Assalamualaikum,,
Ceramah ust. Suhaimi Mohd Saad dan Cikgu Bard selesai diadakan pada malam semalam, 24.09.2010 dengan kupasan dan pendedahan beberapa fakta menarik mengenai isu isu yang sedang berlaku di negara kita sekarang.
Ceramah dimulakan dengan pendedahan oleh Pengarah MTD Cukai semasa ucapan alu aluannya mengenai sikap angkuh Majlis Perbandaran Kemaman(MPK) yang mahu mengambil alih pasar borang Dusun Nyior dari persatuan penjaja.Pasar Borong yang diilhamkan oleh kerajaan PAS dulu dengan harapan menjadi seperti wakaf Cik Yeh di Kota Bharu di mana pengguna mampu mendapatkan bekalan keperluan harian dengan harga murah.Tetapi dengan keangguhkan MPK untuk merampas hak pengurusan dari persatuan penjaja, barang barang keperluan berkemungkinan besar akan menjadi mahal kerana bayaran sewa dinaikkan serta beberapa bayaran lain termasuk bayaran amanah akan dikenakan kepada peniaga di pasar borong tersebut.Dengan kata kata lain, pasar borang yang secara umum difahami masyarakat sebagai tempat untuk mendapatkan bekalan pada harga pukal yang lebih murah akan bertukar menjadi tempat menjual bekalan pada harga mahal.Apa nak jadi?
Pengarah turut menyentuh isu rasuah MB Mat Said yang disiarkan oleh TV 3 suku beberapa hari sebelum beliau dilantik sebagai MB. Isu yang disiarkan ke seluruh negara ini akhirnya hilang apabila beliau menjadi MB dan terus lenyap sehingga hari ini.Di mana SPRM? Beliau juga menyentuh sedikit mengenai kes pembunuhan Dato Sosilawati dan kemungkinan adanya 'TANGAN TANGAN GHAIB DI BELAKANGNYA"
Sementara Ust Suhaimi seperti biasa mempersembahkan satu ceramah bergambar dengan fakta dan maklumat yang jelas.Antara yang disorok oleh beliau ialah kejahilan beberapa pemimpin UMNO terutama semasa Ramadan dan ketika menyambut syawal.Video sambutan aidilfitri di kediaman Ismail Sabri ditunjukkan kepada hadirin,begitu juga video pertandingan mak andam dalam surau dan gambar MP Hulu Selangor masuk masjid di Selangor turut dihidangkan kepada hadirin.Semuanya membuktikan bagaimana UMNO cuba berbohong ketika menghukum haram kepada MP Teo Nie Ching yang masuk dan berucap dalam surau.Gambar Rosmah dan puteri UMNO yang 'telanjang' ketika berada dalam surau juga ditunjukan sebagai perbandingan kepada hujah UMNO ketika mengharamkan MP Teo.
Seterusnya Ust Suhaimi juga merumuskan ceramahnya dengan membuat perbandingan "Antara dua Darjat" di mana kejadian yang sama tetapi dihukum berbeza oleh UMNO.Ust Suhaimi memamparkan beberapa isu dalam perbandingan ini termasuk isu MP Teo yang diharamkan sedangkan fatwa majlis fatwa mengharuskannya dan isu kamalanathan memasuki ruang solat Masjid yang pula dihukum harus.Hukuman haram dan harus ini turut dibuat oleh Mufti yang turut sama dalam muzakarah fatwa yang memutuskan keharusan itu.
Isu doa kepada LGE yang diharamkan UMNO dan isu majlis solat hajat dan bacaan yassin di masjid untuk calon BN Hulu Selangor yang bukan Islam.yang diharuskan UMNO juga dibangkitkan dan ditunjukkan kepada hadirin.Replica Anwar yang diharamkan tetapi replica Najib di Batu Caves yang lebih besar dari patung sedia ada di sana diharuskan.Itulah UMNO dengan ulamak ulamak mereka sentiasa mengizinkan apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka tetapi terus mengharamkan apa yang dilakukan oleh pemimpin PR.
Menurut Ust Suhaimi, kes kehadiran bukan Islam dalam masjid sudah lama dibuat UMNO tetapi kita tidak bising kerana akur dengan panduan agama tetapi kerana UMNO yang menggunakan isu ini untuk menyerang PR, maka kita dedahkan perlakuan mereka sebelum ini untuk pengetahuan rakyat.
Bahagian ketiga ceramah Ust Suhaimi lebih menarik kerana beliau menunjukkan pengkianatan UMNO kepada melayu.Bermula penghapusan tulisan JAWI pada tahun 1965 oleh Khir Johari sehinggalah kebiadaban mereka kepada raja raja melayu.Ust Suhaimi memaparkan keratan keratan akhbar sejak tahun 1992 untuk membuktikan betapa UMNOlah yang menghina sultan serta menunjukkan bagaiamana UMNO merobohkan rumah rumah melayu di Rimba Raya, Kg berembang dan beberapa tempat lagi.Penghapusan tulisan JAWI merupakan pengkianatan UMNO terhadap inisiatif nenek moyang kita yang berharap tulisan jawi bakal menjadikan orang melayu menjadi dekat dengan quran(barangkali inilah puncanya orang UMNO kini suka membaca quran tetapi tidaa suka menurut perintah quran sehingga ketika membaca quranpun takpelru tutup aurat).Menurut ust.Suhaimi,bangsa melayulah satu satunya bangsa di dunia yang mencipta tulisan yang berasaskan huruf alquran tetapi tulisan ini dihapuskan oleh UMNO.
Cikgi Bard membangkitkan persoalan keselamatan dalam negara yang sudah tidak selamat.Kes Pembunuhan Dato Sosilawati disebut dengan jelas oleh Cikgu Bard sebagai pencerobohan terhadap hak rakyat yang tidak dibela oleh kerajaan.Ini adalah kerana lapuran yang mengatakan suspek ada 27 kes jenayah sebelum kes pembunuhan ini termasuk kes orang hilang dan kes orang hilang yang disahkan dibunuh dengan bahagian tubuhnya dikerat kerat untuk diberi makan kepada beruang peliharaannya.Walaupun kesemua kes ini dilapurkan tetapi tiada tindakan yang diambil sebelum ini sehinggalah pembunuhan dato Sosilawati.Kalau kes kesy ang sebelum ini diselesaikan seperti kes Mona Fendi, pasti Dato Sosilawati tidak mati begitu saja(yang menimbulkan persoalan kepada kemungkinan adanya tangan tangan ghaib yang berleluasa dan suspek hanyalah Runner).Memang logik untuk membandingkan Mona Fendi yang tidak mempunyai apa apa hubungan dengan orang politik ditangkap dan dihukum serta merta dengan kes suspek yang memerlukan 28 kes untuk ditangkap kalau tanpa hubungan dengan mana mana VVIP.
Cikgu Bard turut membangkitkan fitnah yang sedang dihadapai DSAI.Bukti yang ada menunjukkan sandaran kuat kepada pendakwaan kes liwat ialah penemuan DNA DSAI di "exzos" saiful tetapi rakyat cuba dibohongi apabila bukti itu turut menyatakan ada DNA lelaki ketiga yang tidak dikenali.Cikgu Bard turut menerangkan mengenai DNA dengan membandingkan DNA dengan cap jari.Menurut Cikgu Bard DNA boleh disebar tidak seperti cap jari.Ini bermakna penemuan DNA saiful pada air mani yang diambil dari exzos saiful tidak menghairankan tetapi penemuan DNA DSAI dan lelaki yang tidak dikenali itu adalah cubaan memperbodohkan rakyat.Macam macam boleh berlaku seperti contoh yang dihuraikan oleh Cikgu Bard ia itu, kalau beliau makan sup kambing dan peluhnya jatuh ke dalam sup tersebut maka apabila DNA dari sup kambing itu diambil, DNA Ciikgu Bard akan turut ditemui bersama sama DNA kambing tersebut.rengkasnya DNA tidak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa sesiapa tanpa bukti utama di mana bukti utama dalam kes rogol atau liwat ialah pencerobohan yang jelas dengan kesan kesan pencerobohan disahkan oleh pemeriksaan perubatan.Dalam hal ini, sudah ada 4 doktor yang mengesahkan lubang exzos saiful masih dara.
Selain itu Cikgu Bard turut mendedahkan pertemuan makan durian antara Najib dan PM Singapore yang membawa kepada tergadainya tanah KTM kepada Singapore.Cikgu Bard membandingkan bagaimana kehilangan Batu putih kepada Singapore berlaku setelah bersusah payah kerajaan mempertahankannya tetapi kehilangan tanah KTM hanya kerana jamuan durian Najib dengan PM Singapore.Cikgu Bard mengaitkan kes ini dengan kes pertemuan pertama Najib dengan Altantuya Monggolia yang berlaku di pameran emas dan berlian di Singapore.Kata Cikgu Bard ada kemungkinan Singapore menyimpan gambar Najib bersama Altantuya sehingga dia begitu takut dengan Singapore seperti ditunjukkan dengan beberapa pertemuan susulan Najib selepas jamuan makan durian itu kerana terdapat bantahan bantahan rakyat mengenai tanah KTM yang diserahkan kepada Singapore itu.Cikgu Bard menegaskan beliau bukan menuduh Najib tetapi mahukan Najib menjelaskan kesemua ini kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat.
Cikgu Bard turut mengulas hubungan antara Najib dan Mahadir yang semakin meruncing.Kata Cikgu Bard punca kemarahan Mahadir kepada PakLah dulu adalah kerana Tanah yang dijanjikan kepada anak beranaknya dirampas dan kali ini sebab yang sama menjadi punca hubungan Najib Mahadir retak menunggu belah.Najib yang tunduk longlai kepada Rosmah beberapa kali mungkir janji dengan Mahadir yang mana ini membangkitkan kemarahan Mahadir.
Cikgu Bard turut menyentuh hubungan Jho Low dengan Rosmah yang gemarkan artis.Kalau dulu Rosmah teruja dengan artis Bolywood, kini dia mengalih pandangan kepada hollywood pula dan Jho Low adalah orang yang rapat dengan beberapa pelakon Hollywood.Akhirnya Rosmah berjaya bertemu dengan beberapa pelakon Hollywood, ehsan Jlo Low dan balasannya tanah TUDM diserahkan kepadanya(Cukup mudah Rosmah dan Najib menyerahkan tanah rakyat kepada sesiapa yang dikehendakinya)
Rakyat harus perlu lebih berani tampil menentang kebathilan ini dan untuk itu Pas Gong Pauh menyeru kepada semua untuk menyatakan penentangan masing masing kepada kebathilan dan kezaliman ini sekaligus mengingatkan agar tidak terjebak dengan perangkap UMNO yang kini ditumpukan kepada kes Dato Sosilawati menerusi percubaan membangkitkan kemarahan orang melayu kepada India.Berhati hatilah lagipun kita masih belum tahu tentang kemungkinan TANGAN TANGAN GHAIB itu memang ada dan ianya terdiri dari orang melayu pula.
No comments:
Post a Comment