Assalamualaikum,
Malam semalam dalam satu kuliah Maghrib di salah sebuah masjid kontrak Kerajaan UMNO, ustaz yang memberi kuliah ada menyebut 'orang mukmin(orang orang yang beriman) adalah orang Islam tetapi orang orang Islam belum tentu mukmin'. Secara luaran ustaz yang mengajar itu ialah ustaz UMNO(tetapi dalaman, hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu) dan pengajaran ini mendorong keinginan untuk melihat persekitaran dalam mencari beza antara orang Islam dan orang mukmin.Dorongan ini pula membawa kepada satu study case yang tidak boleh lari dari melihat orang orang UMNO yang selama ini mendakwa mereka adalah pembela melayu dan Islam.Mari kita lihat samada UMNO merupakan orang Islam atau orang mukmin berdasarkan pengajaran ustaz tersebut.
Orang mukmin adalah orang yang patut kepada segala perintah walaupun perintah yang dianggap remeh oleh setengah orang kerana orang mukmin merupakan golongan yang mendengar dan mentaati.Satu perintah yang sering dianggap remeh, sensetif dan menghalang kebebasan memilih ialah perintah menutup aurat.Menutup aurat menjadi perkara yang amat sensitif kepada golongan artis tanah air yang berbangsa melayu dan beragama Islam.Aurat juga dipandang remeh oleh UMNO.Lihat sahaja berapa ramai isteri isteri pembesar UMNO yang mendedahkan aurat?Lihat sahaja berapa ramai wanita wanita UMNO yang tidak menutup aurat.Lihat sahaja berapa ramai puteri UMNO yang mendedahkan bonggol di depan dan belakang mereka?
Dipendekkan cerita, UMNO tidak melihat perintah menutup aurat sebagai penting dan tidak melihat keperluan untuk mendengar dan mentaati itu perlu diikuti.Kerana itu, ketika kerajaan PAS Terengganu mewajibkan pakaian yang menutup aurat kepada kaki tangan wanitanya dulu, tampil wanita UMNO menentang di mana ketuanya waktu itu dilapurkan berkata, biarkan wanita menentukan sendiri samaada nak menutup aurat atau tidak serta menegaskan agama duduknya di hati bukan di kepala.
Lantaran, timbul persoalan di bahagian mana nak di letakkan orang orang UMNO, Islam atau mukmin?Rasanya kalau ditanya ustaz yang mengajar demikian dan kalau jawabannya jujur, sudah pasti jawabnya orang UMNO ialah orang Islam tetapi bukan mukmin.Terjawab sudah persoalan hanya dengan satu soalan mudah.Oleh itu kalau UMNO mendakwa mereka orang Islam, memang benarkan tetapi kalau mereka mendakwa sebagai mukmin, minta maaflah kerana dasar MENDENGAR DAN MENTAATI masih jauh dari pegangan mereka.
Kerana itu juga seruan untuk bersatu dengan PAS atas dasar Islam sahaja tidak boleh diterima kerana PAS mahukan seruan bersatu itu atas dasar Islam dan mukmin.Islam dan mukmin tidak boleh diasingkan dan sekiranya UMNO mahu begitu, maka UMNO perlu membuktikan diri mereka terlebih dahulu.
Demikianlah adanya, sekiranya diperincikan lagi perbuatan dan tindak tanduk UMNO selama hari ini, pasti akan diketemukan banyak perbuatan dan tindak tanduk yang tidak menggambarkan mereka berada dalam lingkaran mukmin walaupun dengan syahadah mereka tetap Islam.Islam yang berisiko untuk terjerumus ke lembah munafiq sekiranya ada di kalangan mereka yang menghidupkan ciri ciri munafiq serta mati dalam keadaan tersebut.
Melayu boleh bersatu sekiranya UMNO disingkirkan dari kehidupan melayu serta melayu meletakkan diri mereka dalam lingkaran mukmin.Tetapi masih ada pemimpin UMNO masih mahu menakutkan melayu dengan ancaman melayu akan berpecah sekiranya kerajaan bertukar tanpa mahu mengambil kira kedaifan UMNO sekiranya mereka menjadi pembangkang.UMNO cuba menyembunyikan fakta bahawa mereka akan lesu selesu lesunya tanpa pembelaan sekiranya sumber kewangan diambil alih oleh pihak lain.Tanpa sumber kewangan(harta dunia), UMNO akan menjadi tengkorak hidup dan semua sokongan kepada mereka akan hilang.Jadi di mana logiknya, melayu akan berpecah sedangkan UMNO sudah menjadi kain buruk yang tidak bermakna apa apa kepada melayu?
UMNO enggan mengakui hakikat ini kerana UMNO hanyalah Islam yang bukan mukmin.UMNO takut kepada bayang bayang sendiri dan lupakan mati.Kerana itu UMNO akan berbuat apa sahaja untuk kekal berkuasa.
No comments:
Post a Comment