Assalamualikum,,..
Malam semalam berlangsungnya Haul Imam Abdullah Bin Alawi Al-Haddad di masjid besar Geliga dengan kehadiran yang memuaskan dari kalangan umat Islam setempat.Majlis memperingati kematian seorang ulamak yang juga wali ALLAH ini dihadiri oleh beberapa orang Al-Allaamah Al-Habib termasuk dari Indonesia serta Ust.Mustafa Kamal dari Pondok Batu Buruk.Alhamdulliah, kelihatan ramai penggerak cawangan PAS di DUN Chukai yang hadir dan sama sama menyertai majlis terutama ketika membaca Ratib Al -Haddad.Majlis juga melampaui batas parti politik di mana semua umat Islam dari semua latarbelakang dijemput dan diraikan.Tetapi apa yang dapat diperhatikan hampir sebahagian masjid dipenuhi oleh ahli ahli jemaah PAS ( walaupun pemimpin DUN dan KAWASAN tidak kelihatan) tetapi kelibat ahli ahli UMNO dan PKR tidak dapat dikesan kecuali Timbalan pengerusi Masjid(mungkin hadir atas kapasitinya sebagai Timbalan pengerusi masjid) yang disebut sebut akan menjadi calon UMNO di PRU akan datang.
Di sini terserlah bagaimana majlis untuk semua umat Islam kembali menghayati sunnah melalui seorang ulamak besar dan wali ALLAH masih lagi dipandang sepi oleh sebahagian umat Islam terutama dari kalangan melayu.Sementara kemelut yang berlaku di negara memperlihatkan pertembungan besar umat Islam dari keturunan melayu yang berada dalam parti parti politik yang berbeza.Suara suara amaran kepada kemungkinan umat melayu akan berpecah kedengaran dengan lantangnya tetapi seruan untuk kembali kepada kehidupan sunnnah tenggelam begitu saja.
Sepatutnya perbezaan parti politik bukanlah masalah besar selagi semua umat Islam dari keturunan melayu bersatu di dalam akidah serta teguh melaksanakan amal solleh yang boleh dikutip dari kesemua sunnah baginda Nabi S.A.W.Tetapi keadaan ini tidak berlaku di negara hari ini malah dalam usaha menghidupkan amalan sunnah sendiripun masih ada pertentangan, masih ada penolakan kepada amalan ulamak besar silam termasuk amalan para wali ALLAH.Masih ada yang mendakwa amalan amalan yang bersanad ini sebagai bidaah dan masih ada yang dengan angkuhnya menolak amalan amalan jemaah tertentu dengan alasan sesat dan sebagainya.
Berbalik kepada politik yang tidak dapat ditolak oleh semua, Tidak dapat tidak politik mesti disertai oleh semua umat kerana politik membentuk satu dari cabang kehidupan yang perlu dipandu oleh carahidup Islam.Kerana itu politik mesti disertai oleh semua umat terutama kepada yang menyahut seruan amal maaruf, nahi mungkar.
Untuk itu, politik mesti diceburi oleh semua umat untuk memastikan kelangsungan hidup yang tersusun dan kesinambungan kepatutan kepada ajaran yang disampaikan oleh baginda Nabi S.A.W.Itu asasnya dan itu juga panduan yang perlu diikuti oleh semua Umat Islam.Tiada khilaf dan tiada kompromi mengenainya.
Namun parti politik hanyalah satu jemaah yang boleh diibaratkan sebagai rumah sahaja.Setiap seorang bebas memilih mana mana rumah yang ada selagi akidah dan amalannya tetap sama mengikut panduan sebenar.Di sini, setiap seorang diberi kebebasan memilih kesesuaian dan keselesaan yang disediakan oleh rumah rumah tertentu.Dalam konteks negara kita, umat Islam bebas memilih samaada hendak berada di rumah PAS, PKR atau UMNO selagi ketiga tiga rumah tersebut mengamalkan carahidup Islam yang sama, akidah yang sama, amalan wajib yang sama dan meninggalkan larangan agama.
PAS, PKR dan UMNO sepatutnya berbeza dari sudut "design" sahaja.Contohnya kalau PAS mengamalkan pakaian sunnah sepenuhnya seperti jubah dan serban, sementara PKR mahukan pakaian yang menutup aurat dari penampilan pakaian kot sementara UMNO memilih baju batik dan songkok, maka tidak ada perbalahan mengenainya walaupun masih boleh dipersoalkan.Setiap seorang perlu melihat mana pakaian yang lebih sesuai dan selesa dengan mereka untuk memilih parti mana patut mereka sertai.
Itu asas yang sepatutnya digunapakai oleh setiap umat dalam membuat pilihan, begitu juga ketika pilihanraya, setiap parti bertanding dan yang menang akan diberi amanat mentabdir negara, yang kalah bertindak sebagai pembangkang tanpa sedikitpun lari dari akidah dan amalan yang qatie.Kalau keadaan ini berlaku maka tiada pertembungan yang tidak sihat berlaku dan tiada perpecahan yang akan terjadi.Umat Islam dan umat melayu masih utuh bersatu, bersatu mempertahankan akidah, bersatu mencegah kemungkaran dan bersatu menyokong perjuangan rakyat Palastin di Gaza, Kashmir dan lain lain tempat di dunia.
Keadaan ini tidak berlaku di negara kita.Sebab itu pada ketika Haluan Palastin mengajak umat bersatu membantu Gaza, ketika majlis Haul Imam Alawi Al-Haddad situasinya hambar sementara kapal dagang Israel terus berlabuh di pelabuhan Kelang.
Kenapa keadaan ini berlaku? jawabnya mudah, sebab ada sebahagian umat Islam dan melayu yang masih terpesona dengan carahidup nasrani dan yahudi, yang masih mengganggap setiap majlis mesti diserikan dengan muzik dan tarian, yang sentiasa mahu mengajurkan konsert hiburan yang melalaikan dan yang masih terpesona dengan kemewahan dunia yang fana ini.
Lantaran apa pula penyelesaiannya? tidak lain tidak bukan,munajat kepada ALLAH.Percayalah perjuangan ini mungkin tidak akan selesai tanpa pertolongan ALLAH.
BERMUNAJATLAH WAHAI UMAT UNTUK HARAPAN MALAYSIA BARU DAN POLITIK YANG DIPERBAHARUI.
No comments:
Post a Comment