Monday, August 9, 2010

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dari PAS GONG PAUH

Assalamualaikum,,..

Ramadan datang lagi dengan tawaran istimewa seperti tahun tahun sebelumnya.Bersedialah untuk menerima tetamu yang dimulaikan ALLAH ini dengan persiapan persiapan terakhir umpama musafir yang menyediakan diri sebelum melangkah, umpama persedian seorang ayah untuk mendapat menantu atau umpama persediaan terakahir untuk menyambut kepulangan orang tersayang.

Istimewanya ramadan tidak boleh digambarkan dengan kata kata.Pada bulan inilah diturunnya al quran, pada bulan inilah adanya janji seribu bulan dari ALLAH yang merupakan tawaran paling istimewa untuk seorang hamba.Pada bulan ini jugalah dijanjikan dengan berbagai bagai janji termasuk yang terbesar dibebaskan dari azab api neraka yang sepatutnya dicari oleh semua hamba.

Agak malang bagi setengah umat yang membuat persedian menyambut Ramadan dengan berlumba lumba mengadakan program hiburan dan sukan(dipenuhi dengan berbagai bagai unsur maksiat dan kemungkaran) kerana dikuatiri tidak dapat dilakukan sepanjang Ramadan.Kita boleh melihat di taman bandar Cukai beberapa hari lalu program yang seumpama ini dan porgam larian belia benci dadah.Apakah begini umat bersedia menyambut Ramadan ?
 
Rejab dan Syaban adalah dua bulan yang disediakan untuk setiap umat membuat persedian menyambut Ramadan.Oleh itu bulan bulan ini harus dipenuhi dengan persedian bagi menyambut Ramadan.Bermula dengan puasa sunat, diikuti membiasakan diri bersedekah dan membuat kerja kerja kebajikan serta diikuti dengan membiasakan diri dengan qiamulai di malam hari kerana qiamulai secara komprehensif akan kita laku di bulan Ramadan untuk mencapai janji tawaran istimewa ALLAH.

Sudah tentu malang sekali kalau ada umat yang tidak dapat ditegur kerana menganggap mereka lebih hebat dan kuat untuk meneruskan aktiviti lagho serta penuh dengan maksiat sepanjang bulan Rejab dan Syaban bagi menyediakan diri untuk memasuki madrasah Ramadan.Amatlah rugi bukan sahaja kepada golongan yang terlibat tetapi kepada masyarakat keseluruhannya kerana janji barakah ALLAH hanya akan sampai kepada semua sekiranya umat di sebuah negeri itu bertaqwa dan beramal soleh.

Sudah tentu kepada pencinta carahidup Islam amalan sebegini mesti ditegah mengikut kemampuan.Kerana itu PAS Gong Pauh menyeru kepada seluruh umat di negara kita agar meninggalkan kemaksiatan dan kemungkaran dan sama sama kita gembelingkan tenaga kearah mempertingkatkan iman dan ketaqwaan kita.Tinggalkan golongan yang tidak amanah ketika diberi kuasa pemerintahan, jauhi diri dari terpesona dengan habuan dunia yang sedikit untuk menjadi pak turut golongan pemecah amanat, jangan terima habuan yang merupakan hak orang lain dan jangan terlibat dengan penganjuran program lagho serta maksiat.

Penuhi masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan nanti, perbanyakkan sedekah dan kerja kerja kebajikan dan kekal komited untuk mengikuti panduan berpuasa sepenuhnya.Insyaallah segala usaha kita akan diberkatai ALLAH dan semuga kita akan bertemu dengan magfirah,rahmat dan janji dilepaskan dari api neraka ALLAH..

No comments:

Post a Comment