Saturday, February 4, 2012

Maulidur Rasul: Sunnah yang ditinggalkan

Assalamualaikum,,

Maulidur Rasul datang lagi dan seperti biasa acara sambutan mengingati kelahiran agung Baginda Rasullulah s.a.w. diadakan di seluruh negara dan melibatkan banyak pihak termasuk kerajaan, NGO, jemaah jemaah Islam, masjid masjid ,surau surau  dan tidak ketinggalan juga jemaah PAS.Acara mengingati Kelahiran besar dan penuh bermakna bagi umat Islam asalnya bertujuan membawa umat Islam kembali mematuhi segala ajaran baginda yang telah dirumuskan oleh sabda baginda yang bermaksud :
  "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat buat selama lamanya selagi kamu berpegang dengannya, ia itu Kitab ALLAH dan Sunnah Nabi.".

Inilah tujuan utama Maulidur Rasul disambut dan diingati setiap tahun.Maulidur Rasul menjadi salah satu check point umat Islam bagi melihat sejauh mana Al Quran dan Al Sunnah diikuti.Namun di negara kita, acara sambutan Maulidur Rasul tidak menepati tujuannya malah saban tahun, umat Islam yang menyertai acara perarakan, selawat, zanji dan seumpamanya seolah olah tidak terkesan dengan sebahagian besar sunnah nabi yang ditinggalkan dan langsung tidak terpanggil untuk membetulkan keadaan walaupun saban tahun berarak dan berusaha memenangi pertandingan yang dianjurkan.Saban tahun anugarah demi anugerah diberikan kepada individu tertentu sempena sambutan Maulidur Rasul namun individu terbabit tidak langsung terpanggil untuk menyumbang agar umat Islam kembali menghayati(menghidupkan) Sunnah yang tinggalkan.

Banyak Sunnah yang ditinggalkan dan semakin ditinggalkan.Antaranya pemakaian serban dan jubah terutama ketika bersolat, kerana itu, senariao yang boleh kita lihat di kebanyakan masjid hari ini ketika solat berjemaah ialah ramainya umat Islam memakai seluar dan kemeja serta t shirt(setengah itu bergambar lagi).Inilah masalah yang dihadapi oleh umat Islam hari ini kerana meringankan pakaian sunnah walaupun banyak kitab kitab feqah yang menerangkan fadhilat memakai serban dan jubah terutama ketika bersolat.

Sehingga hari ini tidak kedengaran suara suara besar dari mana mana pihak untuk menggalakan pemakaian serban dan jubah sebaliknya yang banyak diperkatakan orang ialah aspek aspek negatif yang dikaitkan dengan serban dan jubah.Malah ramai umat Islam yang malu untuk memakai serban dan jubah kerana persepsi negatif terhadap serban dan jubah ini.Ada yang mengatakan tidak samapi tarafnya lagi untuk memakai serban dan jubah kerana kekurangan ilmu, ada yang bimbang kalau kalau ada yang meminta untuk mengetuai majlis tahlil arwah, solat hajat dan sebagainya.Sebenarnya, amatlah rugi berpendirian sebegini kerana fadhilat yang dijanjikan baginda Nabi kepada sesiapa yang memakai serban dan jubah.

Selain itu banyak lagi sunnah yang ditinggalkan seperti sunnah makan dan minum, sunnah ketika membuang air, sunnah ketika tidur dan sebagainya.Sunnah sunnah ini merupakan sunnah sunnah yang kecil dan melibatkan individu dan keluarga sahaja.Sesekali kita boleh mendengar kuliah dari ustaz ustaz tertentu yang memperkatakan mengenai sunnah sunnah ini tetapi satu lagi bentuk sunnah yang lebih besar dan lebih penting kepada kehidupan umat Islam yang ditinggalkan untuk sekian lama tetapi jarang diperkatakan oleh kebanyakan ustaz terutama ustaz yang cari makan dengan kerajaan ia itu sunnah "BERNEGARA"

Ada beberapa aspek yang boleh dilihat dalam sunnah bernegara ini yang sudah lama tidak diamalkan di kebanyakan negara umat Islam termasuk negara kita.Rengkasnya, ianya boleh diterangkan dari sudut sistem nilai kehidupan yang boleh dibahagikan kepada politik, ekonomi dan sosial.Islam sebagai carahidup menekankan kesemua sistem nilai kehidupan ini  dan dalam kesemua aspek nilai ini ada sunnah sunnah yang mesti diikuti oleh umat Islam sesuai dengan arahan baginda Nabi menerusi hadis yang disebut di atas.Kesemua aspek kehidupan mesti dipandukan kepada Al Quran dan Al Sunnah bagi mengelakkan umat Islam tersesat dan ini bermakna sekiranya ada satu daripada ajaran Al Quran dan Al Sunnah yang ditinggalkan maka sudah pasti umat Islam berada dalam keadaan sesat dan sekiranya pula golongan umat yang sesat itu menegaskan mereka sudah mengikuti ajaran baginda nabi, maka merekalah golongan yang menyesatkan.

Oleh itu menganjurkan acara sambutan Maulidur Rasul ketika tidak semua ajaran Al Quran dan Al Sunnah diamalkan sebagai carahidup adalah sesuatu yang menyedihkan bagi umat Islam..Berarak sambil berselawat tidak akan membawa makna dan perubahan kepada kehidupan umat Islam selagi tidak ditanamkan tekad dan dipertingkatkan ikhtiar untuk kembali menghayati(menghidupkan) sunnah bernegara yang merupakan aspek terpenting dalam mengamalan sunnah sebelum sunnah sunnah yang kecil dapat diamalkan.

Untuk kembali kepada sunnah bernegara umat Islam seharusnya mendengar sabda Baginda agar sentiasa berada dalam jemaah Islam yang berjuang untuk kembali kepada carahidup Islam yang syumul.Umat Islam seharusnya komited kepada jemaah tersebut dengan tidak menjadi duri dalam daging atau kemucup atau parasit yang mungkin boleh merencatkan perancangan jemaah untuk kembali kepada carahidup Islam.Komited dengan makna ikhlas dan jujur dalam perjuangan dan redha dan yakin dengan janji pertolongan ALLAH walau dalam keadaan mana sekalipun.

Semuga kita semua mampu mengambil pengajaran dari Maulidur  Rasul yang sedang disambut ini kearah satu cita cita dan tujuan, mencari redha ALLAH menerusi penghayatan sunnah yang sudah lama ditinggalkan, Insyaalah.














Monday, January 23, 2012

Kenapa DHA bersama ISMA?

Assalamualikum,,..
Tindakan DHA menyerang PAS adalah sesuatu yang menghairankan.Apa tujuannya? Apa matlamatnya?Apakah kerana dendam atau memang dia ikhlas dan jujur dalam usahanya mendedahkan parasit dalam PAS.Kalau dia jujur, kita alu alukan kerana kita juga tidak senang dengan kejadian kejadian yang sedang melanda PAS.Mahasiswa yang baru sahaja bercakap kepada para jemaah dan orang ramai di Dungun, tiba tiba berdemo di Pejabat PAS kerana isu KUIN yang melibatkan MB Kedah yang kita sayangi.Tetapi yang agak kurang menyenangkan ialah munculnya kelibat beberapa pemimpin ISMA ketika sidang akhbar DHA dan kemudian ketika berforum tentang PAS.Kenapa DHA melibatkan ISMA dalam urusan PAS?Inilah persoalan yang tidak menyenangkan kerana ISMA sejak dulu lagi memang disedari tidak senang dengan PAS dan sentiasa memberi sumbangan kepada UMNO dalam setiap program dan aktivitinya.


Kita difahamkan ISMA ialah serpihan JIM dan dalam banyak usrahnya sebelum ini banyak memperlekehkan PAS  sehingga ada ahli ahli jemaah yang awalnya mahu menyertai ISMA menarik diri kerana keceluparan mereka menghentam PAS.Memang perkara ini tidak boleh dinafikan lagi kerana ada antara ahli jemaah yang mendengar sendiri bagaimana ISMA menghentam PAS.
Kita tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini sebelum ini kerana yakin perjuangan ini bukan kerana manusia tetapi kerana ALLAH.Kita yakin dengan itu dan kita yakin bahawa seandainya benar ujudnya parasit dalam PAS yang cuba merencanakan pelan tindakan mengambil alih kepimpinanan PAS seperti didakwa dan kalau perancangan mengambilalih ini bukan kerana fisabillah, insyaalah satu hari ALLAH akan mendedahkan mereka seperti ALLAH mendedahkan siapa DHA sebenarnya.
Oleh itu kita tidak bimbang dengan ugutan DHA untuk mendedahkan parasit tetapi kita hairan kenapa DHA mengambil ISMA sebagai pembantunya?ISMA yang menolak PAS tiba tiba mahu menjadi juara kepada usaha DHA mendedahkan parasit.ISMA sudah galak sewaktu  DHA kemaruk dengan TV dan Akhbar UMNO sehingga muncul kenyataan bahawa PAS sudah hilang hala tuju.Satu kenyataan yang sudah lama dipendam mereka(yang dilapurkan banyak diperkatakan dalam usrah mereka),Seolah olah mereka mendapat peluang untuk menyerang PAS ketika kemelut DHA.
Kita bimbang kerana dendam mereka kepada JIM dan kebanyakan ahli JIM sekarang ini sudah bersama PAS maka mereka juga mahu merosakkan PAS.Tetapi sebagai satu jemaah yang istiqamah dan yaikn dengan pertolongan ALLAH, kita tidaklah terlalu bimbang dengan tindak tanduk mereka kerana kita yakin dengan pertolongan ALLAH.
Perjuangan ini bukanlah mudah.Bukannya mudah juga untuk memperolehi pertolongan ALLAH kalau semua pergolakan yang berlaku tidak ditangani dengan betul.Malah yang bakal menjadi hijab kepada pertolongan ALLAH ialah sikap ahli jemaah sendiri yang tidak kisah dengan apa yang berlaku, membiarkan ISMA berleluasa memasukkan jarum mereka dengan menggunakan DHA dan UMNO, merupakan antara perkara yang boleh menjadi hijab pertolongan ALLAH itu.Tetapi dalam masa yang sama,ahli jemaah tidak boleh mengambil tindakan melulu terhadap mereka.
Dengan memberi ruang untuk mendengar siapakah parasit yang berada dalam PAS dan meneliti bukti bukti yang diberikan(setakat ini masih belum ada), para ahli jemaah juga seharusnya mengikuti jadual dan panduan beribadat dan bermunajat serta sentiasa mengikhlaskan diri kepada perjuangan.Petunjuk ALLAH yang kita perlukan dan petunjuk itulah yang mesti dicari.
Ingatlah sebarang pemikiran muktazillah yang  boleh merosakkan usaha mendapat pertolongan ALLAH harus dijauhi dan dalam masa yang sama kita ingin menasihati ISMA agar menjauhi DHA dan menjauhi percubaan untuk memporak perandakan PAS.Teruskan kerjasama anda dengan UMNO untuk meneruskan kebathilan dasn kesengsaraan kepada rakyat tetapi jangan sesekali cuba merosakkan PAS.

Tuesday, January 3, 2012

Trend melayu sertai DAP, cabaran baru kepada gerakan Islam


Assalamualaikum,,.
Berita yang agak gembar menyebut 2 orang ahli UMNO di mana salah seorangnya merupakan bekas wakil rakyat telah menyertai DAP, parti yang selama ini digembar gempurkan sebagai perkauman oleh UMNO.Tetapi apa yang disebut oleh bekas ahli UMNO yang menyertai DAP itu agak memeranjatkan kerana pada mereka, DAP lebih bersedia mendengar permasalahan melayu yang trepinggir daripada UMNO.UMNO sudah dilihat sebagai perosak melayu yang tidak dapat diselamatkan lagi.Inilah sudut pandangan yang sedang meresapi sebahagian ahli ahli UMNO yang nampaknya lebih selesa dengan DAP berbanding parti alternatif melayu ia itu PAS dan PKR.Di samping itu, ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kemaman yang baru lalu, Sdr. Mat Sabu ada menyebut bahawa anak anak muda melayu sekarang ini ramai yang cenderung kepada DAP kerana pada sudut pandangan mereka DAP lebih telus, adil dan jujur.Persoalannya, kenapa melayu cenderung kepada DAP bukan PAS atau PKR?  


Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh ahli ahli PAS terutamanya sebagai gerakan Islam yang menyeluruh di negara kita.Kenapa tidak orang orang melayu yang sudah hilang keyakinan dengan UMNO kerana kerakusan pemimpin dan kroni mereka berpaling kepada PAS sebagai satu satunya parti Islam yang bermatlamat syumul?
Untuk itu, PasGongPauh ingin mengajukan persoalan ini kepada puak puak yang suka mencari salah orang di dalam jemaah.Puak puak yang suka bergaduh kerana hal remeh temeh, puak puak yang tidak mampu bermuamalah sesama ahli jemaah,puak puak yang suka mengecop orang begitu begini supaya kembali bermuhasabah untuk mencari sebab kenapa orang melayu yang beragama Islam lebih memilih DAP dari PAS sedangkan di luar sana masih terdapat ramai orang orang bukan melayu dan bukan Islam memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka.
Kita tahu dan faham memilih DAP sebagai wadah bukanlah satu kesalahan selagi aqidah dan matlamat memartabatkan Islam yang syumul menjadi fikrah tetapi dari sudut moralnya perginya orang melayu kepada DAP menunjukkan kelemahan PAS dalam menampilkan imej Islam.Barangkali kemelut berpanjangan setahun dua ini menjadi penyebab kenapa mereka memilih DAP.Isu UG, isu 916,isu Erdogan dan terbaru isu Hassan Ali, isu IRC begitu dipolimikkan di kalangan pengamal media PAS samada harakah atau media internet seperti TKO dan blog serta ada pemimpin yang menggunakan pengamal media arus perdana atas alasan media PAS tidak memberi peluang kepadanya untuk menyalurkan pandangan   mungkin membuatkan kalangan yang awalnya berminat menyertai PAS berpatah balik.
Di antara mereka ada yang menyertai  jemaah jemaah Islam lain atas nama NGO seperti ISMA, Cakna Anak Yatim dan tak kurang juga Tabligh.Setengah yang lain pula mula melihat kepada DAP sebagai sebuah parti yang lebih stabil, tanpa banyak kemelut dan terbuka dalam menerima pandangan serta menghormati hak hak kemanusian.Inilah barangkali sebab kenapa mereka berminat dengan DAP dan akhirnya memilih untuk menyertainya.
Keadaan dalam PAS pula muktakhir ini tidak banyak membantu kerana selain sibuk mencari dana untuk pilihanraya yang sebenarnya turut membebankan ahli ahli yang aktif turut diserabutkan dengan satu golongan yang kononnya nak menyelamatkan PAS dari penguasaan IRC serta Erdogan. Tetapi kerja kerja jemaah termasuk kerja kerja politik, amal maaruf  nahi mungkar tidak begitu diberi perhatian.
Kita juga faham bahawa kesemua umat melayu Islam yang berada dalam NGO NGO serta yang menyertai DAP kesemuanya bermatlamat untuk menyingkirkan UMNO dan mahu melihat Islam dimartabatkan sebagai carahidup tetapi kesatuan umat yang sebegini tidak cukup kuat untuk meneruskan kesinambungan amalan serta berisiko akan berpecah seandainya kehadiran fikrah fikrah yang berbagai terutama yang menekankan kepada perkara perkara furuk gagal dikawal.
Jadi marilah sama sama kita fikirkan demi untuk Islam, kerana ALLAH!

Thursday, November 10, 2011

Kewajipan menentang mungkar

Assalamualaikum,

Sabda junjungan yang bermakud :

"Sekiranya kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan mulut dan jika tidak mampu cegahlah dengan hati, sesungguhnya itulah serendah rendah iman".


Hadis di atas sepatutnya menjadi dasar motivasi yang kuat kepada kita setiap orang Islam untuk turut sama terlibat dalam usaha mencegah kemungkaran.Kemungkaran yang ditaarifkan oleh para ulamak lebih luas daripada maksiat dan secara rengkasnya termasuk juga perkara perkara yang bathil dan zalim sekalipun perkara perkara tersebut tidak melibatkan dosa seperti perbuatan anak anak yang belum akhil baligh berzina atau perbuatan seorang gila yang minum arak.

Sementara cegah dengan hati merupakan perkara yang paling lemah untuk dilaksanakan oleh kita orang Islam tetapi sekiranya kemungkaran tidak dicegah apatah lagi disokong maka tunggulah amaran bala ALLAH di mana apabila datang bala, semua pihak ia itu yang baik dan yang jahat pasti tidak akan terlepas.Mahukan kita yang termasuk dalam katogeri orang baik baik melihat bala ALLAH menimpa kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita?

Kalau kita tidak mahu bala yang masih lagi  belum datang ini, maka kita tidak ada pilihan selain turut sama menyumbang kepada pencegahan kemungkaran.Kita tidak boleh hanya berbangga dengan rahmat ALLAH yang melimpa ruah di negara kita kerana kita juga boleh melihat bagaimana satu demi satu kemungkaran dikembangkan oleh setengah pihak yang beragama Islam termasuk oleh mereka yang mempunyai mandat pemerintahan negara.Justeru itu perintah Nabi menerusi hadis di atas mesti kita laksanakan mengikut kemampuan kita masing masing.

Yang berilmu, gembelingkan tenaga dan usaha untuk menyampaikan ilmu mereka, yang diberikan kelebihan menulis, tulislah kebenaran walau di mana jua ada peluang termasuk peluang di internet yang menyediakan banyak ruang menulis dengan begitu bebas sekali, tetapi kita perlu sentiasa ingat, setiap apa yang kita tulis itu mestilah keterangan yang benar dari risalah ALLAH dan RASULnya.

Jemaah Islam yang menyediakan ruang kepada usaha usaha mencegah kemungkaran ini perlu didekati kerana kita perlu akur bahawa sehingga kini kita umat Islam masih belum ada kemampuan mencegah dengan Tangan yang ditafsir oleh para ulamak sebagai kuasa atau mandat pemerintahan.Mendekati jemaah Islam yang berusaha mendapatkan kuasa pemerintah hari ini menjadi satu keperluan kepada kita yang menginsafi diri sebagai hamba ALLAH kerana dengan jemaah ini kita mampu membentuk kekuatan yang lebih padu dalam usaha mencegah kemungkaran.Menyertai jemaah Islam ini pula bermaksud memberi komitment yang ikhlas dan tidak berbelah bagi kepada keseluruhan gerakkerja jemaah dan sentiasa bersedia dipanggil untuk melaksanakan tugasan yang dirangcang jemaah.

Apa sekalipun yang kita lakukan, pastikan ianya menjurus kepada usaha mencegah kemungkaran dan usaha memperolehi kuasa pemerintahan.Pertolongan ALLAH pasti tiba seandainya kita sama sama perihatin menjaga amal dan muamalat kita seperti diperintahkan oleh Islam.Ingatlah Junjungan sudah memberi jaminan bahawa kita tidak akan sesat selagi kita berpegang dengan Alquran dan Alhadis.










Thursday, September 22, 2011

PERTAHANKAN PEMIMPIN KITA

Assalamualaikum,
Politik Malaysia yang dikuasai UMNO terus carca marba, terus menafikan hak kita sebagai rakyat Malaysia dan terus menekan pemimpin pemimpin kita dengan pelbagai bagai tuduhan dan fitnah yang jelas menunjukkan tidak berperimanusiannya mereka semata mata ingin mengekalkan kuasa.UMNO menggunakan kerajaan untuk menekan pembangkang sekaligus menyeleweng dari sistem demokrasi berperlembagaan yang asalnya dipersetujui oleh mereka untuk merdeka dari British.

Poliitk Malaysia tidak akan berubah selagi UMNO berada di tempatnya.Kenyataan bahawa parti parti politik sepatutnya khilaf tidak diakui mereka malah dalam apa jua cara sekalipun mereka mahu berkuasa sendirian tanpa mempedulikan hak hak kewarganegaaan pihak lain.Kerana itu kita sudah dihidangkan  dengan berbagai bagai peristiwa pedih yang menimpa pemimpin kita.Dari peristiwa Memali, Lubuk Merbau sehinggalah Peristiwa berdarah Batu Buruk dan sehinggalah tindakan tidak bertamaddun ketika Bersih 2.0.

Tidak cukup dengan itu, tekanan terus diberikan kepada pemimpin pemimpin pembangkang tertentu.Lim Guan Eng pernah masuk penjara kerana mempertahankan maruah seorang gadis melayu yang dirosakkan seorang pemimpin UMNO, DSAI juga pernah merana diperlakuankan sedemikian rupa dan tidak ketinggalan juga pemimpin jemaah kita sendiri, Abang Mat(Sabu).

Kini, Abang Mat kembali ke Mahkamah kerana membicarakan satu kes sejarah yang disifatkan peguam Hanifa Maidin  sebagai karut.Mesejnya jelas kepada kita semua, bukan kesalahan yang dibuat oleh Abang Mat,tetapi tekanan yang dikenakan kepada pembangkang dengan menggunakan kerajaan yang diambil secara penipuan dalam pilihanraya.Tujuan mereka tidak lain hanyalah untuk mengurangkan kekuatan dan sokongan kepada jemaah.

UMNO tahu Abang Mat merupakan salah satu faktor jemaah kuat jadi dengan membunuh karektor Abang Mat, jemaah akan lemah.Abang Mat pernah cuba dibunuh dengan kes khalwatnya dulu, dan apabila kes itu gagal melenyapkan Abang Mat, maka menjelajahkan penceramahan upahan mereka ke seluruh negara menceritakan bahawa Abang Mat memang terlibat dengan kes khalwat tersebut.Kini kata kata Abang Mat semasa ceramahnya di Tasik Gelugor dijadikan peluru untuk menyerang Abang Mat.

Namun apabila peluru itu didapati kosong, mereka mula menggunakan polis dan mahkamah untuk membicarakan dan menghukum Abang Mat atas kesalahan sejarah yang tidak pernah berlaku di negara lain.Alasan untuk mendakwa pula cukup mengelikan hati apabila dikatakan beratus ratus lapuran polis dibuat tetapi yang tidak diberitahu ialah kesemua ratusan lapuran polis itu sebenarnya dibuat oleh ahli dan orang upahan UMNO.Jelasnya, kata kata Abang Mat ini bukan menakutkan rakyat tetapi menakutkan ahli ahli UMNO kerana mereka tahu sejarah yang ditulis adalah sejarah yang menguntungkan UMNO sahaja, sementara mana mana sejarah yang merugikan mereka dilenyapkan dari buku sejarah.

Walau apapun berlaku, dan sebagai ahli jemaah yang sentiasa walla' kepada pemimpin, marilah rapatkan barisan untuk terus istiqamah dalam perjuangan dan teguhkan jatidiri dan  peribadi untuk terus mempertahankan pemimpin pemimpin kita dari tekanan yang tidak sepatutnya ini.Kita lebih kenal siapa pemimpin pemimpin kita.ALLAHUAKBAR!!!!















Sunday, September 11, 2011

Tajdid kemasyarakatan yang semakin perlu.

Assalamualaikum,,..
Hari ini NEGARA KEBAJIKAN mula menyusup masyarakat Malaysia dan ratib PAS ganti UMNO mula menampakkan kesan di kalangan masyarakat.Akan tetapi penipuan pilihanraya dan keghairahan untuk mengekalkan kuasa  BN masih kuat.Tindakan tidak beradab dan tidak mengikut perlembangaan ketika perhimpunan BERSIH 2.0 jelas memperlihatkan kesungguhan BN untuk terus berkuasa sambil terus menekan rakyat menerusi pelbagai cukai dan penarikan pelbagai subsidi.Mulai 15hb sept ini, penggunaan talipon bimbit pre-paid akan turut membayar 6% cukai perkhidmatan sesudah pelbagai jenis cukai yang  dikenakan kepada rakyat.

Satu hal yang menarik apabila sejak akhir akhir ini kerajaan mula memberi tumpuan kepada pembinaan/pembaikpulih surau dan masjid khususnya di Kemaman serta kelihatan usaha untuk menjadikan masjid dan surau sebagai pusat aktiviti masyarakat.Saranan penubuhan koperasi masjid sudah mulai kedengaran dan ada peruntukan untuk menjana pendapatan masjid melalui pembinaan unit unit kedai untuk disewakan.Walaupun dipercayai semuanya ini dilaksanakan kerana dasar pragmatis yang mengikut kehendak rakyat tetapi puncanya dikesan kerana NEGARA KEBAJIKAN yang dilancarkan dan dijanjikan kepada rakyat.

Kerana NEGARA KEBAJIKAN, kerajaan yang sebelum ini tidak begitu berminat dengan masjid dan surau sudah mula mengubah strategi, namun bagi ansurullah, strategi kerajaan ini perlu disambut dengan gayong TAJDID KEMASYARAKATAN yang lebih teratur dan tersusun rapi.Surau yang dibina dan dibaikpulih oleh kerajaan harus diimarahkan semaksima mungkin oleh para ansurullah tanpa prajudis tetapi mengharapkan sepenuhnya pertolongan ALLAH.Pamerkan akhlak Islam dan ajaklah seramai mungkin umat untuk kembali kepada fitrah serta kepada carahidup Islam.Sedarkan masyarakat menerusi hikmat Dakwah seperti dikehendaki oleh Al Quran dan Al sunnah bersandarkan kepada saranan para ulamak.

Tradisi cop mengecop biru/hijau sudah lapuk dan mesti ditinggalkan.  



Monday, December 6, 2010

Perpaduan tanpa asas

Assalamualaikum,

Hari ini, tema Maal Hijrah, 1Malaysia 1Ummah dicanangkan ke seluruh negara.Para Ustaz kerajaan(yang makan gaji dengan kerajaan) dikerah untuk memberi kuliah, DJ radio IKIM diperah untuk meluaskan promosi mengenai Maal Hjrah dan perpaduan umah.Tak ketinggalan khutbah khutbah jumaat yang bertajuk 1Malaysia, 1Ummah dibaca di masjid masjid dan media arus perdana dimanupulasikan sepenuhnya untuk mengajak rakyat bersatu dan berpadu tanpa mengira bangsa, agama dan latarbelakang budaya.Tokoh tokoh tertentu seperti ketua pengarah IKIM digunakan sebaik mungkin untuk bercakap mengenai perpaduan.

Nampak bersungguh sungguh kerajaan mahukan perpaduan tetapi malangnya tiada penjelasan dan tiada perbincangan yang komprehensif didengar mengenai asas perpaduan yang hendak digunapakai.Perpaduan  ini kalaupun berjaya dibentuk boleh diibaratkan seperti satu binaan konkrit yang tidak mempunyai tulang besi yang akan runtuh pada bila bila masa.Penyertaan PAS dalam BN satu ketika dulu menjadi bukti nyata bilamana perpaduan yang tidak mempunyai asas yang dipersetujui bersama akhirnya berkecai.

Oleh itu, agak menghairankan bilamana kerajaan yang ada hari ini tidak belajar dari  kesilapan lampau dan masih bertegas dengan bentuk perpaduan yang sama dan mengecewakan apabila mendengar kuliah kuliah  para ustaz dan syarahan tokoh tokoh yang diiktiraf kerajaan serta khutbah oleh tok tok khatib masjid kerajaan yang banyak kali membaca Hadis dan ayat ayat Al Quran tetapi kelu untuk memperkatakan mengenai asas yang perlu untuk membentuk perpaduan.

Asas yang dimaksudkan itu ialah fikrah yang berteraskan akidah dan syariat serta syiar Islam.Tidak disebut bahawa untuk berpadu semua pihak dari kalangan umat Islam mesti menjauhi syirik dalam semua bentuk.Tok tok Bomoh yang syirik mesti dijauhi dan dibenteras dan amalan amalan menggunakan perkhidmatan bomoh yang syirik termasuk perkhidmatan yang diberikan oleh bomoh bomoh syirik kepada ahli ahli politik tertentu mesti dihentikan segera.Begitu juga tentang syariat Islam yang kelihatan terabai dan dilanggari secara konsistan oleh setengah umat dengan kebenaran kerajaan perlu dibenteras segera seandainya benar benar seruan perpaduan ini ingin direalisasikan.Syiar Islam pula perlu diperluaskan, jadi seruan DJ Radio IKIM agar rakyat memenuhi ruang ruang yang ada untuk sambuatn Maal Hijrah sepatutnya disertai dengan seruan untuk menzahirkan syiar yang lebih banyak agar Islam dapat dilihat sebagai agama resmi Negara.

Apa yang boleh didengar ialah seruan kepada rakyat marhaen supaya menghindari perkara perkara yang boleh merosakkan perpaduan, agar menyebarkan salam tetapi budaya bersalam salaman antara lelaki perempuan yang bukan mahram yang menjadi amalan biasa para pemimpin dan penyokong  kerajaan tidak langsung disebut.Rakyat marhaen juga diajak supaya meningkatkan perpaduan menerusi penyediaan makanan kepada umum bagi yang mampu, menerusi penyambungan silaturahhim yang terputus dan berqiamualai seperti mana termaktub dalam sebuah Hadis riwayat Tarmizi.Seruan ini baik tetapi tidak seharusnya dihadkan kepada rakyat sahaja tetapi mesti ditujukan kepada kerajaan dan peneraju  kerajaan juga kerana perpaduan yang hendak dicapai  turut melibatkan kerajaan dan penerajunya.Oleh itu kalau rakyat marhaen yang berubah dan berusaha untuk berpadu tetapi kerajaan terus dengan sikap degil mereka kepada perkara perkara yang melibatkan akidah, syariat dan syiar, sudah pasti perpaduan yang hendak dicapai itu akan menjadi sia sia seperti sia sianya perpaduan yang pernah dibuat oleh PAS dan UMNO dulu.

Oleh itu, semua pihak yang terlibat dengan seruan perpaduan ini seharusnya mengambil tindakan yang lebih berani untuk menegur kerajaan dan peneraju kerajaan serta parti parti pembangkang kalau perlu.Penyebar seruan perpaduan harus berani seperti ditegaskan oleh baginda Nabi dalam satu Hadis yang bermaksud "Katakan yang benar sekalipun pahit".Kalau penyebar penyebar perpaduan ini tidak sanggup berbuat demikian adalah lebih baik mereka diam sahaja dan menyokong usaha usaha yang dilakukan oleh pihak lain yang tidak terlibat dengan kerajaan tetapi kalau jawabannya, mereka terpaksa kerana makan gaji dengan kerajaan, fikirlah sendiri apa yang bakal mereka hadapi ketika berdepan dengan mahkamah ALLAH nanti.

Perpaduan juga perlukan mekanisma.Mekanisma yang paling berkesan ialah dengan memiliki sebuah kerajaan yang prihatin dengan keselesaan rakyat.Barang barang keperluan disediakan dan boleh dimiliki rakyat tanpa membebankan, pendidikan disediakan secara meluas dan percuma, kesihatan rakyat dijaga dengan baik dan pasarana kemudahan awam diadakan dengan tidak mengakibatkan kesukaran di pihak rakyat.Inilah mekanisma yang mampu membawa rakyat bersatu, hormat menghormati antara satu sama lain kerana keadilan dinikmati oleh semua tanpa mengira bangsa agama dan latarbelakang budaya.Namun semua perkara ini masih menjadi mimpi bagi rakyat Malaysia sesudah lebih 50 tahun merdeka.Oleh itu penyebar seruan perpaduan perlu memasukkan silibus mekanisma perpaduan dalam setiap seruan, ceramah, kuliah dan khutbah mereka.

Rakyat harus disedarkan agar memilih kerajaan yang prihatin sewaktu pilihanraya kerana sistem demikrasi yang negara amalkan  memberi rakyat kuasa memilih dan rakyat harus diberi ruang untuk menilai gerak kerja kerajaan yang ada hari ini yang yang telah menaikan harga minyak, LPG dan gula di ambang sambutan Maal Hijrah sementara air juga mahu dijadikan bahan menindas rakyat.

Inilah asas sebenar kepada perpaduan yang tertinggal dan kalau asas yang penting ini ditinggalkan terus kepada seruan perpaduan maka samalah membancuh kopi tanpa gula atau menyediakan nasi tanpa lauk dan bakal menjadi sia sia.Dan sambutan Maal Hijrah hanyalah satu retorika yang hanya menghabiskan wang rakyat