Assalamualaikum,
Kuliah Maghrib malam ini disampaikan oleh seorang imam UMNO yang juga JKKK, tajuknya akibat meninggalkan ibadat wajib ia itu solat.Beliau bermula dengan membaca ayat dari surah Surah Al- Muddatstsir ayat 42 - 43 yang maksudnya:
"Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka Sakar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab, kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat."
Kemudian beliau meneruskan dengan membaca hadis yang menjelaskan orang orang yang tidak solat itu kafir (tanpa mengulas mengenai perbezaan pendapat ulamak mengenai maksud kafir tersebut) dan merumuskan bahawa perbuatan meninggalkan solat termasuk dalam perbuatan dosa dosa besar.
Imam UMNO ini seterusnya menekankan fadhilat solat berjemaah di masjid masjid yang hari ini semakin tidak pedulikan oleh ramai umat Islam malah ada yang sehingga tidak tahu mengambil wudhu.Beliau menceritakan pengalaman mengetuai sejumlah 18 remaja untuk pertandingan bolasepak pada hari jumaat dan ketika itu terdapat 6 orang daripada remaja itu ponteng solat jumaat di mana ketika ditanya kenapa, para remaja memberitahu mereka tidak tahu macam mana nak ambil wudhu, begitu juga pengalamannya mengendalikan kursus kurus perkahwinan di mana kebanyakan peserta yang hendak berkahwin tidak tahu dan tidak sedar kepada kepentingan menjaga solat.
Beliau lalu bertanya kenapa umat hari ini tidak lagi mengambil berat tentang solat? Sambil memuji jemaah yang hadir , beliau mengeloh kerana diluar sana masih ramai yang tidak ambil berat tentang solat jemaah.Ibadat solat di tempat kita bermusim katanya.Pada bulan puasa,pada malam nisfu syaban, pada 2 hari raya dan pada hari jumaat sahaja masjid masjid penuh sementara pada waktu waktu lain masjid jadi lesu tak bermaya.
Awalnya kuliah tok imam UMNO ini nampak bersemangat tetapi malangnya ianya terhad kepada pertanyaan secara umum sahaja.Tidak diperincikan pula siapa yang patut bertanggungjawab untuk memotivasikan umat agar sentiasa bersolat dan menjaga waktu solat.Tidak dipanjangkan pertanyaan kepada pemimpin pemimpin samada mereka merupakan golongan yang menjaga solat atau tidak.Tidak dipersoalkan siapa yang patut membiayai segala program program yang menggalakkan supaya umat bersolat dan sentiasa menjaga solat serta satu sistem pekerjaan yang tidak mengabaikan solat.
Ketika merumuskan kuliahnya,beliau menyentuh bagaimana solat menjadikan individu itu sebagai individu yang bersyukur.Bersyukur kepada orang orang yang berbuat baik kepada kita dan paling ketara beliau mahukan jemaah yang mendengar kuliahnya bersyukur kepada kerajaan yang telah membina banyak masjid dan hidup aman damai(walaupun ada yang kena bunuh dan dibakar dengan tahi lembu), katanya di negara negara lain, umat terpaksa melalui bedilan pistol untuk ke masjid tetapi di negara kita umat boleh tidur lena sehingga seruan azan subuhpun tak dengar.Begitu juga anjing dan kucing boleh membiak dengan selesa sedangkan di Thailand kucing dan anjing mungkin kena tembak saban hari.
Inilah menteliti seorang yang berilmu yang bersama UMNO.Ketika memberi kuliah jangan sentuh perlakuan UMNO keseluruhannya walaupun jawaban utama kepada soalan beliau kenapa ramai yang tidak bersolat itu ada dalam UMNO yang boleh dilihat oleh beliau saban hari.Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindakan kerajaan kerana harus bersyukur dengan kemudahan yang disediakan kerajaan walaupun diluar sana budaya mungkar disuburkan oleh kerajaan.
Imam ini mungkin tidak sedar bahawa ketika kegemilangan bani Osmaniah di Turki, keamanan yang dinikmati oleh rakyat Turki jauh melebihi apa yang dinikmati negara sekarang sedangkan Turki mengalami banyak musibah di alaf ini jadi kalau hari ini negara didakwa aman atas usaha kerajaan sementara budaya mungkar terus disuburkan ada kemungkinan negara akan jadi macam Turki atau lebih teruk lagi sekiranya tindakan kerajaan tidak dipersoalkan sekarang.
Mempersoalkan tindakan yang bertentangan dengan semangat solat yang mencegah maksiat dan mungkar itu dituntut oleh agama dalam urusan amal maaruf nahi mungkar dan ianya tidak bermakna individu yang mempersoalkan tindakan kerajaan ini tidak bersyukur. Malang bagi seorang yang berilmu menyembunyikan kebenaran.
No comments:
Post a Comment