Monday, August 9, 2010

Kisah durian,mentimun, arnab dan kura kura

Assalamualaikum,,.
Jangan jadi durian yang kuat tetapi tidak tahan lama, jadilah mentimun yang sanggup cedera kerana digolek, jangan jadi arnab yang pantas berlari tetapi sombong takabur, jadilah kura kura yang walaupun berlahan tetapi sabar dalam pertandingan.Itulah dasar yang mesti dipegang oleh setiap mukmin dalam menghidupkan fisabilillah dengan mengharapkan keredhaan ALLAH semata mata.Durian hanyalah lambang kepada keduniaan, arnab pula lambang kepada kesombongan manusia yang lupa diri dan kejadian.Mentimun dan kura kura adalah dua makhluk ALLAH yang mempunyai ciri ciri ketahanan diri serta kesabaran yang diperlukan dalam perjuangan yang panjang ini.

AJK PAS Gong Pauh majoritinya terdiri daripada orang orang yang tidak berasal dari Gong Pauh tetapi ditemukan ALLAH setelah masing masing bermaustatin di Gong Pauh.Ciri ciri mentimun dan kura kura yang ada pada setiap AJK inilah yang telah menemukan kami di Gong Pauh. Setiap seorang dari kami telah menyertai perjuangan ini sejak lama dulu dalam suasana tekanan dari kerajaan dan UMNO dengan berbagai bagai tekanan seperti tekanan yang terpaksa dihadapi oleh mentimun kerana digolek oleh durian, seperti kura kura yang ditertawakan oleh arnab dalam perlumbaan yang panjang, tetapi kami tetap istiqamah walau apa rintangan yang datang sehingga akhirnya kami ditemukan di cawangan Gong Pauh untuk sama sama meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini.

Tetapi sekarang kami yakin bahawa durian semakin rosak dan bakal menjadi tempoyak tidak lama lagi dan mentimun tetap segar walaupun terguris di sana sini.Kami yakin kura kura sedang melepasi arnab yang masih dibuai mimpi  dan dengan keyakinan inilah kami akan terus menghidupkan perjuangan di Gong Pauh.Sambil kami mengharap penyertaan lebih ramai anak watan Gong Pauh menyertai kami di cawangan untuk menghidupkan aktiviti memasyarakatkan PAS serta mengajak penduduk Gong Pauh untuk meninggalkan kebathilan dan bersama sama dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Kami juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada bekas Naib ketua yang sudah berhijrah ke Kuala Lumpur dan beberapa orang penggerak cawangan sebelum ini yang turut berhijrah ke tempat lain.semuga saudara sekelian terus menjadi mentimun dan kura kura di mana jua saudara berada.Jazakallah.........

No comments:

Post a Comment