"Assalamualaikum,,..
Sepanjang Ramadhan dan Syawal yang baru menjelma, masjid masjid di sekitar bandar Kemaman nampaknya semakin lesu dengan pengimarahannya menjadi semakin merudum pada ketika surau surau kendalian jemaah PAS tetap meriah dan ceria.Sungguhpun situasi ini terjadi kerana politik tidak sihat UMNO tetapi menjadi tanggungjawab kita semua sebagai umat Islam untuk menyelamatkan keadaan, Justeru itu PAS Gong Pauh menyeru ahli ahli jemaah yang tinggal di sekitar bandar Kemaman agar kembali memenuhi masjid masjid yang sudah semakin suram pengimarahannya.
Berita yang baru diterima mengatakan beberapa hari lalu, masjid Geliga kehilangan imam dan bilal apabila kedua dua mereka tidak muncul pada waktu solat tertentu sementara di masjid Kg.Berenjut pula, sudah menjadi kelaziman para jemaah menunggu imam yang sering datang lewat untuk mengimamkan solat waktu termasuk solat subuh.Keadaan semakin kritikal di masjid Geliga yang berkemungkinan akan tutup sekiranya tidak diselamatkan sekarang.Siapa yang boleh diharapkan untuk menyelamatkannya?PAS Gong Pauh melihat hanya ahli jemaah yang tinggal di sekitar sahaja yang boleh menyelamatkan dari sudut pengimarahannya, oleh itu lakukan sesuatu wahai saudara seagama sekelian, jangan biarkan masjid lesu lagipun masjid tersebut dibina oleh UMNO dengan duit rakyat jadi hak kita juga untuk mengimarahkannya.
Apa maknanya PAS untuk semua kalau kita enggan pergi ke masjid kerajaan?Di masjid masjid ini terdapat khazanah berharga untuk perjuangan kita.Di masjid ini terdapatnya ramai rakyat yang menyokong jemaah tetapi masih lagi ragu ragu dengan hala tuju ahli ahli PAS yang dilihat mereka sudah jauh menyimpang dari jalan sebenar.Oleh itu menjadi tanggungjawab semua untuk membetulkan presepsi mereka dan menambah sokongan kepada perjuangan jemaah.
Tetapi sekiranya masjid dibiarkan lesu, maka sebahagian masyarakat Islam tempatan juga akan menjadi lesu kerana mereka tidak akan sesekali ke surau surau PAS kerana merasa tidak selesa.sekiranya masyarakat lesu maka hilanglah sebahagian sokongan kepada jemaah.Mahukan kita perkara ini berlaku?
No comments:
Post a Comment