Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul: Sunnah yang ditinggalkan

Assalamualaikum,,

Maulidur Rasul datang lagi dan seperti biasa acara sambutan mengingati kelahiran agung Baginda Rasullulah s.a.w. diadakan di seluruh negara dan melibatkan banyak pihak termasuk kerajaan, NGO, jemaah jemaah Islam, masjid masjid ,surau surau  dan tidak ketinggalan juga jemaah PAS.Acara mengingati Kelahiran besar dan penuh bermakna bagi umat Islam asalnya bertujuan membawa umat Islam kembali mematuhi segala ajaran baginda yang telah dirumuskan oleh sabda baginda yang bermaksud :
  "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat buat selama lamanya selagi kamu berpegang dengannya, ia itu Kitab ALLAH dan Sunnah Nabi.".

Inilah tujuan utama Maulidur Rasul disambut dan diingati setiap tahun.Maulidur Rasul menjadi salah satu check point umat Islam bagi melihat sejauh mana Al Quran dan Al Sunnah diikuti.Namun di negara kita, acara sambutan Maulidur Rasul tidak menepati tujuannya malah saban tahun, umat Islam yang menyertai acara perarakan, selawat, zanji dan seumpamanya seolah olah tidak terkesan dengan sebahagian besar sunnah nabi yang ditinggalkan dan langsung tidak terpanggil untuk membetulkan keadaan walaupun saban tahun berarak dan berusaha memenangi pertandingan yang dianjurkan.Saban tahun anugarah demi anugerah diberikan kepada individu tertentu sempena sambutan Maulidur Rasul namun individu terbabit tidak langsung terpanggil untuk menyumbang agar umat Islam kembali menghayati(menghidupkan) Sunnah yang tinggalkan.

Banyak Sunnah yang ditinggalkan dan semakin ditinggalkan.Antaranya pemakaian serban dan jubah terutama ketika bersolat, kerana itu, senariao yang boleh kita lihat di kebanyakan masjid hari ini ketika solat berjemaah ialah ramainya umat Islam memakai seluar dan kemeja serta t shirt(setengah itu bergambar lagi).Inilah masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini kerana meringankan pakaian sunnah walaupun banyak kitab kitab feqah yang menerangkan fadhilat memakai serban dan jubah terutama ketika bersolat.

Sehingga hari ini tidak kedengaran suara suara besar dari mana mana pihak untuk menggalakan pemakaian serban dan jubah sebaliknya yang banyak diperkatakan orang ialah aspek aspek negatif yang dikaitkan dengan serban dan jubah.Malah ramai umat Islam yang malu untuk memakai serban dan jubah kerana persepsi negatif terhadap serban dan jubah ini.Ada yang mengatakan tidak samapi tarafnya lagi untuk memakai serban dan jubah kerana kekurangan ilmu, ada yang bimbang kalau kalau ada yang meminta untuk mengetuai majlis tahlil arwah, solat hajat dan sebagainya.Sebenarnya, amatlah rugi berpendirian sebegini kerana fadhilat yang dijanjikan baginda Nabi kepada sesiapa yang memakai serban dan jubah.

Selain itu banyak lagi sunnah yang ditinggalkan seperti sunnah makan dan minum, sunnah ketika membuang air, sunnah ketika tidur dan sebagainya.Sunnah sunnah ini merupakan sunnah sunnah yang kecil dan melibatkan individu dan keluarga sahaja.Sesekali kita boleh mendengar kuliah dari ustaz ustaz tertentu yang memperkatakan mengenai sunnah sunnah ini tetapi satu lagi bentuk sunnah yang lebih besar dan lebih penting kepada kehidupan umat Islam yang ditinggalkan untuk sekian lama tetapi jarang diperkatakan oleh kebanyakan ustaz terutama ustaz yang cari makan dengan kerajaan ia itu sunnah "BERNEGARA"

Ada beberapa aspek yang boleh dilihat dalam sunnah bernegara ini yang sudah lama tidak diamalkan di kebanyakan negara umat Islam termasuk negara kita.Rengkasnya, ianya boleh diterangkan dari sudut sistem nilai kehidupan yang boleh dibahagikan kepada politik, ekonomi dan sosial.Islam sebagai carahidup menekankan kesemua sistem nilai kehidupan ini  dan dalam kesemua aspek nilai ini ada sunnah sunnah yang mesti diikuti oleh umat Islam sesuai dengan arahan baginda Nabi menerusi hadis yang disebut di atas.Kesemua aspek kehidupan mesti dipandukan kepada Al Quran dan Al Sunnah bagi mengelakkan umat Islam tersesat dan ini bermakna sekiranya ada satu daripada ajaran Al Quran dan Al Sunnah yang ditinggalkan maka sudah pasti umat Islam berada dalam keadaan sesat dan sekiranya pula golongan umat yang sesat itu menegaskan mereka sudah mengikuti ajaran baginda nabi, maka merekalah golongan yang menyesatkan.

Oleh itu menganjurkan acara sambutan Maulidur Rasul ketika tidak semua ajaran Al Quran dan Al Sunnah diamalkan sebagai carahidup adalah sesuatu yang menyedihkan bagi umat Islam..Berarak sambil berselawat tidak akan membawa makna dan perubahan kepada kehidupan umat Islam selagi tidak ditanamkan tekad dan dipertingkatkan ikhtiar untuk kembali menghayati(menghidupkan) sunnah bernegara yang merupakan aspek terpenting dalam mengamalan sunnah sebelum sunnah sunnah yang kecil dapat diamalkan.

Untuk kembali kepada sunnah bernegara umat Islam seharusnya mendengar sabda Baginda agar sentiasa berada dalam jemaah Islam yang berjuang untuk kembali kepada carahidup Islam yang syumul.Umat Islam seharusnya komited kepada jemaah tersebut dengan tidak menjadi duri dalam daging atau kemucup atau parasit yang mungkin boleh merencatkan perancangan jemaah untuk kembali kepada carahidup Islam.Komited dengan makna ikhlas dan jujur dalam perjuangan dan redha dan yakin dengan janji pertolongan ALLAH walau dalam keadaan mana sekalipun.

Semuga kita semua mampu mengambil pengajaran dari Maulidur  Rasul yang sedang disambut ini kearah satu cita cita dan tujuan, mencari redha ALLAH menerusi penghayatan sunnah yang sudah lama ditinggalkan, Insyaalah.














Monday, January 23, 2012

Kenapa DHA bersama ISMA?

Assalamualikum,,..
Tindakan DHA menyerang PAS adalah sesuatu yang menghairankan.Apa tujuannya? Apa matlamatnya?Apakah kerana dendam atau memang dia ikhlas dan jujur dalam usahanya mendedahkan parasit dalam PAS.Kalau dia jujur, kita alu alukan kerana kita juga tidak senang dengan kejadian kejadian yang sedang melanda PAS.Mahasiswa yang baru sahaja bercakap kepada para jemaah dan orang ramai di Dungun, tiba tiba berdemo di Pejabat PAS kerana isu KUIN yang melibatkan MB Kedah yang kita sayangi.Tetapi yang agak kurang menyenangkan ialah munculnya kelibat beberapa pemimpin ISMA ketika sidang akhbar DHA dan kemudian ketika berforum tentang PAS.Kenapa DHA melibatkan ISMA dalam urusan PAS?Inilah persoalan yang tidak menyenangkan kerana ISMA sejak dulu lagi memang disedari tidak senang dengan PAS dan sentiasa memberi sumbangan kepada UMNO dalam setiap program dan aktivitinya.


Kita difahamkan ISMA ialah serpihan JIM dan dalam banyak usrahnya sebelum ini banyak memperlekehkan PAS  sehingga ada ahli ahli jemaah yang awalnya mahu menyertai ISMA menarik diri kerana keceluparan mereka menghentam PAS.Memang perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada antara ahli jemaah yang mendengar sendiri bagaimana ISMA menghentam PAS.
Kita tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sebelum ini kerana yakin perjuangan ini bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH.Kita yakin dengan itu dan kita yakin bahawa seandainya benar ujudnya parasit dalam PAS yang cuba merencanakan pelan tindakan mengambil alih kepimpinanan PAS seperti didakwa dan kalau perancangan mengambilalih ini bukan kerana fisabillah, insyaalah satu hari ALLAH akan mendedahkan mereka seperti ALLAH mendedahkan siapa DHA sebenarnya.
Oleh itu kita tidak bimbang dengan ugutan DHA untuk mendedahkan parasit tetapi kita hairan kenapa DHA mengambil ISMA sebagai pembantunya?ISMA yang menolak PAS tiba tiba mahu menjadi juara kepada usaha DHA mendedahkan parasit.ISMA sudah galak sewaktu  DHA kemaruk dengan TV dan Akhbar UMNO sehingga muncul kenyataan bahawa PAS sudah hilang hala tuju.Satu kenyataan yang sudah lama dipendam mereka(yang dilapurkan banyak diperkatakan dalam usrah mereka),Seolah olah mereka mendapat peluang untuk menyerang PAS ketika kemelut DHA.
Kita bimbang kerana dendam mereka kepada JIM dan kebanyakan ahli JIM sekarang ini sudah bersama PAS maka mereka juga mahu merosakkan PAS.Tetapi sebagai satu jemaah yang istiqamah dan yaikn dengan pertolongan ALLAH, kita tidaklah terlalu bimbang dengan tindak tanduk mereka kerana kita yakin dengan pertolongan ALLAH.
Perjuangan ini bukanlah mudah.Bukannya mudah juga untuk memperolehi pertolongan ALLAH kalau semua pergolakan yang berlaku tidak ditangani dengan betul.Malah yang bakal menjadi hijab kepada pertolongan ALLAH ialah sikap ahli jemaah sendiri yang tidak kisah dengan apa yang berlaku, membiarkan ISMA berleluasa memasukkan jarum mereka dengan menggunakan DHA dan UMNO, merupakan antara perkara yang boleh menjadi hijab pertolongan ALLAH itu.Tetapi dalam masa yang sama,ahli jemaah tidak boleh mengambil tindakan melulu terhadap mereka.
Dengan memberi ruang untuk mendengar siapakah parasit yang berada dalam PAS dan meneliti bukti bukti yang diberikan(setakat ini masih belum ada), para ahli jemaah juga seharusnya mengikuti jadual dan panduan beribadat dan bermunajat serta sentiasa mengikhlaskan diri kepada perjuangan.Petunjuk ALLAH yang kita perlukan dan petunjuk itulah yang mesti dicari.
Ingatlah sebarang pemikiran muktazillah yang  boleh merosakkan usaha mendapat pertolongan ALLAH harus dijauhi dan dalam masa yang sama kita ingin menasihati ISMA agar menjauhi DHA dan menjauhi percubaan untuk memporak perandakan PAS.Teruskan kerjasama anda dengan UMNO untuk meneruskan kebathilan dasn kesengsaraan kepada rakyat tetapi jangan sesekali cuba merosakkan PAS.

Tuesday, January 3, 2012

Trend melayu sertai DAP, cabaran baru kepada gerakan Islam


Assalamualaikum,,.
Berita yang agak gembar menyebut 2 orang ahli UMNO di mana salah seorangnya merupakan bekas wakil rakyat telah menyertai DAP, parti yang selama ini digembar gempurkan sebagai perkauman oleh UMNO.Tetapi apa yang disebut oleh bekas ahli UMNO yang menyertai DAP itu agak memeranjatkan kerana pada mereka, DAP lebih bersedia mendengar permasalahan melayu yang trepinggir daripada UMNO.UMNO sudah dilihat sebagai perosak melayu yang tidak dapat diselamatkan lagi.Inilah sudut pandangan yang sedang meresapi sebahagian ahli ahli UMNO yang nampaknya lebih selesa dengan DAP berbanding parti alternatif melayu ia itu PAS dan PKR.Di samping itu, ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kemaman yang baru lalu, Sdr. Mat Sabu ada menyebut bahawa anak anak muda melayu sekarang ini ramai yang cenderung kepada DAP kerana pada sudut pandangan mereka DAP lebih telus, adil dan jujur.Persoalannya, kenapa melayu cenderung kepada DAP bukan PAS atau PKR?  


Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh ahli ahli PAS terutamanya sebagai gerakan Islam yang menyeluruh di negara kita.Kenapa tidak orang orang melayu yang sudah hilang keyakinan dengan UMNO kerana kerakusan pemimpin dan kroni mereka berpaling kepada PAS sebagai satu satunya parti Islam yang bermatlamat syumul?
Untuk itu, PasGongPauh ingin mengajukan persoalan ini kepada puak puak yang suka mencari salah orang di dalam jemaah.Puak puak yang suka bergaduh kerana hal remeh temeh, puak puak yang tidak mampu bermuamalah sesama ahli jemaah,puak puak yang suka mengecop orang begitu begini supaya kembali bermuhasabah untuk mencari sebab kenapa orang melayu yang beragama Islam lebih memilih DAP dari PAS sedangkan di luar sana masih terdapat ramai orang orang bukan melayu dan bukan Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka.
Kita tahu dan faham memilih DAP sebagai wadah bukanlah satu kesalahan selagi aqidah dan matlamat memartabatkan Islam yang syumul menjadi fikrah tetapi dari sudut moralnya perginya orang melayu kepada DAP menunjukkan kelemahan PAS dalam menampilkan imej Islam.Barangkali kemelut berpanjangan setahun dua ini menjadi penyebab kenapa mereka memilih DAP.Isu UG, isu 916,isu Erdogan dan terbaru isu Hassan Ali, isu IRC begitu dipolimikkan di kalangan pengamal media PAS samada harakah atau media internet seperti TKO dan blog serta ada pemimpin yang menggunakan pengamal media arus perdana atas alasan media PAS tidak memberi peluang kepadanya untuk menyalurkan pandangan   mungkin membuatkan kalangan yang awalnya berminat menyertai PAS berpatah balik.
Di antara mereka ada yang menyertai  jemaah jemaah Islam lain atas nama NGO seperti ISMA, Cakna Anak Yatim dan tak kurang juga Tabligh.Setengah yang lain pula mula melihat kepada DAP sebagai sebuah parti yang lebih stabil, tanpa banyak kemelut dan terbuka dalam menerima pandangan serta menghormati hak hak kemanusian.Inilah barangkali sebab kenapa mereka berminat dengan DAP dan akhirnya memilih untuk menyertainya.
Keadaan dalam PAS pula muktakhir ini tidak banyak membantu kerana selain sibuk mencari dana untuk pilihanraya yang sebenarnya turut membebankan ahli ahli yang aktif turut diserabutkan dengan satu golongan yang kononnya nak menyelamatkan PAS dari penguasaan IRC serta Erdogan. Tetapi kerja kerja jemaah termasuk kerja kerja politik, amal maaruf  nahi mungkar tidak begitu diberi perhatian.
Kita juga faham bahawa kesemua umat melayu Islam yang berada dalam NGO NGO serta yang menyertai DAP kesemuanya bermatlamat untuk menyingkirkan UMNO dan mahu melihat Islam dimartabatkan sebagai carahidup tetapi kesatuan umat yang sebegini tidak cukup kuat untuk meneruskan kesinambungan amalan serta berisiko akan berpecah seandainya kehadiran fikrah fikrah yang berbagai terutama yang menekankan kepada perkara perkara furuk gagal dikawal.
Jadi marilah sama sama kita fikirkan demi untuk Islam, kerana ALLAH!