Monday, November 29, 2010

Gendang sudah dipalu.

Lengkaplah sudah pelancaran gerak kerja PRU 13 bagi  N31, DUN Cukai pada 28/11/2010 oleh Tok Guru Presiden.Sempena pelancaran itu, dana pilihanraya DUN cukai  dilancarkan oleh Tok Guru Presiden serta penyerahan watikah perlantikan dan bendera kepada semua cawangan PAS DUN Cukai turut disempurnakan oleh Tok Guru Presiden.

Penyerahan watikah dan bendera tersebut menandakan gendang perjuangan sudah dipalu dan disambut dengan penuh bersemangat oleh kesemua cawangan yang didaftarkan di DUN Cukai.Ini bermakna gerak kerja pilihanraya yang menjadi medan perjuangan untuk menegakkan syariat ALLAH sudah bermula dan semua cawangan mula melihat segala kemungkinan dan kesukaran untuk diatasi.

Ayuh sahabat dari semua cawangan, inilah masa untuk merapatkan saf,inilah masa untuk menggerakkan dakwah ke tahap paling maksima ia itu mengajak rakyat marhaen membina negara sunnah.Inilah juga masanya untuk meningkatkan  munajat kepada ALLAH kerana tanpa bantuan dan pertolongan ALLAH, perjuangan kita tidak akan ke mana.

Inilah juga masanya bagi kita meningkatkan peringatan untuk menghindari diri dan ahli keluarga dari api neraka, masa untuk meningkatkan sumbangan sedekah kepada golongan yang tidak mampu dan akhir sekali,jangan lupa kerja kerja politik seperti culaan pengundi dan seumpamannya.