Sunday, August 22, 2010

Pertingkatkan doa hapus kebathilan dan kezaliman sempena Ramadan...

Assalamualaikum,,..

Sempena Ramadan yang masih segar dengan janji kemenangan dari ALLAH dan sempena dengan berbagai bagai kebathilan dan kezaliman yang dipromosikan oleh orang Islam Keturunan biru tanpa sedikitpun ada rasa hormat kepada Ramadan sedangkan Ramadan menuntut komitment yang lebih baik dari setiap umat Islam, PAS Gong Pauh ingin mengajak semua umat Islam yang mendengar dan mentaati ALLAH agar lebih kerap qiam dan menadah tangan memohon agar ALLAH menghancurkan segala kebathilan dan kezaliman yang dianjurkan oleh orang orang yang semacam tidak pernah takut dengan ancaman bala ALLAH.

Berbagai bagai rupa kebathilan dan kezaliman sedang berlaku dan kelihatan akan terus berlaku sepanjang Ramadan ini yang tidak harus dibiarkan begitu saja tanpa ada sedikit rasa bertanggungjawab untuk cuba menghapuskannya sekalipun ianya dilakukan oleh orang orang Islam keturunan melayu biru.Nampaknya mereka memandang mudah kepada Ramadan dengan terus menerus memperbanyakan kegiatan yang berunsur bathil dan zalim.

Dan mereka mencemari Ramadan dengan megahnya serta menyebarkan kebathilan seperti menyebarkan virus H1NI ke seluruh negara.Ingatlah kalau penganjur kebathilan ini dibiarkan berleluasa, dibimbangi negara akan ditimpa bala.Oleh itu, bangkitlah wahai umat, nyatakan penentangan kepada semua kebathilan dan kezaliman ini dengan qiam dan doa yang lebih khusyuk kepada ALLAH agar kebathilan dan penganjurnya dihapuskan terus dari bumi milik ALLAH ini.Begitu juga kezaliman dan penganjurnya mesti dipohon agar dilenyapkan demi sebuah kebahgian yang  diimpikan umat sejak sekain lama.

Saturday, August 21, 2010

Umat yang mendengar dan mentaati.

Assalamualaikum,,..
Antara wirid solat ada kedengaran ayat yang bermaksud mendengar dan mentaati dibaca  terutama selepas solat subuh.Apakah hubungan antara ayat ini dengan solat sehingga ianya dijadikan sebahagian daripada wirid yang dibaca selepas solat?Apa yang jelas ialah ayat mendengar dan mentaati diulang beberapa kali dalam Quran sebagai penegasan iman kepada umat umat manusia yang beriman.ALLAH mengkehendaki umat Muhamad supaya sentiasa mendengar keterangan keterangan yang datang dari ALLAH melalui Rasulnya serta mentaati semua keterangan tersebut.

Hakikatnya mudah difahami, kalau kita mendengar keterangan dari ayat ayat yang mewajibkan puasa di bulan Ramadan, maka kita mentaatinya dengan melaksanakan ibadat puasa serta ibadat ibadat lain yang dituntut kita lakukan sepanjang Ramadan.

Dalam masa yang sama, apabila kita mendengar ayat yang memerintahkan(dengan permulaan ayat yang sama dengan ayat yang mewajibkan puasa) supaya Qisas dilaksanakan sebagai hukum ALLAH yang adil kepada semua, maka sepatutnya kita turut mentaatinya.Itu baru dikatakan sebagai umat yang mendengar dan mentaati.

Tetapi malangnya, masih terdapat segelintir dari umat Islam(khususnya melayu) yang hanya mendengar tetapi enggan mentaati.Di kalangan mereka, ada yang istiqmah menganjurkan tadarus al Quran tetapi mereka semacam tidak tersentuh sedikitpun apabila membaca ayat ayat perintah berkaitan hukum jinayah Islam,ayat ayat larangan agar menjauhi rasuah dan penyelewengan amanah dan ayat ayat yang menyuruh umat menjadikan Islam sebagai carahidup.Begtiu juga mereka langsung tidak tersentuh ketika membaca ayat berkaitan perbezaan antara hamba di sisi ALLAH ialah taqwa(bukan bangsa atau darjat)

Kenapa ketika mereka membaca dan mendengar kalam ALLAH  yang sepatutnya mesti dituruti dengan mentaati, mereka dengan selamba mengenepikan syarat mentaati?Apakah mereka ingat Quran itu hanya perlu dituruti hukum tajwidnya sahaja?Apakah Quran itu hanya untuk dijadikan lagu dan dipertandingkan?

Tambah malang apabila golongan ini tampil dengan dakwaan merekalah pembela Islam, merekalah yang telah meningkatkan syiar Islam di bumi Malaysia.Apakah sebenarnya syiar Islam yang telah ditingkatkan itu?Budaya buang bayi?Budaya mat rempit?Budaya doktor persendirian yang tidak bertauliah?Budaya bohsia bohjang?Budaya zina yang semakin merebak? Dan budaya yang entah apa apa lagi di mana ianya berlaku seiring dengan kehadiran H1N1, Penyakit kencing tikus dan seumpamanya.

Insaflah wahai umat, golongan ini bukan pembela Islam, bukan juga umat yang mendengar dan mentaati dan tidak boleh dijadikan rakan dalam menengakkan syariat dan syiar Islam di negara kita.Golongan ini mungkin hadir di masjid berjemaah subuh dan berwirid bersama imam dengan wirid yang menyebut ayat mendengar dan mentaati tetapi mereka tidak pernah menjadi umat yang mendengar dan mentaati.

Tuesday, August 17, 2010

Memasyarakatkan PAS boleh berlaku di mana jua,pada bila bila masa

Assalamualaikum,,..

PAS untuk semua, merupakan satu tajdid kemasyarakatan yang menuntut semua ahli jemaah memainkan peranan dalam usaha menjadikan PAS sebagai wadah politik yang terbaik bagi semua warganegara.PAS sebagai satu jemaah adalah wadah yang mewakili semua kaum, agama dan semua warganegara yang berbeza latarbelakang kehidupan akademik dan kewangan.

Dalam usaha memperkenalkan PAS  sebagai wadah politik sesuai dengan slogan PAS untuk semua atau dalam bahasa Inggerisnya berbunyi PAS for all,berbagai bagai program telah dan sedang diatur di seluruh pelusuk negara termasuk di Sabah dan Serawak.Seiring dengan program kemasyarakatan yang dijalankan, ahli ahli jemaah juga harus sedar mengenai satu perkara, ia itu tajdid kemasyarakatan ini juga boleh berlaku di mana jua,pada bila bila masa.Ianya tidak terbatas kepada program yang dianjurkan seperti program melihat piala dunia (bukan melihat anak bulan) pada screen gergasi, gotong royong perdana dan program membaiki rumah warga miskin yang dipinggir oleh rancangan PPRT kerajaan BN sahaja.

Tetapi PAS untuk semua harus berjalan setiap masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.Perkara ini menuntut komitmen yang konsistan dari seluruh ahli jemaah bermula dari  pemimpin atasan hinggalah kepada pemimpin paling bawah serta semua ahli ahli yang telah memberi wala' kepada kepimpinan jemaah.Atau dengan kata lain program PAS untuk semua seharusnya digerakkan secara tidak langsung dan tidak rasmi, PAS untuk semua mesti berjalan di kedai kedai kopi, di majlis majlis keramaian yang dianjurkan oleh ahli masyarakat dan yang paling penting di semua MASJID KERAJAAN yang ada di negara kita.Dalam kontek ini, PAS Gong Pauh ingin menyarankan kepada seluruh saf kepimpinan jemaah agar membiasakan diri singgah dan berjamaah di MASJID MASJID KERAJAAN (BN).PAS Gong Pauh sudah lama membuat pemantauan dalam  hal ini dan mendapati kebanyakan pemimpin jemaah tidak menjadikan agenda utama mereka untuk singgah dan berjemaah di masjid  masjid kerajaan(BN).

Sebaliknya kebanyakan pemimpin dan juga ahli jemaah lebih gemar berkumpul di surau surau yang kecil dan menonjolkan imej suka mengasingkan diri kepada masayarakat yang diketogerikan sebagai orang orang atas pagar.Malah di setengah tempat terdapat surau PAS yang bersebelahan dengan MASJID kerajaan (BN) di mana suasana ini tidak baik untuk memperkenalkan PAS untuk semua.

PAS untuk semua bukan sahaja bermaksud PAS hanya untuk orang orang bukan Islam, tetapi juga bermaksud untuk orang orang melayu ISLAM juga.Sebahagian orang orang Melayu ISLAM kini masih keliru dengan kehadiran PAS di sekitar mereka dan ada pula yang di kelirukan oleh politik suku, agama suku oleh UMNO.Dari itu, tugas mentajdidkan kemasyarakatan PAS adalah tugas semua ahli jemaah, bukan hanya tugas pemikir pemikir yang diberikan amanah untuk melaksanakan program yang bersesuaian.

Selagi kita memperkenalkan diri sebagai ahli jemaah PAS, selagi itulah tugas mengajak masyarakat melayu ISLAM untuk melakukan islah atau anjakan paradigma menyongsang arus seharusnya menjadi tugas kita.Islah atau anjakan paradigma menyosang arus bermaksud mengajak masyarakat melayu ISLAM kembali kepada carahidup ISLAM yang telah lama ditinggalkan.

Inilah tugas kita yang tidak harus terhenti kerana tidak adanya program yang dianjurkan.

Saturday, August 14, 2010

Ramadan bulan berjuang.......

Assalamualaikum,,

Ramadan diistilahkan oleh ulamak sebagai bulan madrasah atau disebut sebagai madrasah Ramadan.Inilah hakikat bulan yang dimuliakan ALLAH dengan firman khusus mengenainya.Barakah yang diberikan ALLAH di bulan Ramadan tidak ada di bulan bulan lain dan sejarah melakarkan beberapa kejayaan penting dalam perjuangan menegakkan kalimah ALLAH dicapai di bulan mulia ini.Menegakkan kalimah ALLAH bermakna menegakkan akidah yang benar, syariat yang diperintahkan dan syiar yang diutamakan.

Kejayaan pertama dalam Badar al Qubra dicapai di bulan Ramadan ketika Baginda dan Sahabat sedang berpuasa, Kejayaan memartabatkan Islam di bumi Mekah juga dicapai di bulan Ramadan.Ini membuktikan puasa yang diwajibkan di bulan Ramadan bukan penghalang kepada kejayaan tetapi menjadi pemangkin kepada kejayaan tersebut.Demikianlah juga di zaman kita hari ini, perjuangan untuk memartabatkan Islam tidak akan lengkap kalau Ramadan diabaikan, Ramadan dijadikan semata mata untuk melengkapi rukun Islam tetapi Ramadan adalah penting dalam tarbiyah kita untuk memantapkan perjuangan yang masih belum selesai.

Ramadan perlu dimasukkan dalam silibus pentarbiyahan demi memantapkan jatidiri sebagai mukmin yang tidak akan berputus asa dengan asakan dan halangan yang dibuat oleh musuh yang tidak inginkan Islam di tegakkan, Ramadan perlu dijadikan bulan motivasi bagi setiap pejuang Islam dan Ramadan mesti diyakini sebagai bulan yang mempunyai sumber pembangunan insaniah atau modal insan yang tidak mudah goyah dengan dugaan dan rasuah duniawi.

Ramadan adalah madrasah yang penting bagi setiap pejuang. Oleh itu PAS cawangan Gong Pauh ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua yang berada dalam jemaah agar tidak mengabaikan Ramadan serta tidak terpengaruh dengan budaya menyambut Ramadan yang sedang terjadi di negara kita.Budaya yang memperlihatkan masjid masjid dipenuhi diawal awal Ramadan tetapi kemudiannya semakin sepi menjelang akhir Ramadan harus dihindari oleh semua jemaah serta budaya yang menghuru harakan saf saf ketika bertarawih, ketika tarawih selesai di rakaat ke lapan semestinya tidak diikuti oleh para jemaah sekelian.

Sebaliknya budaya sebegini yang kelihatan sebati dengan masyarakat Islam setempat seharusnya diubah.Para ahli jemaah mempunyai tugas penting untuk mengubah budaya ini.Oleh itu PAS cawangan Gong Pauh juga ingin menyarankan agar ahli ahli jemaah turun mengimarahkan masjid masjid kerajaan dan mengenapikan soal pentadbiran masjid yang masih dikuasai oleh JKKK atau ketua ketua UMNO.Ingatlah orang orang yang mengimarahkan masjid mempunyai potensi yang besar untuk diubah presepsi mereka kepada PAS dan mempunyai ruang yang cukup luas untuk diubah budaya yang sudah diamalkan bertahun tahun itu.

Ramadan adalah bulan perjuangan dan saranan di atas adalah sebahagian dari perjuangan itu.Semuga perjuangan ini akan mendapat pertolongan ALLAH.

Monday, August 9, 2010

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak dari PAS GONG PAUH

Assalamualaikum,,..

Ramadan datang lagi dengan tawaran istimewa seperti tahun tahun sebelumnya.Bersedialah untuk menerima tetamu yang dimulaikan ALLAH ini dengan persiapan persiapan terakhir umpama musafir yang menyediakan diri sebelum melangkah, umpama persedian seorang ayah untuk mendapat menantu atau umpama persediaan terakahir untuk menyambut kepulangan orang tersayang.

Istimewanya ramadan tidak boleh digambarkan dengan kata kata.Pada bulan inilah diturunnya al quran, pada bulan inilah adanya janji seribu bulan dari ALLAH yang merupakan tawaran paling istimewa untuk seorang hamba.Pada bulan ini jugalah dijanjikan dengan berbagai bagai janji termasuk yang terbesar dibebaskan dari azab api neraka yang sepatutnya dicari oleh semua hamba.

Agak malang bagi setengah umat yang membuat persedian menyambut Ramadan dengan berlumba lumba mengadakan program hiburan dan sukan(dipenuhi dengan berbagai bagai unsur maksiat dan kemungkaran) kerana dikuatiri tidak dapat dilakukan sepanjang Ramadan.Kita boleh melihat di taman bandar Cukai beberapa hari lalu program yang seumpama ini dan porgam larian belia benci dadah.Apakah begini umat bersedia menyambut Ramadan ?
 
Rejab dan Syaban adalah dua bulan yang disediakan untuk setiap umat membuat persedian menyambut Ramadan.Oleh itu bulan bulan ini harus dipenuhi dengan persedian bagi menyambut Ramadan.Bermula dengan puasa sunat, diikuti membiasakan diri bersedekah dan membuat kerja kerja kebajikan serta diikuti dengan membiasakan diri dengan qiamulai di malam hari kerana qiamulai secara komprehensif akan kita laku di bulan Ramadan untuk mencapai janji tawaran istimewa ALLAH.

Sudah tentu malang sekali kalau ada umat yang tidak dapat ditegur kerana menganggap mereka lebih hebat dan kuat untuk meneruskan aktiviti lagho serta penuh dengan maksiat sepanjang bulan Rejab dan Syaban bagi menyediakan diri untuk memasuki madrasah Ramadan.Amatlah rugi bukan sahaja kepada golongan yang terlibat tetapi kepada masyarakat keseluruhannya kerana janji barakah ALLAH hanya akan sampai kepada semua sekiranya umat di sebuah negeri itu bertaqwa dan beramal soleh.

Sudah tentu kepada pencinta carahidup Islam amalan sebegini mesti ditegah mengikut kemampuan.Kerana itu PAS Gong Pauh menyeru kepada seluruh umat di negara kita agar meninggalkan kemaksiatan dan kemungkaran dan sama sama kita gembelingkan tenaga kearah mempertingkatkan iman dan ketaqwaan kita.Tinggalkan golongan yang tidak amanah ketika diberi kuasa pemerintahan, jauhi diri dari terpesona dengan habuan dunia yang sedikit untuk menjadi pak turut golongan pemecah amanat, jangan terima habuan yang merupakan hak orang lain dan jangan terlibat dengan penganjuran program lagho serta maksiat.

Penuhi masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan nanti, perbanyakkan sedekah dan kerja kerja kebajikan dan kekal komited untuk mengikuti panduan berpuasa sepenuhnya.Insyaallah segala usaha kita akan diberkatai ALLAH dan semuga kita akan bertemu dengan magfirah,rahmat dan janji dilepaskan dari api neraka ALLAH..

Kisah durian,mentimun, arnab dan kura kura

Assalamualaikum,,.
Jangan jadi durian yang kuat tetapi tidak tahan lama, jadilah mentimun yang sanggup cedera kerana digolek, jangan jadi arnab yang pantas berlari tetapi sombong takabur, jadilah kura kura yang walaupun berlahan tetapi sabar dalam pertandingan.Itulah dasar yang mesti dipegang oleh setiap mukmin dalam menghidupkan fisabilillah dengan mengharapkan keredhaan ALLAH semata mata.Durian hanyalah lambang kepada keduniaan, arnab pula lambang kepada kesombongan manusia yang lupa diri dan kejadian.Mentimun dan kura kura adalah dua makhluk ALLAH yang mempunyai ciri ciri ketahanan diri serta kesabaran yang diperlukan dalam perjuangan yang panjang ini.

AJK PAS Gong Pauh majoritinya terdiri daripada orang orang yang tidak berasal dari Gong Pauh tetapi ditemukan ALLAH setelah masing masing bermaustatin di Gong Pauh.Ciri ciri mentimun dan kura kura yang ada pada setiap AJK inilah yang telah menemukan kami di Gong Pauh. Setiap seorang dari kami telah menyertai perjuangan ini sejak lama dulu dalam suasana tekanan dari kerajaan dan UMNO dengan berbagai bagai tekanan seperti tekanan yang terpaksa dihadapi oleh mentimun kerana digolek oleh durian, seperti kura kura yang ditertawakan oleh arnab dalam perlumbaan yang panjang, tetapi kami tetap istiqamah walau apa rintangan yang datang sehingga akhirnya kami ditemukan di cawangan Gong Pauh untuk sama sama meneruskan perjuangan yang masih belum selesai ini.

Tetapi sekarang kami yakin bahawa durian semakin rosak dan bakal menjadi tempoyak tidak lama lagi dan mentimun tetap segar walaupun terguris di sana sini.Kami yakin kura kura sedang melepasi arnab yang masih dibuai mimpi  dan dengan keyakinan inilah kami akan terus menghidupkan perjuangan di Gong Pauh.Sambil kami mengharap penyertaan lebih ramai anak watan Gong Pauh menyertai kami di cawangan untuk menghidupkan aktiviti memasyarakatkan PAS serta mengajak penduduk Gong Pauh untuk meninggalkan kebathilan dan bersama sama dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

Kami juga merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada bekas Naib ketua yang sudah berhijrah ke Kuala Lumpur dan beberapa orang penggerak cawangan sebelum ini yang turut berhijrah ke tempat lain.semuga saudara sekelian terus menjadi mentimun dan kura kura di mana jua saudara berada.Jazakallah.........

Sunday, August 8, 2010

Ceramah Umum di markaz Gong Pauh pada 30/7/2010

Assalamualaikum,,.

Alahamdullilah, akhirnya PAS cawangan Batu satu Gong  Pauh, DUN Cukai berjaya menghidupkan semula aktiviti menyebarkan maklumat kepada penduduk setempat setelah terbengkalai selama lebih setahun.Kali ini aktiviti tersebut merupakan ceramah isu isu semasa oleh YB.Ustaz Wan Hassan Wan Ramli dan sdr. Mohd Nazree Mohd Yunus, mantan pengerusi GERAK yang merupakan wakil dari PKR menggantikan Cikgu Bard yang tidak dapat hadir kerana musyakah yang tidak dapat dielakkan.

Ceramah pertama yang diadakan semula ini mendapat sambutan serdehana dari penduduk setempat tetapi kepadatan penduduk di kawasan Gong Puah membolehkan hampir kesemua kawasan penempatan di Gong Pauh dapat mendengar ceramah di rumah masing masing.Insyaallah segala maklumat penting mengenai isu isu semasa yang sedang melanda negara dapat disebarkan melalui ceramah ini.

YB Ust Wan Hassan dalam ceramahnya menyentuh beberapa isu yang sedang melanda Terengganu, antaranya perbalahan yang semakin serius yang berlaku di kalangan ADUN UMNO serta terpinggirnya pembangunan rakyat kerana perbalahan ini.Selain itu YB Ust Wan Hassan  juga menyentuh mengenai arahan terbaru dari Mat Said berkaitan pengagihan dana khas yang akan dilakukan tidak lama lagi.Mat Said telah mengarahkan penyokong dan ahli PAS dikecualikan daripada menerima dana khas tersebut dan perkara ini mengesahkan Mat Said dan UMNO menganggap dana khas itu hakmilik mak bapak dia yang boleh sewenang wenangnya diberikan kepada sesiapa saja yang mereka suka.

Apa yang menarik YB Ust Wan Hassan ada menyentuh peribahasa umpama mentimun dengan durian,digolek pecah tergolek pecah.Inilah yang berlaku di negara kita sekarang di mana pembangkang ditekan dari segenap sudut seolah olah pembangkang itu mentimun dan pihak yang menekan ia itu kerajaan UMNO menjadi durian.Menurut YB Ust Wan Hassan, durian walaupun kuat tetapi tidak tahan lama berbanding mentimun yang walaupun lemah tetapi tahan lama.Oleh itu durian apabila masam akan dijadikan tempoyak, masa tu mentimun boleh menjadi ulam untuk mencicah durian dengan lahapnya.Itulah nasib UMNO yang bongkak dan lupa kuasa rakyat dalam sistem demokrasi negara kita.Tren menunjukkan UMNO semakin lemah dan lemah di mana satu hari akan bertukar jadi tempoyak yang akan dipelahapkan oleh mentimun.

Sementara sdr. Mohd Nazree menyentuh mengenai politik baru yang mahu dikembangkan di Malaysia.Politik selepas merdeka yang membahagi bahagikan kaum yang masih diamalkan UMNO semakin ditolak rakyat yang mahukan pembaharuan dalam politik negara.Pengagihan bantuan akan dibuat mengikut keperluan, kalau melayu susah melayu dibantu mengikut keperluan mereka,begitu juga kalau cina atau india.Rakyat sudah tidak mahu melihat pengagihan bantuan mengikut bulu, mengikut kroni dan penuh dengan rasuah serta penyelewengan.Sdr.Mohd Nazree juga menyentuh fitnah besar yang melanda negara ekoran tuduhan liwat terhadap DSAI.Kata Sdr.Mohd Nazree kalau benar DSAI yang dituduh mengamal homosek mengapa tuduhan terhadap beliau mengambil masa 15 tahun selepas tuduhan pertama?Sdr Mohd Nazree membandingkan hobi seorang kaki bola, di mana kaki boleh tersebut akan main bola setiap hari, bukan setahun sekali.

Untuk maklumat, Sdr Mohd Nazree merupakan orang yang mengambil alih GERAK daripada Senatak Ezam dan beliau melahirkan rasa terkilan kerana tidak dapat menyentuh mengenai Ezam dalam ceramahnya kerana kesuntukan masa yang banyak dihabiskan untuk menerangkan politik baru Malaysia.Agak malang bagi warga Gong Pauh kerana tidak dapat mendengar mengenai Ezam dari seorang yang hampir dengan beliau semasa dalam Gerak.

Di samping itu, Sdr Mohd Nazree banyak kali membaca ayat quran dan hadis baginda dalam menyampaikan pengertian politik baru yang hendak diamalkan di negara kita.Menurut sdr.Mohd Nazree, UMNO enggan menyampaikan kebenaran sebaliknya menyembunyikan kebenaran sedangkan baginda nabi sudah berpesan bahawa katakan kebenaran sekalipun pahit.