Tuesday, January 3, 2012

Trend melayu sertai DAP, cabaran baru kepada gerakan Islam


Assalamualaikum,,.
Berita yang agak gembar menyebut 2 orang ahli UMNO di mana salah seorangnya merupakan bekas wakil rakyat telah menyertai DAP, parti yang selama ini digembar gempurkan sebagai perkauman oleh UMNO.Tetapi apa yang disebut oleh bekas ahli UMNO yang menyertai DAP itu agak memeranjatkan kerana pada mereka, DAP lebih bersedia mendengar permasalahan melayu yang trepinggir daripada UMNO.UMNO sudah dilihat sebagai perosak melayu yang tidak dapat diselamatkan lagi.Inilah sudut pandangan yang sedang meresapi sebahagian ahli ahli UMNO yang nampaknya lebih selesa dengan DAP berbanding parti alternatif melayu ia itu PAS dan PKR.Di samping itu, ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kemaman yang baru lalu, Sdr. Mat Sabu ada menyebut bahawa anak anak muda melayu sekarang ini ramai yang cenderung kepada DAP kerana pada sudut pandangan mereka DAP lebih telus, adil dan jujur.Persoalannya, kenapa melayu cenderung kepada DAP bukan PAS atau PKR?  


Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh ahli ahli PAS terutamanya sebagai gerakan Islam yang menyeluruh di negara kita.Kenapa tidak orang orang melayu yang sudah hilang keyakinan dengan UMNO kerana kerakusan pemimpin dan kroni mereka berpaling kepada PAS sebagai satu satunya parti Islam yang bermatlamat syumul?
Untuk itu, PasGongPauh ingin mengajukan persoalan ini kepada puak puak yang suka mencari salah orang di dalam jemaah.Puak puak yang suka bergaduh kerana hal remeh temeh, puak puak yang tidak mampu bermuamalah sesama ahli jemaah,puak puak yang suka mengecop orang begitu begini supaya kembali bermuhasabah untuk mencari sebab kenapa orang melayu yang beragama Islam lebih memilih DAP dari PAS sedangkan di luar sana masih terdapat ramai orang orang bukan melayu dan bukan Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka.
Kita tahu dan faham memilih DAP sebagai wadah bukanlah satu kesalahan selagi aqidah dan matlamat memartabatkan Islam yang syumul menjadi fikrah tetapi dari sudut moralnya perginya orang melayu kepada DAP menunjukkan kelemahan PAS dalam menampilkan imej Islam.Barangkali kemelut berpanjangan setahun dua ini menjadi penyebab kenapa mereka memilih DAP.Isu UG, isu 916,isu Erdogan dan terbaru isu Hassan Ali, isu IRC begitu dipolimikkan di kalangan pengamal media PAS samada harakah atau media internet seperti TKO dan blog serta ada pemimpin yang menggunakan pengamal media arus perdana atas alasan media PAS tidak memberi peluang kepadanya untuk menyalurkan pandangan   mungkin membuatkan kalangan yang awalnya berminat menyertai PAS berpatah balik.
Di antara mereka ada yang menyertai  jemaah jemaah Islam lain atas nama NGO seperti ISMA, Cakna Anak Yatim dan tak kurang juga Tabligh.Setengah yang lain pula mula melihat kepada DAP sebagai sebuah parti yang lebih stabil, tanpa banyak kemelut dan terbuka dalam menerima pandangan serta menghormati hak hak kemanusian.Inilah barangkali sebab kenapa mereka berminat dengan DAP dan akhirnya memilih untuk menyertainya.
Keadaan dalam PAS pula muktakhir ini tidak banyak membantu kerana selain sibuk mencari dana untuk pilihanraya yang sebenarnya turut membebankan ahli ahli yang aktif turut diserabutkan dengan satu golongan yang kononnya nak menyelamatkan PAS dari penguasaan IRC serta Erdogan. Tetapi kerja kerja jemaah termasuk kerja kerja politik, amal maaruf  nahi mungkar tidak begitu diberi perhatian.
Kita juga faham bahawa kesemua umat melayu Islam yang berada dalam NGO NGO serta yang menyertai DAP kesemuanya bermatlamat untuk menyingkirkan UMNO dan mahu melihat Islam dimartabatkan sebagai carahidup tetapi kesatuan umat yang sebegini tidak cukup kuat untuk meneruskan kesinambungan amalan serta berisiko akan berpecah seandainya kehadiran fikrah fikrah yang berbagai terutama yang menekankan kepada perkara perkara furuk gagal dikawal.
Jadi marilah sama sama kita fikirkan demi untuk Islam, kerana ALLAH!

No comments:

Post a Comment