Assalamualaikum,,.
Alahamdullilah, akhirnya PAS cawangan Batu satu Gong Pauh, DUN Cukai berjaya menghidupkan semula aktiviti menyebarkan maklumat kepada penduduk setempat setelah terbengkalai selama lebih setahun.Kali ini aktiviti tersebut merupakan ceramah isu isu semasa oleh YB.Ustaz Wan Hassan Wan Ramli dan sdr. Mohd Nazree Mohd Yunus, mantan pengerusi GERAK yang merupakan wakil dari PKR menggantikan Cikgu Bard yang tidak dapat hadir kerana musyakah yang tidak dapat dielakkan.
Ceramah pertama yang diadakan semula ini mendapat sambutan serdehana dari penduduk setempat tetapi kepadatan penduduk di kawasan Gong Puah membolehkan hampir kesemua kawasan penempatan di Gong Pauh dapat mendengar ceramah di rumah masing masing.Insyaallah segala maklumat penting mengenai isu isu semasa yang sedang melanda negara dapat disebarkan melalui ceramah ini.
YB Ust Wan Hassan dalam ceramahnya menyentuh beberapa isu yang sedang melanda Terengganu, antaranya perbalahan yang semakin serius yang berlaku di kalangan ADUN UMNO serta terpinggirnya pembangunan rakyat kerana perbalahan ini.Selain itu YB Ust Wan Hassan juga menyentuh mengenai arahan terbaru dari Mat Said berkaitan pengagihan dana khas yang akan dilakukan tidak lama lagi.Mat Said telah mengarahkan penyokong dan ahli PAS dikecualikan daripada menerima dana khas tersebut dan perkara ini mengesahkan Mat Said dan UMNO menganggap dana khas itu hakmilik mak bapak dia yang boleh sewenang wenangnya diberikan kepada sesiapa saja yang mereka suka.
Apa yang menarik YB Ust Wan Hassan ada menyentuh peribahasa umpama mentimun dengan durian,digolek pecah tergolek pecah.Inilah yang berlaku di negara kita sekarang di mana pembangkang ditekan dari segenap sudut seolah olah pembangkang itu mentimun dan pihak yang menekan ia itu kerajaan UMNO menjadi durian.Menurut YB Ust Wan Hassan, durian walaupun kuat tetapi tidak tahan lama berbanding mentimun yang walaupun lemah tetapi tahan lama.Oleh itu durian apabila masam akan dijadikan tempoyak, masa tu mentimun boleh menjadi ulam untuk mencicah durian dengan lahapnya.Itulah nasib UMNO yang bongkak dan lupa kuasa rakyat dalam sistem demokrasi negara kita.Tren menunjukkan UMNO semakin lemah dan lemah di mana satu hari akan bertukar jadi tempoyak yang akan dipelahapkan oleh mentimun.
Sementara sdr. Mohd Nazree menyentuh mengenai politik baru yang mahu dikembangkan di Malaysia.Politik selepas merdeka yang membahagi bahagikan kaum yang masih diamalkan UMNO semakin ditolak rakyat yang mahukan pembaharuan dalam politik negara.Pengagihan bantuan akan dibuat mengikut keperluan, kalau melayu susah melayu dibantu mengikut keperluan mereka,begitu juga kalau cina atau india.Rakyat sudah tidak mahu melihat pengagihan bantuan mengikut bulu, mengikut kroni dan penuh dengan rasuah serta penyelewengan.Sdr.Mohd Nazree juga menyentuh fitnah besar yang melanda negara ekoran tuduhan liwat terhadap DSAI.Kata Sdr.Mohd Nazree kalau benar DSAI yang dituduh mengamal homosek mengapa tuduhan terhadap beliau mengambil masa 15 tahun selepas tuduhan pertama?Sdr Mohd Nazree membandingkan hobi seorang kaki bola, di mana kaki boleh tersebut akan main bola setiap hari, bukan setahun sekali.
Untuk maklumat, Sdr Mohd Nazree merupakan orang yang mengambil alih GERAK daripada Senatak Ezam dan beliau melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menyentuh mengenai Ezam dalam ceramahnya kerana kesuntukan masa yang banyak dihabiskan untuk menerangkan politik baru Malaysia.Agak malang bagi warga Gong Pauh kerana tidak dapat mendengar mengenai Ezam dari seorang yang hampir dengan beliau semasa dalam Gerak.
Di samping itu, Sdr Mohd Nazree banyak kali membaca ayat quran dan hadis baginda dalam menyampaikan pengertian politik baru yang hendak diamalkan di negara kita.Menurut sdr.Mohd Nazree, UMNO enggan menyampaikan kebenaran sebaliknya menyembunyikan kebenaran sedangkan baginda nabi sudah berpesan bahawa katakan kebenaran sekalipun pahit.
No comments:
Post a Comment