Assalamualikum,
Negara dilanda kebathilan yang tidak kunjung padam.Umat ditimpa dengan musibah yang berpanjangan.Sampai bila lagi Islam akan dijunjung dan dimartabatkan sebagai carahidup?Sedangkan alquran dengan jelas memberitahu kita bahawa sekiranya sesuatu kaum itu bertaqwa maka akan ditambah nikmak, dilepaskan dari segala kesusahan dan musibah.Alquran merupakan kalam ALLAH yang dibacakan sekali kepadamu(wahai Muhammad) dan kamu tidak akan lupa kecuali dengan kehendak ALLAH merupakan panduan kepada setiap manusia yang mengaku Islam yang mukmin.Begitu juga Alquran mengajar kita supaya meminta pertolongan untuk melepaskan diri dari sebarang kesusahan apatah lagi ketika umat dilanda kebatilan dan kezaliman yang berpanjangan.Inilah masa untuk bermuhasabah diri ke arah mencari jawaban apakah kita sudah cukup meminta pertolongan ALLAH menerusi cara cara yang ditunjukkan oleh Alquran dan Alhadis?
Kini negara sedang dilanda kemarau keimanan dengan berbagai bagai unsur bathil diketengahkan sebagai benar dan kebenaran diketengahkan sebagai bathil.Usaha akal untuk meruntuhkan tembok kebathilan ini sudah hampir tidak mampu berbuat demikian, jadi kita tidak punyai pilihan lain selain memohon pertolongan ALLAH.
Ayuhlah wahai umat, pohonlah pertolongan ALLAH agar kebathilan dihapuskan dan kebenaran ditegakkan di bumi bertuah ini.Sudah tentu permohonan ini ada keadah dan prosedurnya.Untuk itu, marilah sama sama kita pertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita dengan mematuhi segala perintah dan meninggalkan larangan secara individu, keluarga dan jemaah.Bermunajatlah kita secara istiqamah untuk pertolongan ALLAH yang diperlukan.
Apatah lagi kita baru sahaja keluar dari madrasah Ramadan dan bakal memasuki bulan haji tidak lama lagi.Masa untuk berkorban wajar dimenafaatkan dengan munajat yang bersungguh sungguh agar pertolongan ALLAH bakal tiba.
Ingatlah genarasi hari ini bertanggungjawab dalam pembentukan generasi akan datang.Zuriat keturunan tidak harus ditinggalkan untuk hidup dalam kebathilan dan musibah.
No comments:
Post a Comment