLah dulu adalah kerana Tanah yang dijanjikan kepada anak beranaknya dirampas dan kali ini sebab yang sama menjadi punca hubungan Najib Mahadir retak menunggu belah.Najib yang tunduk longlai kepada Rosmah beberapa kali mungkir janji dengan Mahadir yang mana ini membangkitkan kemarahan Mahadir.

Cikgu Bard turut menyentuh hubungan Jho Low dengan Rosmah yang gemarkan artis.Kalau dulu Rosmah teruja dengan artis Bolywood, kini dia mengalih pandangan kepada hollywood pula dan Jho Low adalah     orang yang rapat dengan beberapa pelakon Hollywood.Akhirnya Rosmah berjaya bertemu dengan beberapa pelakon Hollywood, ehsan  Jlo Low dan balasannya tanah TUDM diserahkan kepadanya(Cukup mudah Rosmah dan Najib menyerahkan tanah rakyat kepada sesiapa yang dikehendakinya)

Rakyat harus perlu lebih berani tampil menentang kebathilan ini dan untuk itu Pas Gong Pauh menyeru kepada semua untuk menyatakan penentangan masing masing kepada kebathilan dan kezaliman ini sekaligus mengingatkan agar tidak terjebak dengan perangkap UMNO yang kini ditumpukan kepada kes Dato Sosilawati menerusi percubaan membangkitkan kemarahan orang melayu kepada India.Berhati hatilah lagipun kita masih belum tahu tentang kemungkinan TANGAN TANGAN GHAIB itu memang ada dan ianya terdiri dari orang melayu pula.

Wednesday, September 22, 2010

Kenapa peningkan kepala pertahankan sekolah hamil,ayuh tukar kerajaan

"Assalamualaikum,,..
Dasar manusia yang menghalakan cara untuk mencapai matlamat tidak akan sedar.Apabila kita menentang keujudan sekolah hamil tampillah mereka membela kononya untuk membantu anak gadis yang hamil kerana berzina.Kononnya anak gadis yang hamil ini akan dikaunseling  kearah memberi mereka peluang kedua.Tapi apakah corak kaunseling itu?Adakah kelas kelas mengaji agama sejak dari asas sehinga ke peringkat paling advance?Kalau tidak ada, tak usah melaunglah kaunseling yang berasaskan ideologi akal tidak akan berjaya.

Di samping itu kenapa kaunseling hanya kepada mereka yang sudah hamil? Di mana kaunseling kepada yang belum hamil dan  yang belum pandai berzina.Sikap kepada idea sekolah hamil ini tidak ubah cari penyakit dan kemudian ubati penyakit serta pertahankan tindakan mengubat penyakit yang sengaja dicari dengan alasan alasan yang menarik sambil menyalahkan pihak lain yang menentang.

Kalau beginilah sikap orang melayu jangan terperanjat satu hari nanti negara kita akan menjadi macam negara negara barat dan orang orang melayu sama macam orang orang barat yang sudah hilang pedoman.Kalau ditanya siapa jua pun dari kalangan orang melayu, pasti mereka tidak mahu anak anak mereka terjebak dengan kehamilan luar nikah tetapi mampukah mereka menghalang arus maksiat yang melanda negara?Maka di situ jawabnya kepada soalan apa yang kita buat ketika menentang penubuhan sekolah hamil.Kita menentang maksiat dan menentang maksiat turut melibatkan usaha menukar kerajaan yang ada.Kita tidak akan terjebak dengan hujah hujah orang orang yang mempertahankan penubuhan sekolah hamil sebagai satu usaha membasmi masalah kerana kita yakin kalau keseluruhan pembasmian maksiat termasuk penguatkuasaan undang undang Islam tidak dibuat segera, tak ada satupun idea mengatasi masalah akan membawa kepada kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, kenapa peningkan kepala memikirkan langkah mengatasi kejadian hamil luar nikah, ayuh bersama kita usahakan agar kerajaan yang ada ditukar pada PRU akan datang.
Kepada pembela sekolah hamil,  tak usah angkuh dengan usaha kamu itu dan tak usah sombong kononnya kamulah yang pandai mencari penyelesaian kepada masalah yang kamu sendiri puncanya..Insaflah kawan dan ayuhlah bersama kita menukar kerajaan.

tranungkite

Monday, September 20, 2010

Kes bunuh dan bunuh diri semakin membimbangkan...

tranungkite

Al Quran Bersuara (PenRead)

- 1 LAGI RUANG MASIH KOSONG -

Kes bunuh dan bunuh diri semakin membimbangkan...
Posted on Monday, September 20 @ 17:22:34 PDT
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

E-Mel Pembaca Oleh: pasgongpauh

"Assalamualaikum,,..
Kita  memandang serius kejadian kejadian jenayah yang melanda negara muktakhir ini.Kes Dato Sosilawati masih dalam siasatan tetapi maklumat maklumat yang terdedah sehingga kini menakutkan.Jika diperincikan maklumat yang sudahpun terdedah,  Kita akan dapati berpuluh puluh atau mungkin juga beratus ratus senarai perbuatan mungkar dan maksiat yang terjadi sepanjang kes ini berjalan, dari permulaan kes sehinggalah berlakunya pembunuhan malah selepas pembunuhan masih berlaku lagi kejadian mungkar yang ada kaitan dengan mangsa utama, dato Sosilawati(kes dilapurkan sebagai kes bunuh diri). 


Kita bimbang dengan kejadian kejadian mungkar seperti yang didedahkan oleh maklumat yang ada dan kita bimbang tiada usaha  untuk menjadikan kes ini sebagai pengiktibaran kepada yang masih hidup.
Lantaran itu, kita menganjurkan dan mencadangkan kepada seluruh umat Islam  yang sayangkan kehidupan yang sementara ini agar sama sama bangkit bersolat hajat dan berqunut nazilah memohon ALLAH menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan ke akar umbinya.Kita pohon agar siapa jua yang terlibat, yang mebunuh, yang merancang pembunuhan jika ada, yang melindungi pembunuh, yang bersubahat dengan pembunuh dan yang membela pembunuh secara bathil ditunjukkan ALLAH kepada kita semua.Kita pohon agar bukan sahaja kambing hitam(atau unta hitam) yang dihukum tetapi semua yang terbabit dihukum.
Itulah doa kita agar ALLAH menunjukkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan ke akar umbinya.
Amin.

Tuesday, September 14, 2010

Tolong, masjid di Kemaman semakin lesu......

"Assalamualaikum,,..
Sepanjang Ramadhan dan Syawal yang baru menjelma, masjid masjid di sekitar  bandar Kemaman nampaknya semakin lesu dengan pengimarahannya menjadi semakin merudum pada ketika surau surau kendalian jemaah PAS tetap meriah dan ceria.Sungguhpun situasi ini terjadi kerana politik tidak sihat UMNO tetapi menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam untuk menyelamatkan keadaan, Justeru itu PAS Gong Pauh menyeru ahli ahli jemaah yang tinggal di sekitar bandar Kemaman agar kembali memenuhi masjid masjid yang sudah semakin suram pengimarahannya.

Berita yang baru diterima mengatakan beberapa hari lalu, masjid Geliga kehilangan imam dan bilal apabila kedua dua mereka tidak muncul pada waktu solat tertentu sementara di masjid Kg.Berenjut pula, sudah menjadi kelaziman para jemaah menunggu imam yang sering datang lewat untuk mengimamkan solat waktu termasuk solat subuh.Keadaan semakin kritikal di masjid Geliga yang berkemungkinan akan tutup sekiranya tidak diselamatkan sekarang.Siapa yang boleh diharapkan untuk menyelamatkannya?PAS Gong Pauh melihat hanya ahli jemaah yang tinggal di sekitar sahaja yang boleh menyelamatkan dari sudut pengimarahannya, oleh itu lakukan sesuatu wahai saudara seagama sekelian, jangan biarkan masjid lesu lagipun masjid tersebut dibina oleh UMNO dengan duit rakyat jadi hak kita juga untuk  mengimarahkannya.
Apa maknanya PAS untuk semua kalau kita enggan pergi ke masjid kerajaan?Di masjid masjid ini terdapat khazanah berharga untuk perjuangan kita.Di masjid ini terdapatnya ramai rakyat yang menyokong jemaah tetapi masih lagi ragu ragu dengan hala tuju ahli ahli PAS yang dilihat mereka sudah jauh menyimpang dari jalan sebenar.Oleh itu menjadi tanggungjawab semua untuk membetulkan presepsi mereka dan menambah sokongan kepada perjuangan jemaah.
Tetapi sekiranya masjid dibiarkan lesu, maka sebahagian masyarakat Islam tempatan juga akan menjadi lesu kerana mereka tidak akan sesekali ke surau surau PAS kerana merasa tidak selesa.sekiranya masyarakat lesu maka hilanglah sebahagian sokongan kepada jemaah.Mahukan kita perkara ini berlaku?

Sunday, August 22, 2010

Pertingkatkan doa hapus kebathilan dan kezaliman sempena Ramadan...

Assalamualaikum,,..

Sempena Ramadan yang masih segar dengan janji kemenangan dari ALLAH dan sempena dengan berbagai bagai kebathilan dan kezaliman yang dipromosikan oleh orang Islam Keturunan biru tanpa sedikitpun ada rasa hormat kepada Ramadan sedangkan Ramadan menuntut komitment yang lebih baik dari setiap umat Islam, PAS Gong Pauh ingin mengajak semua umat Islam yang mendengar dan mentaati ALLAH agar lebih kerap qiam dan menadah tangan memohon agar ALLAH menghancurkan segala kebathilan dan kezaliman yang dianjurkan oleh orang orang yang semacam tidak pernah takut dengan ancaman bala ALLAH.

Berbagai bagai rupa kebathilan dan kezaliman sedang berlaku dan kelihatan akan terus berlaku sepanjang Ramadan ini yang tidak harus dibiarkan begitu saja tanpa ada sedikit rasa bertanggungjawab untuk cuba menghapuskannya sekalipun ianya dilakukan oleh orang orang Islam keturunan melayu biru.Nampaknya mereka memandang mudah kepada Ramadan dengan terus menerus memperbanyakan kegiatan yang berunsur bathil dan zalim.

Dan mereka mencemari Ramadan dengan megahnya serta menyebarkan kebathilan seperti menyebarkan virus H1NI ke seluruh negara.Ingatlah kalau penganjur kebathilan ini dibiarkan berleluasa, dibimbangi negara akan ditimpa bala.Oleh itu, bangkitlah wahai umat, nyatakan penentangan kepada semua kebathilan dan kezaliman ini dengan qiam dan doa yang lebih khusyuk kepada ALLAH agar kebathilan dan penganjurnya dihapuskan terus dari bumi milik ALLAH ini.Begitu juga kezaliman dan penganjurnya mesti dipohon agar dilenyapkan demi sebuah kebahgian yang  diimpikan umat sejak sekain lama.

Saturday, August 21, 2010

Umat yang mendengar dan mentaati.

Assalamualaikum,,..
Antara wirid solat ada kedengaran ayat yang bermaksud mendengar dan mentaati dibaca  terutama selepas solat subuh.Apakah hubungan antara ayat ini dengan solat sehingga ianya dijadikan sebahagian daripada wirid yang dibaca selepas solat?Apa yang jelas ialah ayat mendengar dan mentaati diulang beberapa kali dalam Quran sebagai penegasan iman kepada umat umat manusia yang beriman.ALLAH mengkehendaki umat Muhamad supaya sentiasa mendengar keterangan keterangan yang datang dari ALLAH melalui Rasulnya serta mentaati semua keterangan tersebut.

Hakikatnya mudah difahami, kalau kita mendengar keterangan dari ayat ayat yang mewajibkan puasa di bulan Ramadan, maka kita mentaatinya dengan melaksanakan ibadat puasa serta ibadat ibadat lain yang dituntut kita lakukan sepanjang Ramadan.

Dalam masa yang sama, apabila kita mendengar ayat yang memerintahkan(dengan permulaan ayat yang sama dengan ayat yang mewajibkan puasa) supaya Qisas dilaksanakan sebagai hukum ALLAH yang adil kepada semua, maka sepatutnya kita turut mentaatinya.Itu baru dikatakan sebagai umat yang mendengar dan mentaati.

Tetapi malangnya, masih terdapat segelintir dari umat Islam(khususnya melayu) yang hanya mendengar tetapi enggan mentaati.Di kalangan mereka, ada yang istiqmah menganjurkan tadarus al Quran tetapi mereka semacam tidak tersentuh sedikitpun apabila membaca ayat ayat perintah berkaitan hukum jinayah Islam,ayat ayat larangan agar menjauhi rasuah dan penyelewengan amanah dan ayat ayat yang menyuruh umat menjadikan Islam sebagai carahidup.Begtiu juga mereka langsung tidak tersentuh ketika membaca ayat berkaitan perbezaan antara hamba di sisi ALLAH ialah taqwa(bukan bangsa atau darjat)

Kenapa ketika mereka membaca dan mendengar kalam ALLAH  yang sepatutnya mesti dituruti dengan mentaati, mereka dengan selamba mengenepikan syarat mentaati?Apakah mereka ingat Quran itu hanya perlu dituruti hukum tajwidnya sahaja?Apakah Quran itu hanya untuk dijadikan lagu dan dipertandingkan?

Tambah malang apabila golongan ini tampil dengan dakwaan merekalah pembela Islam, merekalah yang telah meningkatkan syiar Islam di bumi Malaysia.Apakah sebenarnya syiar Islam yang telah ditingkatkan itu?Budaya buang bayi?Budaya mat rempit?Budaya doktor persendirian yang tidak bertauliah?Budaya bohsia bohjang?Budaya zina yang semakin merebak? Dan budaya yang entah apa apa lagi di mana ianya berlaku seiring dengan kehadiran H1N1, Penyakit kencing tikus dan seumpamanya.

Insaflah wahai umat, golongan ini bukan pembela Islam, bukan juga umat yang mendengar dan mentaati dan tidak boleh dijadikan rakan dalam menengakkan syariat dan syiar Islam di negara kita.Golongan ini mungkin hadir di masjid berjemaah subuh dan berwirid bersama imam dengan wirid yang menyebut ayat mendengar dan mentaati tetapi mereka tidak pernah menjadi umat yang mendengar dan mentaati.

Tuesday, August 17, 2010

Memasyarakatkan PAS boleh berlaku di mana jua,pada bila bila masa

Assalamualaikum,,..

PAS untuk semua, merupakan satu tajdid kemasyarakatan yang menuntut semua ahli jemaah memainkan peranan dalam usaha menjadikan PAS sebagai wadah politik yang terbaik bagi semua warganegara.PAS sebagai satu jemaah adalah wadah yang mewakili semua kaum, agama dan semua warganegara yang berbeza latarbelakang kehidupan akademik dan kewangan.

Dalam usaha memperkenalkan PAS  sebagai wadah politik sesuai dengan slogan PAS untuk semua atau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi PAS for all,berbagai bagai program telah dan sedang diatur di seluruh pelusuk negara termasuk di Sabah dan Serawak.Seiring dengan program kemasyarakatan yang dijalankan, ahli ahli jemaah juga harus sedar mengenai satu perkara, ia itu tajdid kemasyarakatan ini juga boleh berlaku di mana jua,pada bila bila masa.Ianya tidak terbatas kepada program yang dianjurkan seperti program melihat piala dunia (bukan melihat anak bulan) pada screen gergasi, gotong royong perdana dan program membaiki rumah warga miskin yang dipinggir oleh rancangan PPRT kerajaan BN sahaja.

Tetapi PAS untuk semua harus berjalan setiap masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.Perkara ini menuntut komitmen yang konsistan dari seluruh ahli jemaah bermula dari  pemimpin atasan hinggalah kepada pemimpin paling bawah serta semua ahli ahli yang telah memberi wala' kepada kepimpinan jemaah.Atau dengan kata lain program PAS untuk semua seharusnya digerakkan secara tidak langsung dan tidak rasmi, PAS untuk semua mesti berjalan di kedai kedai kopi, di majlis majlis keramaian yang dianjurkan oleh ahli masyarakat dan yang paling penting di semua MASJID KERAJAAN yang ada di negara kita.Dalam kontek ini, PAS Gong Pauh ingin menyarankan kepada seluruh saf kepimpinan jemaah agar membiasakan diri singgah dan berjamaah di MASJID MASJID KERAJAAN (BN).PAS Gong Pauh sudah lama membuat pemantauan dalam  hal ini dan mendapati kebanyakan pemimpin jemaah tidak menjadikan agenda utama mereka untuk singgah dan berjemaah di masjid  masjid kerajaan(BN).

Sebaliknya kebanyakan pemimpin dan juga ahli jemaah lebih gemar berkumpul di surau surau yang kecil dan menonjolkan imej suka mengasingkan diri kepada masayarakat yang diketogerikan sebagai orang orang atas pagar.Malah di setengah tempat terdapat surau PAS yang bersebelahan dengan MASJID kerajaan (BN) di mana suasana ini tidak baik untuk memperkenalkan PAS untuk semua.

PAS untuk semua bukan sahaja bermaksud PAS hanya untuk orang orang bukan Islam, tetapi juga bermaksud untuk orang orang melayu ISLAM juga.Sebahagian orang orang Melayu ISLAM kini masih keliru dengan kehadiran PAS di sekitar mereka dan ada pula yang di kelirukan oleh politik suku, agama suku oleh UMNO.Dari itu, tugas mentajdidkan kemasyarakatan PAS adalah tugas semua ahli jemaah, bukan hanya tugas pemikir pemikir yang diberikan amanah untuk melaksanakan program yang bersesuaian.

Selagi kita memperkenalkan diri sebagai ahli jemaah PAS, selagi itulah tugas mengajak masyarakat melayu ISLAM untuk melakukan islah atau anjakan paradigma menyongsang arus seharusnya menjadi tugas kita.Islah atau anjakan paradigma menyosang arus bermaksud mengajak masyarakat melayu ISLAM kembali kepada carahidup ISLAM yang telah lama ditinggalkan.

Inilah tugas kita yang tidak harus terhenti kerana tidak adanya program yang dianjurkan.

Saturday, August 14, 2010

Ramadan bulan berjuang.......

Assalamualaikum,,

Ramadan diistilahkan oleh ulamak sebagai bulan madrasah atau disebut sebagai madrasah Ramadan.Inilah hakikat bulan yang dimuliakan ALLAH dengan firman khusus mengenainya.Barakah yang diberikan ALLAH di bulan Ramadan tidak ada di bulan bulan lain dan sejarah melakarkan beberapa kejayaan penting dalam perjuangan menegakkan kalimah ALLAH dicapai di bulan mulia ini.Menegakkan kalimah ALLAH bermakna menegakkan akidah yang benar, syariat yang diperintahkan dan syiar yang diutamakan.

Kejayaan pertama dalam Badar al Qubra dicapai di bulan Ramadan ketika Baginda dan Sahabat sedang berpuasa, Kejayaan memartabatkan Islam di bumi Mekah juga dicapai di bulan Ramadan.Ini membuktikan puasa yang diwajibkan di bulan Ramadan bukan penghalang kepada kejayaan tetapi menjadi pemangkin kepada kejayaan tersebut.Demikianlah juga di zaman kita hari ini, perjuangan untuk memartabatkan Islam tidak akan lengkap kalau Ramadan diabaikan, Ramadan dijadikan semata mata untuk melengkapi rukun Islam tetapi Ramadan adalah penting dalam tarbiyah kita untuk memantapkan perjuangan yang masih belum selesai.

Ramadan perlu dimasukkan dalam silibus pentarbiyahan demi memantapkan jatidiri sebagai mukmin yang tidak akan berputus asa dengan asakan dan halangan yang dibuat oleh musuh yang tidak inginkan Islam di tegakkan, Ramadan perlu dijadikan bulan motivasi bagi setiap pejuang Islam dan Ramadan mesti diyakini sebagai bulan yang mempunyai sumber pembangunan insaniah atau modal insan yang tidak mudah goyah dengan dugaan dan rasuah duniawi.

Ramadan adalah madrasah yang penting bagi setiap pejuang. Oleh itu PAS cawangan Gong Pauh ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua yang berada dalam jemaah agar tidak mengabaikan Ramadan serta tidak terpengaruh dengan budaya menyambut Ramadan yang sedang terjadi di negara kita.Budaya yang memperlihatkan masjid masjid dipenuhi diawal awal Ramadan tetapi kemudiannya semakin sepi menjelang akhir Ramadan harus dihindari oleh semua jemaah serta budaya yang menghuru harakan saf saf ketika bertarawih, ketika tarawih selesai di rakaat ke lapan semestinya tidak diikuti oleh para jemaah sekelian.

Sebaliknya budaya sebegini yang kelihatan sebati dengan masyarakat Islam setempat seharusnya diubah.Para ahli jemaah mempunyai tugas penting untuk mengubah budaya ini.Oleh itu PAS cawangan Gong Pauh juga ingin menyarankan agar ahli ahli jemaah turun mengimarahkan masjid masjid kerajaan dan mengenapikan soal pentadbiran masjid yang masih dikuasai oleh JKKK atau ketua ketua UMNO.Ingatlah orang orang yang mengimarahkan masjid mempunyai potensi yang besar untuk diubah presepsi mereka kepada PAS dan mempunyai ruang yang cukup luas untuk diubah budaya yang sudah diamalkan bertahun tahun itu.

Ramadan adalah bulan perjuangan dan saranan di atas adalah sebahagian dari perjuangan itu.Semuga perjuangan ini akan mendapat pertolongan ALLAH.

Monday, August 9, 2010

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dari PAS GONG PAUH

Assalamualaikum,,..

Ramadan datang lagi dengan tawaran istimewa seperti tahun tahun sebelumnya.Bersedialah untuk menerima tetamu yang dimulaikan ALLAH ini dengan persiapan persiapan terakhir umpama musafir yang menyediakan diri sebelum melangkah, umpama persedian seorang ayah untuk mendapat menantu atau umpama persediaan terakahir untuk menyambut kepulangan orang tersayang.

Istimewanya ramadan tidak boleh digambarkan dengan kata kata.Pada bulan inilah diturunnya al quran, pada bulan inilah adanya janji seribu bulan dari ALLAH yang merupakan tawaran paling istimewa untuk seorang hamba.Pada bulan ini jugalah dijanjikan dengan berbagai bagai janji termasuk yang terbesar dibebaskan dari azab api neraka yang sepatutnya dicari oleh semua hamba.

Agak malang bagi setengah umat yang membuat persedian menyambut Ramadan dengan berlumba lumba mengadakan program hiburan dan sukan(dipenuhi dengan berbagai bagai unsur maksiat dan kemungkaran) kerana dikuatiri tidak dapat dilakukan sepanjang Ramadan.Kita boleh melihat di taman bandar Cukai beberapa hari lalu program yang seumpama ini dan porgam larian belia benci dadah.Apakah begini umat bersedia menyambut Ramadan ?
 
Rejab dan Syaban adalah dua bulan yang disediakan untuk setiap umat membuat persedian menyambut Ramadan.Oleh itu bulan bulan ini harus dipenuhi dengan persedian bagi menyambut Ramadan.Bermula dengan puasa sunat, diikuti membiasakan diri bersedekah dan membuat kerja kerja kebajikan serta diikuti dengan membiasakan diri dengan qiamulai di malam hari kerana qiamulai secara komprehensif akan kita laku di bulan Ramadan untuk mencapai janji tawaran istimewa ALLAH.

Sudah tentu malang sekali kalau ada umat yang tidak dapat ditegur kerana menganggap mereka lebih hebat dan kuat untuk meneruskan aktiviti lagho serta penuh dengan maksiat sepanjang bulan Rejab dan Syaban bagi menyediakan diri untuk memasuki madrasah Ramadan.Amatlah rugi bukan sahaja kepada golongan yang terlibat tetapi kepada masyarakat keseluruhannya kerana janji barakah ALLAH hanya akan sampai kepada semua sekiranya umat di sebuah negeri itu bertaqwa dan beramal soleh.

Sudah tentu kepada pencinta carahidup Islam amalan sebegini mesti ditegah mengikut kemampuan.Kerana itu PAS Gong Pauh menyeru kepada seluruh umat di negara kita agar meninggalkan kemaksiatan dan kemungkaran dan sama sama kita gembelingkan tenaga kearah mempertingkatkan iman dan ketaqwaan kita.Tinggalkan golongan yang tidak amanah ketika diberi kuasa pemerintahan, jauhi diri dari terpesona dengan habuan dunia yang sedikit untuk menjadi pak turut golongan pemecah amanat, jangan terima habuan yang merupakan hak orang lain dan jangan terlibat dengan penganjuran program lagho serta maksiat.

Penuhi masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan nanti, perbanyakkan sedekah dan kerja kerja kebajikan dan kekal komited untuk mengikuti panduan berpuasa sepenuhnya.Insyaallah segala usaha kita akan diberkatai ALLAH dan semuga kita akan bertemu dengan magfirah,rahmat dan janji dilepaskan dari api neraka ALLAH..

Kisah durian,mentimun, arnab dan kura kura

Assalamualaikum,,.
Jangan jadi durian yang kuat tetapi tidak tahan lama, jadilah mentimun yang sanggup cedera kerana digolek, jangan jadi arnab yang pantas berlari tetapi sombong takabur, jadilah kura kura yang walaupun berlahan tetapi sabar dalam pertandingan.Itulah dasar yang mesti dipegang oleh setiap mukmin dalam menghidupkan fisabilillah dengan mengharapkan keredhaan ALLAH semata mata.Durian hanyalah lambang kepada keduniaan, arnab pula lambang kepada kesombongan manusia yang lupa diri dan kejadian.Mentimun dan kura kura adalah dua makhluk ALLAH yang mempunyai ciri ciri ketahanan diri serta kesabaran yang diperlukan dalam perjuangan yang panjang ini.

AJK PAS Gong Pauh majoritinya terdiri daripada orang orang yang tidak berasal dari Gong Pauh tetapi ditemukan ALLAH setelah masing masing bermaustatin di Gong Pauh.Ciri ciri mentimun dan kura kura yang ada pada setiap AJK inilah yang telah menemukan kami di Gong Pauh. Setiap seorang dari kami telah menyertai perjuangan ini sejak lama dulu dalam suasana tekanan dari kerajaan dan UMNO dengan berbagai bagai tekanan seperti tekanan yang terpaksa dihadapi oleh mentimun kerana digolek oleh durian, seperti kura kura yang ditertawakan oleh arnab dalam perlumbaan yang panjang, tetapi kami tetap istiqamah walau apa rintangan yang datang sehingga akhirnya kami ditemukan di cawangan Gong Pauh untuk sama sama meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini.

Tetapi sekarang kami yakin bahawa durian semakin rosak dan bakal menjadi tempoyak tidak lama lagi dan mentimun tetap segar walaupun terguris di sana sini.Kami yakin kura kura sedang melepasi arnab yang masih dibuai mimpi  dan dengan keyakinan inilah kami akan terus menghidupkan perjuangan di Gong Pauh.Sambil kami mengharap penyertaan lebih ramai anak watan Gong Pauh menyertai kami di cawangan untuk menghidupkan aktiviti memasyarakatkan PAS serta mengajak penduduk Gong Pauh untuk meninggalkan kebathilan dan bersama sama dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Kami juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada bekas Naib ketua yang sudah berhijrah ke Kuala Lumpur dan beberapa orang penggerak cawangan sebelum ini yang turut berhijrah ke tempat lain.semuga saudara sekelian terus menjadi mentimun dan kura kura di mana jua saudara berada.Jazakallah.........

Sunday, August 8, 2010

Ceramah Umum di markaz Gong Pauh pada 30/7/2010

Assalamualaikum,,.

Alahamdullilah, akhirnya PAS cawangan Batu satu Gong  Pauh, DUN Cukai berjaya menghidupkan semula aktiviti menyebarkan maklumat kepada penduduk setempat setelah terbengkalai selama lebih setahun.Kali ini aktiviti tersebut merupakan ceramah isu isu semasa oleh YB.Ustaz Wan Hassan Wan Ramli dan sdr. Mohd Nazree Mohd Yunus, mantan pengerusi GERAK yang merupakan wakil dari PKR menggantikan Cikgu Bard yang tidak dapat hadir kerana musyakah yang tidak dapat dielakkan.

Ceramah pertama yang diadakan semula ini mendapat sambutan serdehana dari penduduk setempat tetapi kepadatan penduduk di kawasan Gong Puah membolehkan hampir kesemua kawasan penempatan di Gong Pauh dapat mendengar ceramah di rumah masing masing.Insyaallah segala maklumat penting mengenai isu isu semasa yang sedang melanda negara dapat disebarkan melalui ceramah ini.

YB Ust Wan Hassan dalam ceramahnya menyentuh beberapa isu yang sedang melanda Terengganu, antaranya perbalahan yang semakin serius yang berlaku di kalangan ADUN UMNO serta terpinggirnya pembangunan rakyat kerana perbalahan ini.Selain itu YB Ust Wan Hassan  juga menyentuh mengenai arahan terbaru dari Mat Said berkaitan pengagihan dana khas yang akan dilakukan tidak lama lagi.Mat Said telah mengarahkan penyokong dan ahli PAS dikecualikan daripada menerima dana khas tersebut dan perkara ini mengesahkan Mat Said dan UMNO menganggap dana khas itu hakmilik mak bapak dia yang boleh sewenang wenangnya diberikan kepada sesiapa saja yang mereka suka.

Apa yang menarik YB Ust Wan Hassan ada menyentuh peribahasa umpama mentimun dengan durian,digolek pecah tergolek pecah.Inilah yang berlaku di negara kita sekarang di mana pembangkang ditekan dari segenap sudut seolah olah pembangkang itu mentimun dan pihak yang menekan ia itu kerajaan UMNO menjadi durian.Menurut YB Ust Wan Hassan, durian walaupun kuat tetapi tidak tahan lama berbanding mentimun yang walaupun lemah tetapi tahan lama.Oleh itu durian apabila masam akan dijadikan tempoyak, masa tu mentimun boleh menjadi ulam untuk mencicah durian dengan lahapnya.Itulah nasib UMNO yang bongkak dan lupa kuasa rakyat dalam sistem demokrasi negara kita.Tren menunjukkan UMNO semakin lemah dan lemah di mana satu hari akan bertukar jadi tempoyak yang akan dipelahapkan oleh mentimun.

Sementara sdr. Mohd Nazree menyentuh mengenai politik baru yang mahu dikembangkan di Malaysia.Politik selepas merdeka yang membahagi bahagikan kaum yang masih diamalkan UMNO semakin ditolak rakyat yang mahukan pembaharuan dalam politik negara.Pengagihan bantuan akan dibuat mengikut keperluan, kalau melayu susah melayu dibantu mengikut keperluan mereka,begitu juga kalau cina atau india.Rakyat sudah tidak mahu melihat pengagihan bantuan mengikut bulu, mengikut kroni dan penuh dengan rasuah serta penyelewengan.Sdr.Mohd Nazree juga menyentuh fitnah besar yang melanda negara ekoran tuduhan liwat terhadap DSAI.Kata Sdr.Mohd Nazree kalau benar DSAI yang dituduh mengamal homosek mengapa tuduhan terhadap beliau mengambil masa 15 tahun selepas tuduhan pertama?Sdr Mohd Nazree membandingkan hobi seorang kaki bola, di mana kaki boleh tersebut akan main bola setiap hari, bukan setahun sekali.

Untuk maklumat, Sdr Mohd Nazree merupakan orang yang mengambil alih GERAK daripada Senatak Ezam dan beliau melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menyentuh mengenai Ezam dalam ceramahnya kerana kesuntukan masa yang banyak dihabiskan untuk menerangkan politik baru Malaysia.Agak malang bagi warga Gong Pauh kerana tidak dapat mendengar mengenai Ezam dari seorang yang hampir dengan beliau semasa dalam Gerak.

Di samping itu, Sdr Mohd Nazree banyak kali membaca ayat quran dan hadis baginda dalam menyampaikan pengertian politik baru yang hendak diamalkan di negara kita.Menurut sdr.Mohd Nazree, UMNO enggan menyampaikan kebenaran sebaliknya menyembunyikan kebenaran sedangkan baginda nabi sudah berpesan bahawa katakan kebenaran sekalipun pahit.