Assalamualaikum,,..
PAS untuk semua, merupakan satu tajdid kemasyarakatan yang menuntut semua ahli jemaah memainkan peranan dalam usaha menjadikan PAS sebagai wadah politik yang terbaik bagi semua warganegara.PAS sebagai satu jemaah adalah wadah yang mewakili semua kaum, agama dan semua warganegara yang berbeza latarbelakang kehidupan akademik dan kewangan.
Dalam usaha memperkenalkan PAS sebagai wadah politik sesuai dengan slogan PAS untuk semua atau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi PAS for all,berbagai bagai program telah dan sedang diatur di seluruh pelusuk negara termasuk di Sabah dan Serawak.Seiring dengan program kemasyarakatan yang dijalankan, ahli ahli jemaah juga harus sedar mengenai satu perkara, ia itu tajdid kemasyarakatan ini juga boleh berlaku di mana jua,pada bila bila masa.Ianya tidak terbatas kepada program yang dianjurkan seperti program melihat piala dunia (bukan melihat anak bulan) pada screen gergasi, gotong royong perdana dan program membaiki rumah warga miskin yang dipinggir oleh rancangan PPRT kerajaan BN sahaja.
Tetapi PAS untuk semua harus berjalan setiap masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.Perkara ini menuntut komitmen yang konsistan dari seluruh ahli jemaah bermula dari pemimpin atasan hinggalah kepada pemimpin paling bawah serta semua ahli ahli yang telah memberi wala' kepada kepimpinan jemaah.Atau dengan kata lain program PAS untuk semua seharusnya digerakkan secara tidak langsung dan tidak rasmi, PAS untuk semua mesti berjalan di kedai kedai kopi, di majlis majlis keramaian yang dianjurkan oleh ahli masyarakat dan yang paling penting di semua MASJID KERAJAAN yang ada di negara kita.Dalam kontek ini, PAS Gong Pauh ingin menyarankan kepada seluruh saf kepimpinan jemaah agar membiasakan diri singgah dan berjamaah di MASJID MASJID KERAJAAN (BN).PAS Gong Pauh sudah lama membuat pemantauan dalam hal ini dan mendapati kebanyakan pemimpin jemaah tidak menjadikan agenda utama mereka untuk singgah dan berjemaah di masjid masjid kerajaan(BN).
Sebaliknya kebanyakan pemimpin dan juga ahli jemaah lebih gemar berkumpul di surau surau yang kecil dan menonjolkan imej suka mengasingkan diri kepada masayarakat yang diketogerikan sebagai orang orang atas pagar.Malah di setengah tempat terdapat surau PAS yang bersebelahan dengan MASJID kerajaan (BN) di mana suasana ini tidak baik untuk memperkenalkan PAS untuk semua.
PAS untuk semua bukan sahaja bermaksud PAS hanya untuk orang orang bukan Islam, tetapi juga bermaksud untuk orang orang melayu ISLAM juga.Sebahagian orang orang Melayu ISLAM kini masih keliru dengan kehadiran PAS di sekitar mereka dan ada pula yang di kelirukan oleh politik suku, agama suku oleh UMNO.Dari itu, tugas mentajdidkan kemasyarakatan PAS adalah tugas semua ahli jemaah, bukan hanya tugas pemikir pemikir yang diberikan amanah untuk melaksanakan program yang bersesuaian.
Selagi kita memperkenalkan diri sebagai ahli jemaah PAS, selagi itulah tugas mengajak masyarakat melayu ISLAM untuk melakukan islah atau anjakan paradigma menyongsang arus seharusnya menjadi tugas kita.Islah atau anjakan paradigma menyosang arus bermaksud mengajak masyarakat melayu ISLAM kembali kepada carahidup ISLAM yang telah lama ditinggalkan.
Inilah tugas kita yang tidak harus terhenti kerana tidak adanya program yang dianjurkan.
No comments:
Post a Comment