Assalamualikum,,..
Tindakan DHA menyerang PAS adalah sesuatu
yang menghairankan.Apa tujuannya? Apa matlamatnya?Apakah kerana dendam
atau memang dia ikhlas dan jujur dalam usahanya mendedahkan parasit
dalam PAS.Kalau dia jujur, kita alu alukan kerana kita juga tidak senang
dengan kejadian kejadian yang sedang melanda PAS.Mahasiswa yang baru
sahaja bercakap kepada para jemaah dan orang ramai di Dungun, tiba tiba
berdemo di Pejabat PAS kerana isu KUIN yang melibatkan MB Kedah yang
kita sayangi.Tetapi yang agak kurang menyenangkan ialah munculnya
kelibat beberapa pemimpin ISMA ketika sidang akhbar DHA dan kemudian
ketika berforum tentang PAS.Kenapa DHA melibatkan ISMA dalam urusan
PAS?Inilah persoalan yang tidak menyenangkan kerana ISMA sejak dulu lagi
memang disedari tidak senang dengan PAS dan sentiasa memberi sumbangan
kepada UMNO dalam setiap program dan aktivitinya.
Kita
difahamkan ISMA ialah serpihan JIM dan dalam banyak usrahnya sebelum ini
banyak memperlekehkan PAS sehingga ada ahli ahli jemaah yang awalnya
mahu menyertai ISMA menarik diri kerana keceluparan mereka menghentam
PAS.Memang perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada antara ahli
jemaah yang mendengar sendiri bagaimana ISMA menghentam PAS.
Kita
tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sebelum ini kerana yakin
perjuangan ini bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH.Kita yakin
dengan itu dan kita yakin bahawa seandainya benar ujudnya parasit dalam
PAS yang cuba merencanakan pelan tindakan mengambil alih kepimpinanan
PAS seperti didakwa dan kalau perancangan mengambilalih ini bukan kerana
fisabillah, insyaalah satu hari ALLAH akan mendedahkan mereka seperti
ALLAH mendedahkan siapa DHA sebenarnya.
Oleh itu kita tidak
bimbang dengan ugutan DHA untuk mendedahkan parasit tetapi kita hairan
kenapa DHA mengambil ISMA sebagai pembantunya?ISMA yang menolak PAS tiba
tiba mahu menjadi juara kepada usaha DHA mendedahkan parasit.ISMA sudah
galak sewaktu DHA kemaruk dengan TV dan Akhbar UMNO sehingga muncul
kenyataan bahawa PAS sudah hilang hala tuju.Satu kenyataan yang sudah
lama dipendam mereka(yang dilapurkan banyak diperkatakan dalam usrah
mereka),Seolah olah mereka mendapat peluang untuk menyerang PAS ketika
kemelut DHA.
Kita bimbang kerana dendam mereka kepada JIM dan
kebanyakan ahli JIM sekarang ini sudah bersama PAS maka mereka juga mahu
merosakkan PAS.Tetapi sebagai satu jemaah yang istiqamah dan yaikn
dengan pertolongan ALLAH, kita tidaklah terlalu bimbang dengan tindak
tanduk mereka kerana kita yakin dengan pertolongan ALLAH.
Perjuangan
ini bukanlah mudah.Bukannya mudah juga untuk memperolehi pertolongan
ALLAH kalau semua pergolakan yang berlaku tidak ditangani dengan
betul.Malah yang bakal menjadi hijab kepada pertolongan ALLAH ialah
sikap ahli jemaah sendiri yang tidak kisah dengan apa yang berlaku,
membiarkan ISMA berleluasa memasukkan jarum mereka dengan menggunakan
DHA dan UMNO, merupakan antara perkara yang boleh menjadi hijab
pertolongan ALLAH itu.Tetapi dalam masa yang sama,ahli jemaah tidak
boleh mengambil tindakan melulu terhadap mereka.
Dengan memberi
ruang untuk mendengar siapakah parasit yang berada dalam PAS dan
meneliti bukti bukti yang diberikan(setakat ini masih belum ada), para
ahli jemaah juga seharusnya mengikuti jadual dan panduan beribadat dan
bermunajat serta sentiasa mengikhlaskan diri kepada perjuangan.Petunjuk
ALLAH yang kita perlukan dan petunjuk itulah yang mesti dicari.
Ingatlah
sebarang pemikiran muktazillah yang boleh merosakkan usaha mendapat
pertolongan ALLAH harus dijauhi dan dalam masa yang sama kita ingin
menasihati ISMA agar menjauhi DHA dan menjauhi percubaan untuk memporak
perandakan PAS.Teruskan kerjasama anda dengan UMNO untuk meneruskan
kebathilan dasn kesengsaraan kepada rakyat tetapi jangan sesekali cuba
merosakkan PAS.
Monday, January 23, 2012
Tuesday, January 3, 2012
Trend melayu sertai DAP, cabaran baru kepada gerakan Islam
Assalamualaikum,,.
Berita yang agak gembar menyebut 2 orang ahli UMNO di mana salah seorangnya merupakan bekas wakil rakyat telah menyertai DAP, parti yang selama ini digembar gempurkan sebagai perkauman oleh UMNO.Tetapi apa yang disebut oleh bekas ahli UMNO yang menyertai DAP itu agak memeranjatkan kerana pada mereka, DAP lebih bersedia mendengar permasalahan melayu yang trepinggir daripada UMNO.UMNO sudah dilihat sebagai perosak melayu yang tidak dapat diselamatkan lagi.Inilah sudut pandangan yang sedang meresapi sebahagian ahli ahli UMNO yang nampaknya lebih selesa dengan DAP berbanding parti alternatif melayu ia itu PAS dan PKR.Di samping itu, ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kemaman yang baru lalu, Sdr. Mat Sabu ada menyebut bahawa anak anak muda melayu sekarang ini ramai yang cenderung kepada DAP kerana pada sudut pandangan mereka DAP lebih telus, adil dan jujur.Persoalannya, kenapa melayu cenderung kepada DAP bukan PAS atau PKR?
Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh ahli ahli PAS terutamanya sebagai gerakan Islam yang menyeluruh di negara kita.Kenapa tidak orang orang melayu yang sudah hilang keyakinan dengan UMNO kerana kerakusan pemimpin dan kroni mereka berpaling kepada PAS sebagai satu satunya parti Islam yang bermatlamat syumul?
Untuk itu, PasGongPauh ingin mengajukan persoalan ini kepada puak puak yang suka mencari salah orang di dalam jemaah.Puak puak yang suka bergaduh kerana hal remeh temeh, puak puak yang tidak mampu bermuamalah sesama ahli jemaah,puak puak yang suka mengecop orang begitu begini supaya kembali bermuhasabah untuk mencari sebab kenapa orang melayu yang beragama Islam lebih memilih DAP dari PAS sedangkan di luar sana masih terdapat ramai orang orang bukan melayu dan bukan Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka.
Kita tahu dan faham memilih DAP sebagai wadah bukanlah satu kesalahan selagi aqidah dan matlamat memartabatkan Islam yang syumul menjadi fikrah tetapi dari sudut moralnya perginya orang melayu kepada DAP menunjukkan kelemahan PAS dalam menampilkan imej Islam.Barangkali kemelut berpanjangan setahun dua ini menjadi penyebab kenapa mereka memilih DAP.Isu UG, isu 916,isu Erdogan dan terbaru isu Hassan Ali, isu IRC begitu dipolimikkan di kalangan pengamal media PAS samada harakah atau media internet seperti TKO dan blog serta ada pemimpin yang menggunakan pengamal media arus perdana atas alasan media PAS tidak memberi peluang kepadanya untuk menyalurkan pandangan mungkin membuatkan kalangan yang awalnya berminat menyertai PAS berpatah balik.
Di antara mereka ada yang menyertai jemaah jemaah Islam lain atas nama NGO seperti ISMA, Cakna Anak Yatim dan tak kurang juga Tabligh.Setengah yang lain pula mula melihat kepada DAP sebagai sebuah parti yang lebih stabil, tanpa banyak kemelut dan terbuka dalam menerima pandangan serta menghormati hak hak kemanusian.Inilah barangkali sebab kenapa mereka berminat dengan DAP dan akhirnya memilih untuk menyertainya.
Keadaan dalam PAS pula muktakhir ini tidak banyak membantu kerana selain sibuk mencari dana untuk pilihanraya yang sebenarnya turut membebankan ahli ahli yang aktif turut diserabutkan dengan satu golongan yang kononnya nak menyelamatkan PAS dari penguasaan IRC serta Erdogan. Tetapi kerja kerja jemaah termasuk kerja kerja politik, amal maaruf nahi mungkar tidak begitu diberi perhatian.
Kita juga faham bahawa kesemua umat melayu Islam yang berada dalam NGO NGO serta yang menyertai DAP kesemuanya bermatlamat untuk menyingkirkan UMNO dan mahu melihat Islam dimartabatkan sebagai carahidup tetapi kesatuan umat yang sebegini tidak cukup kuat untuk meneruskan kesinambungan amalan serta berisiko akan berpecah seandainya kehadiran fikrah fikrah yang berbagai terutama yang menekankan kepada perkara perkara furuk gagal dikawal.
Jadi marilah sama sama kita fikirkan demi untuk Islam, kerana ALLAH!
Subscribe to:
Posts (Atom)